Post terakhir genap 234 hari atau 33 minggu & 3 hari (angka kegemaran Abah). Kenapa jadi begini? Sila salahkan facebook. Jika sebelum ini di sinilah medium luahan jiwa raga. Kat facebook leh tulis pendek-pendek je. Kat sini kalo tulis pendek-pendek nanti tak up to my own standard (konon!). Mungkin juga post terpilih di facebook boleh diabadikan di sini. Maka dua-dua ada benda walaupun bertindih. Memang best pun tindih-tindih ni kecuali tanpa kerelaan.
Bas ini adalah yang paling canggih. Tiada bas lain yang setaranya dari dalam mahupun dari luar negeri. Suatu ketika bas ini menghilang sekian lama. 1 generasi juga menunggu seorang pemandu yang betul-betul layak untuk mengambil alih dari penjaganya. Penjaganya cuba juga untuk membawa tapi tak sampai ke mana. Memang dah begitu kerana dia memang sekadar penjaga, bas ini terlalu canggih untuk dia.
Maka bergeraklah bas ini ke sebuah destinasi pasti. Dek kerana bas yang terlalu canggih sehingga tidak terjangkau dalam kotak pemikiran sekeliling ketika itu, tak ramai yang mahu menaiki. Mereka lebih selesa dengan bas yang diimport dari luar. Bas ini lagi canggih kata mereka. Mana ada bas buatan kita yang dapat menandingi. Begitulah pekat & tebalnya stigma tinggalan penjajah beratus tahun sehingga menghakis keyakinan diri sendiri. Sehingga pejuang dahulu dicemuh bagai tiada harga diri.
Dari sebuah bas berkembang menjadi banyak. Namun hala tuju tetap sama cuma apabila semakin ramai yang mahu menaiki, setiap tapak kena memiliki bas mereka sendiri. Bas ini pula bukan boleh suka-suka dibawa. Tetap ada badan agung yang memantau setiap pergerakannya kerana GPS sudah tersedia.
Apabila ada bas kena ada pemandunya baru bas itu berguna kerana bas itu fitrahnya kena bergerak dengan membawa ramai. Bukan cerita naik motor sorang-sorang nak ke sana. Lantak la orang lain, janji aku sampai. Bas yang statik menyongsang fitrah. Selalunya diubahsuai menjadi sesuatu yang lain setelah kemampuan untuk bergerak sudah tiada. Jadi untuk memandu bas yang canggih ini bukan calang-calang kerja. Bukan kepalang persediaan & persiapan yang kena ada.
Yang pertama si pemandu kena jelas destinasi yang nak dituju. Penumpang kena diberitahu sejelas-jelasnya. Siapa yang ingin menyertai perjalanan sekiranya pemandu masih tergaru-garu. Gila, kau nak bawak aku ke mana? Apabila penerangan si pemandu kurang jelas mula la penumpang beralih kepada bas yang lain. Rugilah bas yang canggih, luas & selesa jika tidak dipenuhkan dengan penumpang yang sebenarnya memang nak turut sama menuju ke destinasi pasti.
Seterusnya bas ini kan canggih. Paling canggih antara yang banyak. Tiada tara antara yang lain. Makan si pemandu kena lah turut canggih sesuai dengan kelengkapan yang tersedia. Bayangkan jika pemandu melihat si pemandu asyik membelek buku manual sewaktu membawa. Butang yang mana satu untuk menghidupkan wiper tatkala hujan pun teraba-raba. Tidak mustahil penumpang akan menekan loceng kerana tidak yakin akan sampai. Silap naik bas sangkanya.
Akan disambung lagi...
Bayangkan ada seekor ular berdekatan dengan kita lalu ada seseorang yang memberitahu kita dengan kata-kata yang kasar "woi bengong, buta ke tak nampak ular tu?". Di tangan kita ada kayu, siapa yang akan kita pukul dahulu? Ular atau orang memberitahu itu?
Bukan tidak mencuba. Entah berapa kali. Taip-backspace. Tengok jap tab FB. Tengok balik tab 'new post'. Dah takde mende nak kongsi kot. Dalam sudah sejuk, luar pun panas dek bahang cuaca Ramadhan je. Nak dimansuhkan sayang pulak. Apa-apa je la!
