Korban 1430  

Posted in

"Bulan Ramadhan bermulanya penurunan Al-Qur'an, dirayakan Aidilfitri.
Bulan Zulhijjah berakhirnya proses penurunan Al-Qur'an, dirayakan Aidiladha."
-khutbah Raya Korban@Sg Besar.

jon says:
Subhanallah, cetusan yang cukup menarik untuk diteruskan pengkajian.

To my lil'angels  

Posted in

Khas buat:
Ayish, Isyia, Awisy, Ika, Dina, Amal, Emma, Sara, Edora & Izz.

Insya'Allah hujung tahun ni Paklong An & Aunty dapat baby. Dah 30 tahun Paklong tunggu. Lama tu. Selama ni pada korang la tempat Paklong mencurahkan kasih sayang. Pada korang la Paklong selalu pergi bagi meleraikan segala kekusutan. Andai ada masalah koranglah penawar terbaik dalam dunia yang fana ini. Walaupun pada ketika itu seolah-olah satu dunia berpaling dari Paklong, korang tetap setia dengan senyuman yang bisa menyembuh segala duka lara.

Bagi Paklong rumah Opah Taman Seraya tu umpama "heaven on earth" lebih-lebih lagi dapat layan korang. Walaupun Paklong tak mampu nak pergi bawak jenjalan jauh, dapat bawak gi main taman kat atas bukit pun dah seronok. Suka tengok korang enjoy main buai laju-laju, jongkang-jongkit & kadang-kadang badminton kalau angin tak kuat. Lepas tu biasanya kita ke Mobil beli aiskrim. Takdela sebesar mana pun pemberian tapi tak lekang dari mulut setiap dari korang,"terima kasih Paklong An".

Bila tengok sama-sama korang, teringat Paklong masa kecik-kecik dulu. Macam tu la Paklong dengan Mama korang & Pak Usu. Punya la seronok kalo gi umah Opah korang dulu, sampai kalo Tok Ngah nak ajak balik memang tak sah la kalo tak kena kejar keliling umah sebab takmo balik. Tu kira macam game penutup la sebelum gerak.

Jadi selepas bulan Disember nanti jangan risau, kasih sayang Paklong terhadap korang tetap takkan berubah. Korang layan & jaga la baby Paklong nanti k. Mesti dia lagi seronok apabila korang ada. Apa pun, korang will always be my cute lil'angels. Always.

Salam sayang,
Paklong An.

Impianku  

Posted in

Ini bukan terjemahan mahakarya Martin Luther King Jr. Tidak juga berharap untuk mengikut jejak langkahnya, impiannya terlaksana hanya setelah ketiadaan beliau. Aku tidak seheroik itu. Memang resam manusia hanya dijulang setinggi-tingginya hanya setelah tiada. Aku juga langsung tidak mengharapkan impian beliau terlaksana di bumi tercinta.

Aku orangnya sentimental tetapi lemah dalam mengingati saat-saat itu dalam tempoh jangkamasa yang lama seperti adik bawahku. Dia kalau bercerita kisah kenangan sewaktu kecil memang cukup terpeinci. Cukup lengkap segala elemen watak, lokasi dan unsur emosi. Datang dari sebuah keluarga yang cukup konservatif, ibu bapaku tidak pernah terlintas untuk memiliki kamera sendiri. Bukan tidak mampu tetapi alat ini jatuh dalam kategori kehendak yang tidak perlu. Maka semenjak dari kecil, tadika, sekolah rendah, menengah, matrik, u & habis u segala urusan merakam kenangan mengharap dari belas ehsan kawan-kawan. Zaman itu mana jumpa lagi versi digital pada ramai. Kena la menempah di kertas A4 dilipat di belakang album gambar percuma dari kedai. Paling malang terpaksa menilik satu-persatu negatif dek "kerajinan" tokan meletak nombor siri pada gambar yang sudah dicetak. Itu cerita dulu-dulu. Sekarang ni nak cetak gambar pun dah malas. Kalau teringin tengok saja di skrin. Termasuklah gambar-gambar kahwin aku hari tu.

