Game  

Posted in

Main…menang…happy

Main…kalah…restart….kalah lagi…uninstall

Masak  

Posted in

Anak-anak (esp. yang masih kecil) tak buat apa yang kita suruh, dia ikut apa yang kita buat. Maka terpulang pada kita:

1. Mahu jadi hipokrit

2. Peluang untuk perbaiki diri.

Pilih salah satu.

Tiada Lebih Baik  

Posted in

Suatu ketika aku pening memikirkan kenapa satu orang ini langsung tak mahu turun walaupun setelah diberitahu & dipesan. Puas sudah menggeledah dalam kotak pemikiran namun tetap tak ketemu jawapan. Sehinggalah aku berjumpa mentorku nun jauh di utara yang memberi jalan yang cukup mudah,"biaq pi la dia tak mau turun, mana tau kalau dia turun lagi banyak masalah". Tersenyum simpul aku mendapat jawapan yang mudah tetapi cukup bermakna. jadi selama ini aku membazirkan masa aku untuk menyelesaikan satu benda yang memang dah betul perjalanannya.

Satu pengajaran lagi adalah untuk aku memikirkan sesuatu permasalahan mengikut pelbagai perspektif. Jika dilihat dari satu sudut pandang sahaja maka tidak banyak jalan yang diperoleh. Pilihan yang terhad untuk menyelesaikan sesuatu masalah bukanlah suatu amalan yang sihat. Boleh mengakibatkan kita buntu.

Sebab itu juga aku mula melihat perpisahan bukan dari sudut yang negatif sahaja. Ada jenis yang memang aku suka lagi berkehendak. Kalau ada pun buat merosakkan yang lain memang patut Dia menghantar mereka jauh-jauh. Kalau sudah tak boleh terima buat apa hendak dikenang-kenang. Terima kasih atas segala jasa & kebajikan korang, juga terima kasih banyak-banyak kerana tiada lagi disini. Semenjak korang tiada memang kami harmoni sejahtera. Oleh yang demikian, teruskan tiada kerana itu yang lebih baik.