Suatu ketika dahulu Abah saya sangat mengimpikan untuk memiliki Pajero. Pada masa tu yang pakai Pajero di kampung adalah golongan kontraktor sahaja. Akhirnya impian Abah saya termakbul jua. Bukan takat Pajero, lebih dari tu lagi beliau dapat. Saya je yang tak bersemangat macam Abah. Apalah saya ni.
Sememangnya lelaki dan wanita dua makhluk tuhan yang berbeza. Bukan sahaja dari segi fizikal dan mental, tetapi juga dari pemikiran mereka. Hal inilah yang membuatkan lelaki dan wanita saling melengkapi. Namun, sebelum mereka saling melengkapi, mari kita selidik apakah yang membuatkan mereka begitu berbeza…
1.NAMA
Jika Anita, Laila, Aishah dan Sarah keluar makan, mereka akan tetap memanggil Anita, Laila, Aishah dan Sarah di antara sesama mereka.
Jika Adi, Syahril, Lutfi dan Faiz keluar makan, mereka akan memanggil boroi, raksasa, hitam dan panau di antara sesame mereka.
2.MAKAN DI LUAR
Apabila mendapat bil, Anita, Laila , Aisyah dan Sarah akan mengeluarkan duit cukup-cukup dengan jumlah total bil.
Apabila dapat bil bayaran, Adi, Syahril, Lutfi dan Faiz akan mengeluarkan RM10 seorang walaupun jumlahnya berharga RM40.25. Tiada di antara mereka yang akan mengeluarkan jumlah sen tersebut.
3. DUIT
Lelaki akan bayar berapa sekalipun duit jika sesuatu barangan itu menjadi idaman hati. Walaupun mahal, mereka pentingkan kualiti lebih daripada harga.
Wanita juga sanggup mengeluarkan duit dengan banyak apabila berbelanja. Namun, mereka akan bayar lebih dan ia bukan pada barang yang diinginkan pun. Hal ini hanya akan terjadi apabila tiba waktu jualan murah.
4. BILIK AIR
Lelaki hanya mempunyai 5 BARANG sahaja di dalam bilik air mereka iaitu berus gigi, pencukur, krim pencukur, sabun buku dan juga tuala mandi.
Wanita secara purata mempunyai hampir 328 barang di dalam bilik air mereka. Secara puratanya juga, lelaki hampir tidak mengetahui apakah barang tersebut dan tujuannya.
5. PERTENGKARAN
Wanita sering ada sahaja kata-kata akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku. Ala-ala kesimpulan kepada pertengkaran itu la..
Lelaki pula, sering menambah pada kata-kata akhir wanita itu dan apa yang tidak di sangka, ia akan menjadi permulaan kepada pertengkaran yang baru!
6. KUCING
Wanita memang cukup suka dan sayangkan haiwan kesayangan Rasulullah ini. Lelaki? Mereka akan cakap mereka sayangkan kucing dan jika wanita tidak memandang, lelaki akan menyepak kucing itu.
7. MASA HADAPAN
Seorang wanita amat risaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang suami,
Seseorang lelaki tidak pernah risaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang isteri.
8. KEJAYAAN
Seorang lelaki yang Berjaya dapat membuat duit dengan jayanya untuk dibelanjakan oleh isterinya.
Seorang wanita dikatakan Berjaya apabila mendapat lelaki seperti diatas itu!
9. PERKAHWINAN
Seorang wanita berkahwin dengan mengharapkan lelaki itu boleh berubah, tetapi malangnya si dia tidak akan berubah.
Seorang lelaki berkahwin dengan wanita dan mengharapkan wanita itu tidak berubah tetapi malangnya si dia akan berubah.
10. BERGAYA
Seorang wanita akan bergaya apabila mereka keluar shopping, membuang sampah, menyiram bunga di halaman, mengambil surat di peti surat serta ketika menonton tv.
Seorang lelaki hanya akan bergaya ketika di majlis perkahwinannya sendiri sahaja!
11. SIFAT SEMULAJADI
Seorang lelaki apabila bangun pagi, rupa mereka semua sama seperti waktu petang dan juga waktu sebelum tidur. Gaya mereka memang tidak terurus dan begitu jugalah setelah mereka berkahwin.
Seorang wanita pula, cantik rupanya apabila keluar di waktu pagi, petang dan malam. Lagi terserlah kecantikannya apabila mereka bangun dari tidur!
Nota Kaki: Nape? tak percaya? Mesti ada yang tak setujukan? hehehe luahkanlah ya...jangan simpan2 dan jangan marah2 nanti cepat tua...Hanya bergurau semata2.