Maka aku lebih suka merakamkannya dengan medium sokongan lain. Suatu ketika pernah memiliki sebuah handycam jenama Sony yang dibeli dengan duit simpanan atas namaku.Pada ketika itu aku menganut fahaman gambar bergerak (motion picture) adalah lebih baik dari gambar pegun (still photo). Segala titis kreativiti aku curahkan pada setiap kepingan vcd yang aku hasilkan. Sekarang alat itu tersadai di rumah satu lagi. Rosak yang tak mampu lagi untuk diperbaiki.

Penciptaan kamera digital sungguh menarik hati. Tiada lagi shoot yang berhati-hati akibat sayangkan filem. Sekarang ni main "point & shoot". Tak suka padamkan sahaja. Pola ini juga mengakibatkan kapasiti cakera keras aku dimonopoli oleh format jpg & bmp. Tak muat simpan sendiri sampai terpaksa tumpang kat laptop CMK. Sori la bro, lambat lagi nampaknya aku dapat ambik semula.

Pernah suatu ketika cukup aktif merakam dengan kamera angkat bak kata Airland. Masa tuannya tak pakai memang sakan aku mengguna. Zaman itu la, sekarang dah naik segan aku nak pinjam. Sekali-sekala dapat juga aku beraksi dengan DSLR pinjam yang menjadi idaman. Teruja betul dengan bunyi 'klik' seraya butang 'shoot' ditekan. Bangga benar apabila dapat merakam saat-saat indah sehabis baik. Inilah impianku, memiliki DSLR aku sendiri. Selalu juga berangan menjadi sehebat Saiful Nang yang berjaya membina empayar.

Mengenang kata-kata abg Bud salah seorang otai DSLR dalam perkompulan, "kalau kamera mahal tapi yang ambik gambar hampeh tak guna juga". Memang kualiti & nilai artistik sesuatu gambar bukan 100% bergantung pada alat merakam. Pakai kamera telefon pun cantik jika kena teknik contohnya Kep(cerita dulu la huhu). Jadi sementara belum dapat mendakap DSLR sendiri ni aku cuba dulu menyediakan diri dengan seberapa banyak ilmu teori. E-book DSLR for Dummies sudah dimuat turun. Cuma nak mentelaah ratusan helai depan skrin tak dapat dibuat terus-terusan. Antara strategi seterusnya dengan berguru dengan otai-otai seperti Queserasera, Mint & Airland. Diorang ni sambil makan karipap pun boleh "menembak" dengan selamba. Sehingga itu, aku berjalan sambil tengok bawah mana tahu kot-kot tersepak D300 orang buang tepi jalan.

ps:menyesal juga tak request DSLR masa kahwin hari tu

Ngesot  

Posted in

Atas jalan ni ramai orang. Semua nak tuju ke situ. Macam-macam pe'el. Ada yang gerak rilek-rilek santai-santai sambil menikmati keindahan alam, ada yang berhenti kat tempat-tempat menarik ambik gambar untuk dikenang & ada juga yang dah berhenti ingatkan dah sampai sedangkan jalan masih jauh. Kaedah bergerak? Ada yang ngesot sikit-sikit, ada yang lari-lari anak & ada juga yang pecut berdesup sehingga Usain Bolt saspek dadah apa la mereka pakai.

Nak cerita kat sini kisah yang ngesot. Tetap juga bergerak siapa berani kata tak. Pegang mazhab sekadar ada. Janji ikut. Dia tak berhenti, memang dia bergerak. Namun timbul masalah bila yang mengesot itu adalah mereka yang perlu membawa segerombolan manusia untuk sampai. Kalau yang dibawa itu jenis ngesot juga takpe. Ikut je la sebab mana boleh nak potong line. Melanggar adat.