Anak-anak (esp. yang masih kecil) tak buat apa yang kita suruh, dia ikut apa yang kita buat. Maka terpulang pada kita:
1. Mahu jadi hipokrit
2. Peluang untuk perbaiki diri.
Pilih salah satu.
A: Awak nak ni?
B: Taknak
A: Eh,sedap tau. Bukan senang nak dapat. Tinggal ini je lagi.
B: Eh, awak ni tak dengar ke? Saya kata taknak tu taknak la.
Sebek.
Moral~caring pun kena bertempat.
Aritu ada juga teringin nak dapat anak kembar tapi setelah 11 bulan ni rasanya takpe dulu la kot. Moral: Allah bagi ikut sukat.
Aku: Itu bateri lama lu tengok apa jenis.
Anak Tokey Yang Mewarisi Perniagaan Dari Bapaknya(ATYMPDB): Biasa je ni.
Aku: Berapa?
ATYMPDB: Biasa jenis ni 6 ringgit.
Aku: Celaka,dia kapak aku sampai lapan belas. Patut la tak sampai setahun dah kong.
ATYMPDB: senyum lu kena beb (mungkin dalam hati)
Lepas tu dia tukar bateri jenis S**Y
Aku : Berapa?
ATYMPDB: Lapan setengah
Aku: takleh kurang ka?
ATYMPDB: senyum lagi
Dulu yang kena kapak pun puak dia. Tak boleh nak buat apa. Selagi tiada pilihan terpaksa la bergantung pada mereka.
Nah.
Baca jap. (lalala…)
Haish, biar betul takde.
Side A: Fuh selamat tak kena.
Side B: Lekeh betul nama aku sorang je yang tak masuk senarai.
Petikan Akhbar Mingguan Malaysia - Ahad 30 Januari 2000.
HUKUM BERSALAMAN DENGAN WANITASOALAN:
Apa hukum seorang lelaki Muslim bersentuh kulit atau bersalaman dengan wanita yang bukan mahramnya.
Saya melihat salah seorang ustaz di kaca TV bersalaman dengan seorang pengacara perempuan. Apa pendapat Dr. mengenai hukum bersalaman ini, harus atau haram. : AZMI, KL.
JAWAPAN oleh Dr. Abdul Hayei Bin Abdul Sukor – Akademi Pengajian Islam
Dengan terus terang saya nyatakan di sini, soalan saudara lebih merupakan soalan peperiksaan objektif, yang meminta supaya menandakan sahaja jawapan pada dua kotak yang disediakan, sama ada ya atau tidak.
Soalan di atas tidak boleh dijawab secara objektif, kerana bersalaman dengan wanita mahram itu ada yang halal dan ada yang haram. Saya akan nyatakan kemudian.
Saudara membuat suatu tanggapan yang tidak tepat apabila mengukur baik dan buruk dengan amalan seorang ustaz yang anda saksikannya di kaca TV.
Saudara tidak disuruh mencontohi ustaz itu, tetapi contohilah nabi. Ustaz tidak kebal daripada dosa sekebal malaikat, ia manusia biasa, kadang-kadang terpaksa bergelut dengan syaitan, lalu ia kalah, mungkin kerana syaitannya lebih besar daripada syaitan yang pernah bergelut dengan manusia biasa.
Dua masalah
Sebelum membincangkan hukum bersalaman dengan wanita mahram ada dua masalah yang telah diputuskan dan disepakati ulama. Jarak antara dua masalah ini agak jauh, sejauh jarak antara A dan Z yang dipisah oleh beberapa huruf abjad. Sebahagiannya memihak kepada A manakala sebahagian yang lain pula kepada Z.
Dua masalah yang saya maksudkan ialah:
Pertama: Haram bersalaman dengan mana-mana wanita, sama ada mahram atau bukan mahram, jika disertai kebangkitan nafsu sama ada oleh kedua-dua atau salah satu pihak, atau dibimbangi berlaku fitnah pada salam-salaman itu.
Lapik atau tidak bukan ukurannya disini, kerana apabila ertinya pihak pertemuan antara dua tapak tangan, jika pertemuan antara mata, hati dan suara telah mendahului.
Saya katakan nafsu dan fitnah yang beriringan salaman itu menentukan haram halalnya. Kadang-kadang hubungan antara bapa tiri dengan anak tiri, ibu mentua yang hampir sebaya umur, antara adik-beradik sesusu pun pernah menggegarkan nafsu.
Atas prinsip ini, bersalaman sesama lelaki pun haram juga, jika ada nafsu yang tidak normal terhadapnya. Kejadian-kejadian seks di luar tabii pada saya merupakan sebaik-baik contoh. (Nafsu sebagai penentu hukum, sila lihat al-Ikhtiyar li Ta’lil al-Mukhtar 4/155).
Kedua: Harus bersalaman dengan wanita tua atau budak perempuan kecil yang tiada keinginan nafsu lagi terhadapnya, kerana tidak timbul fitnah di sebalik salam-salaman itu.
Demikian juga hukum bersalaman antara lelaki dan wanita yang sama-sama tua dan telah melepasi usia nafsu atau keinginan seks.
Mereka harus bersalaman, kerana tidak ada apa yang dibimbangi terhadap mereka. Ada riwayat menyebutkan, Abu Bakar r.a pernah bersalaman dengan seorang wanita tua. Demikian juga dengan Abdullah Ibn al-Zubair yang pernah memberi upah seorang tua untuk memicit kepalanya ketika beliau sakit (Lihat sumber terdahulu, halaman 155-156).
Bagi memperkukuhkan keharusan bersalam-salaman dengan wanita tua, kerana ketiadaan nafsu. Sila lihat ayat 60 dalam surah al-Nur yang menyatakan hukum al-Qawa’id min al-Nisa. (Wanita tua yang telah putus haid). Mereka dikecualikan pada menutup bahagian-bahagian badan yang wajib ditutup oleh wanita-wanita muda yang belum putus haid.
Begitu juga dengan ayat 31 surah al-Nur yang mengecualikan kanak-kanak lelaki yang belum berkeinginan terhadap seks, mereka boleh keluar masuk dalam majlis wanita tanpa perlu wanita menutup aurat mereka. Keharusan ini disebabkan tiada fitnah padanya.
Selain dua masalah yang telah diputuskan atau disepakati ulama itu, banyak lagi masalah yang wajar diteliti dengan mendalam. Percambahan fikiran sekitar ada atau tiada fitnah masih boleh dikembangkan oleh para sarjana, supaya hukum tidak terlalu ketat, pada tempat yang boleh dilonggarkan dan tidak terlalu longgar pada tempat yang perlu diperketatkan.
Sebagai contoh, pendapat yang mengatakan wanita hendaklah ditutup seluruh tubuhnya, meliputi muka dan dua tangan. Tidak syak lagi pendapat ini turut mengharamkan bersalam-salaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, kerana tangan yang wajib ditutup dan haram dilihat oleh lelaki ajnabi, dengan sendirinya haram dipegang, apalagi disentuh kulitnya.
Pendapat yang mengatakan tangan dan muka itu wajib ditutup, bukan pendapat majoriti atau jumhur ulama. Kebanyakan mereka mengharuskan muka dan al-kaffayn (dua tangan) dibuka.
Soalan yang timbul disini ialah, apa alasannya jika dikatakan haram bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, sekalipun tidak disertai nafsu.
Kita boleh terima jika alasannya Sadd al-Zariah (tutup pintu-pintu maksiat), itu pun jika ada tanda-tanda maksiat boleh berlaku, tetapi bagaimana pula jika tanda-tandanya tidak ada? Sebagai contoh, bersalaman dengan sepupu perempuan kita yang baru pulang dari luar negara atau pada hari-hari perjumpaan keluarga.
Ada pendapat mengatakan, nabi tidak pernah bersalaman dengan wanita, sekalipun ketika berbai’ah dengan mereka seperti dalam peristiwa pembukaan Mekah.
Alasan ini dijawab oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi sebagai tidak tepat, kerana ada sumber-sumber lain menyatakan bahawa nabi bersalaman dengan mereka. Meskipun Aisyah bermatian-matian menafikannya. (Lihat tafsiran surah al-Mumtahanah dalam Sahih al-Bukhari).
Dalil haram
Ada sesetengah ulama mengemukakan riwayat al-Tabarani daripada Ma’qal Ibn Yasar daripada nabi sebagai dalil haram bersalaman.
Hadis itu bermaksud: Andainya seorang kamu menikam kepalanya (membunuh diri) dengan besi tajam, lebih baik baginya daripada yamassa seorang perempuan yang tidak dihalalkan baginya.