Yang diberi tanggungjawab membawa itu juga ramai. Kebanyakannya berlari-lari anak sebab ini bukan acara 100 meter. Kot la yang ngesot ni tetiba gpsnya abis bateri maka pada siapa nak ditanya arah. Sebab tu kena bergerak seiring. Papehal boleh sahaja dibincang sama-sama. Bukan dipendam senyap-senyap sampai lama-lama busuk bernanah. Awal-awal boleh juga disapu ubat, dah buruk simpan pun buat menambah derita. Nanti apabila tak dapat nak merujuk dek jauh sangat tertinggal di belakang maka masa itu yang ngesot ni akan ikut kepala sendiri. Apabila ikut kepala sendiri maka kesahihan keputusan itu diragui. Main belasah ikut suka. Perasan betul sedangkan banyak merapu dari yang benar. Banyak ikut nafsu dari akal. Siapa yang jadi mangsa? Semestinya yang dibawa yang tak tahu apa-apa, yang belum boleh melukis garis sempadan antara yang batil & yang hak. Padanya apa yang ada di depan mata itulah dia. Kapal terbang di awan biru berada di tapak tangan.

Apa salahnya kita gerak sekali. Senang sikit kalau ada apa-apa. Kot la "on the way" tu habis bekalan ikhtiar hidup, boleh juga kita berkongsi. Kalau banyak sama dilapah, andai sikit sama-sama kita cicah. Yang kepala kat depan pun sampai mana dia larat nak kejap-kejap toleh nun jauh ke belakang untuk periksa. Kan senang kalau sekali berada di barisan hadapan. Toleh kiri & kanan dah nampak saf itu lurus atau bengkok. Kat depan tu banyak lagi cabaran yang bakal mendatang. Nak dihadapi dengan hati yang jitu. Yang jika dilihat dari sisi tetap kan hanya nampak satu. Lama-lama tak larat jangan kecewa sekiranya kami bergerak terus ke hadapan.

Balada Belum Mandi Pagi  

Posted in

pagi-pagi lom gosok gigi
terkelip-kelip dok depan pc
baju pun tercampak kat atas kerusi
sah-sah xleh buat kalo dekat cc

sahur tadi ku pulun nasi
mak ku masak walla! sedap skali
harap-harap la dapat isteri
yang masaknya sedap macam puan ct

usha kanan jeling kiri
walawei duit keta bulan ni x bayo lagi
hmmm jap lagi kena la pegi
loan Ksatriaku kat bank milik dap

bulan pose ada separuh lagi
so far so good lom lagi kena ganti ;p
berapa markah dapat aku x ambil peduli
kalo papehal menjawab le aku lepas mati

1 Syawal suma orang nanti
kaya miskin x terkecuali
masa ni la nak saling memaafi
luah semua xmo simpan dalam hati

ampunkan daku hj ishak dan hjh ct
anak mu ini nakal sekali(actually bnyk kali)
sering hatimu aku sakiti
dah besar pun x reti-reti

mak abah nampak sangat nak cucu sendiri
farish,isyia,awish,ika,dina,akmal & emma(masa ni izz xde lg)tempat tumpah kasih hati
nanti la mak, abah, orang cari
tak cukup 1, 4 orang sanding skali

bakal isteri aku ntah mana pegi
dok lari-lari time aku nak cari
ada masa macam dah maleh nak amek peduli
ingat balik kat mak abah hmmm kena gak la usaha lagi

bukak winamp dengar lagu black eyed peas
tetiba terbayang body si fergie
perghh kalo le dpt dia jadi bini...
tiba-tiba terdengar suara halus "ek eleh, toksah le ko mimpi"

ok la kot, aku nak mandi
mata melilau mencari baldi
tiba masa 'tuk ku cari rejeki
senang-senang aku sambung lagi
(5 Okt 2009)