Perkataan yamassa dalam bahasa Arab mempunyai sekurang-kurangnya dua erti, termasuk setubuh dan sentuh kulit dengan kulit. Baginda biasanya tidak selesa menyebut terang-terang perkataan setubuh, sebaliknya menyebut sentuh yang meliputi kegiatan mukadimah persetubuhan. Dengan erti ini, hadis di atas belum cukup alasan bagi golongan yang berpendapat haram, haram bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Selain bahasa, kesahihan hadis di atas juga masih boleh dipersoalkan, walaupun menurut al-Munziri jalan sanad hadis itu. Sahih. Dr. Yusuf al-Qaradawi, yang mempersoalkan kesahihan hadis ini berkata, jika hadis di atas cukup syarat-syarat kesahihannya, mengapa ia tidak diriwayatkan dalam enam sunnah hadis dan mengapa ia tidak popular di kalangan ulama fikah dalam beberapa abad pertama, sedangkan mereka pernah membincang hukum bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan.
Ada riwayat Malik Ibn Anas menyatakan, Nabi s.a.w membiarkan tangannya dimain oleh hamba-hamba perempuan dari Madinah. (Bukhari, kitab al-Adab, fath al-Bari, 13/230).
Dalam riwayat Bukhari dan Muslim juga menyatakan Nabi s.a.w pernah tidur tengah hari di rumah Ummi Haram binti Milhan, kepalanya berbantalkan pangkuan Ummi Haram yang memicitnya. (Fath al-Bari – 13/230 – 231).
Berdasarkan hadis ini, bersalaman dan persentuhan antara kulit lelaki dan perempuan ajnabi diharuskan, seperti yang berlaku antara kedua-dua pihak tidak menyimpan nafsu terhadap satu sama lain dan tidak pula menimbulkan fitnah.
Bersalaman dengan wanita bukan mahram dengan aman tanpa fitnah, bukan sesuatu yang luar biasa bagi manusia biasa dan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti ketika menyambut kepulangan dari luar negara, ketika ziarah keluarga yang terdiri daripada sepupu-sepupu dan sebagainya.
Bagaimanapun sekali lagi perlu diingatkan, bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan hanya diharuskan dengan dua syarat yang sangat mustahak diambil perhatian.
1) Tiada nafsu dan tiada fitnah yang mungkin berlaku pada bersalaman itu. Jika ada fitnah dan nafsu, maka haram bersalaman, sekalipun ibu saudara yang haram dikahwini. Bahkan sesama lelaki juga diharamkan jika ada menyimpan niat kotor di sebaliknya.
2) Keharusan bersalaman itu hanya pada ketika dan dalam suasana tertentu sahaja, ia tidak harus diperluaskan. Sebaik-baiknya bagi seorang Muslim tidak bersalaman dengan wanita yang bukan mahramnya, tidak lebih dahulu menghulur tangan, kecuali apabila dihulur.
Bersalaman dengan wanita, masih merupakan suatu bidang ijtihat yang masih terbuka kepada para ahli, janganlah mudah membuat ulasan, semata-mata kerana kita tidak mempunyai pengetahuan yang cukup padanya.
Amek ko, last skali update awal tahun. Macam-macam benda dah jadi selama tu. Anak aku harus dah nak 8 kg. Bukan aku tak sayang tapi keutamaan dah tak macam dulu. Ada benda yang perlu didahulukan makanya sudah tentu ada perkara lain yang mengambil tempat kerna satu masa hanya boleh satu kerja. Semoga keutamaan yang utama aku terus diizinkan olehNya berada di landasan ini. Banyak juga point nak dikongsi tapi belum masa. Bukan tak mahu berjanji tetapi risau tidak tertunai. Biarlah masa menentukan, go with the flow. Semoga kita dapat berjumpa lagi di sini.
Mengumpul kembali semangat untuk menulis lebih panjang dari status di FB.
PENAFIAN
penegasan fakta
Makanan Jiwa
كات-كاتمو
ڤندڠله اكو.. اكو له دي
I serve Myself
Sort by labels
- akademi nasyid
- auto
- candu
- cartoon i like
- cerita
- cerita dulu-dulu
- donlod
- ET
- gadjet
- gambar
- game
- good article
- jokes
- kata-kata
- kawin
- kiasan
- kontroversi
- kursus
- lagu
- legend
- lovin' it
- merepek
- missing person
- revival
- SEX(self expression)
- shorties
- special announcement
- surat terbuka
- tech
- ucapan
- united
- video yang aku suka
- xpdc
- xtvt
