Pelik bin ajaib  

Posted in

Sejak bila pulak korang tukar course BM? Ataupun sejak bila course lain boleh join dinner BM? Kehilangan yang masih belum terungkai.

Bekam Lintah (18sg)  

Posted in

Warning; Viewer discretion advised. Graphic images may be disturbing to some viewers.

Malam tadi kami menjalankan ibadah baraan ke rumah Pak Tam di Temerloh & Li di Jengka 19. Kekangan masa mengakibatkan ibadah ini terpaksa dilakukan pada waktu malam. Sehingga habis Syawal insya'Allah hujung minggu sentiasa penuh sampaikan ada program yang bertindih. Mana-mana program yang kos lepas tu harap sangat difahami & dimaafkan.

Sewaktu di rumah Li, kami mengambil keputusan untuk berbekam. Sudah lama berhajat untuk berbekam ni. Malas dah nak taip lagi, korang tengok penerangan bergambar je la ek.

*proses meletakkan lintah ke sasaran*

*sasaran pertama*

*kat tulang kipas*

*dipercayai toksin paling banyak disini*

*lutut CMK*

*sucking the bad blood*

*dah nak penuh*

*punya la berat smpi melendut - kaki CMK*

*wound left-Y shape*

*ni yg kat kaki CMK td*

*ntah brp ltr darah CMK dlm ni*

*keep on flowing*

Sesi yang mengambil masa lebih kurang sejam diisi dengan aktiviti membahan sesama sendiri. Tiada yang terlepas menjadi sasaran. Masing-masing claim yang berbekam bakal menjadi "bersih" selepas sesi itu. Dipercayai yang tak berbekam malam itu memang sudah berstatus bersih sejak azali.

Memang 1 pengalaman yang pelik & cuak. Sewaktu dalam perjalanan pulang ternyata tampalan ala kadar tak berupaya nak menampung aliran darah. Maka tanpa disedari DNA aku ditinggalkan di kerusi pemandu & alas kaki kereta CMK. Sorry bro! Jadi apa-apa hal nanti korang tahu kat mana nak dapatkan DNA aku. Li kata 3-4 jam berhenti la darah. Memang cuak sewaktu menanggalkan tampalan. Darah mengalir seolah plastik yang bocor. Last-last tak larat nak layan, tidur dalam keadaan bermandi darah. Nasib baik mak aku tak masuk bilik masa tidur. Mau beliau ingat aku dah mengikut jejak langkah adik aku yang nombor 3.

Setiap kejadian Tuhan ada fungsi & tugas masing-masing. Jadi biarlah tugas menghisap darah kotor ni diserahkan pada yang pakar iaitu makhluk bernama lintah. Nak diceritakan pasal kebaikan belum lagi dapat rasa. Mungkin kadar toksin sebagai perokok sejak 2001 ada kurangnya. Maaf jika entri ini mengingatkan korang pada cerita Dukun Lintah.

Pak Red Juniors (x2)  

Posted in

Tahniah buat sa udara Pak Red di atas kelahiran anak-anak sulung beliau di Hospital Kuala Terengganu semalam. Double beb, sepasang lak tuh! Semoga kelahiran cahaya mata ini membawa berjuta sinar kebahagiaan. Aku tumpang gembira berita bahagia sahabat-sahabat.

p/s: siapa-siapa tahu petua nak dapat double macam Pak Red ni tlg bgtau ek.

The best birthday gift ever had  

Posted in ,

Petang itu di hari ulang tahun ku. Menerima 1 pesanan ringkas dari seseorang. Hasrat dinyatakan untuk berhenti dari berkhidmat. Dinyatakan dia tahu aku tidak suka padanya. Sebagaimana kata-kata sa udara Yuz, dia ni kalau tak suka kat orang memang nampak sangat. Well said. Kemahiran untuk pura-pura suka belum dapat. Maka apa yang lahir di zahir adalah dari hati yang mati.


Peluang sudah diberi & pada satu ketika aku amat menyesali keputusan itu. If you just can't fit in please make use of the door. It's better for the group & yourself. Please don't ever feel we missed you. We have long doing good with or without you. Like Muhaimin said, with or without you there's no different at all. You have chosen your own path so don't ever bother to take any part again. Don't you ever try. 

This time around there's no physical card nor gift for my birthday but I couldn't ask for more. Thanks Almighty for the best birthday gift I ever had. You have answered my prayer.

29 tahun yang lepas  

Posted in

Tarikh ini 29 tahun yang lepas. Tanah tumpahnya darahku di Trong Perak. Merupakan putera sulung kepada pasangan MelaWa(melayu+jawa). Juga cucu lelaki pertama kepada Allahyarham Kassim. Hampir-hampir dinamakan Fairuz entah mengapa diubah kepada jon jonson nama sekarang. Mungkin agaknya nama itu tak seunik nama sekarang. 


Kurang 12 jam waktu mencapai 29 tahun kemudian, putera ini mengimbau kenangan pabila melalui tanah tumpah darahnya. Perjalanan pulang dari BM itu menjadi lebih istimewa & bermakna. Pertama kali jua ulangtahun kelahiran disambut dalam keadaan sedang bertugas sebagai supir. 

Buat insan-insan yang mengingatinya dengan menghantar sms, diucapkan terima kasih yang tak terhingga(tengah menaip ni sampai 1 lagi sms ingatan bergrafik dari Sham gtu). Kalau nak diikutkan tradisi famili aku memang takde pun pape sambutan. Memang berpegang teguh dengan mazhab konservatif. 

Dengan umur yang semakin banyak ini semoga aku akan lebih mengenal diri. Bagi rata-rata baru dapat yang nyata. Pohon doakan wahai sahabat serta sa udara ku, semoga sambutan hari lahir tahun hadapan aku akan dapat hadiah yang paling bermakna. Apakah dia? Seorang ataupun dua, tiga(tamak la pulak) baby hasil dari benihku & benihnya. Permudahkan urusan hambaMu yang degil ini ya Rahim, sesungguhnya semua dari Mu jua. Amin...

Tentatif Raya Jon  

Posted in ,

Beg belum kemas, lepas solat sunat raya dah nak gerak ke KL. Aku kalo bab-bab packing beg ni memang yang amat rajin. Nanti dulu la, bagi lelap jap pastu kemas le pape yang patut. Kemahiran mengemas aku ni boleh dikatakan sudah agak tumpul sekarang. Dulu-dulu bermula dari tingkatan 1 sampai le bertingkat-tingkat belajar memang puas packing & unpacking beg ni. Memang dah stail keluarga aku, semua anak-anak digalakkan untuk tinggal di asrama. Bagi kental sikit jiwa ni, takde la cengengeng sangat. Banyak survival skill yang berjaya aku dapat sepanjang hidup berjauhan dari keluarga ni. Timbul juga keinginan untuk menghasilkan buku berkenaan topik ini sebagai panduan. Nanti la aku selit sikit-sikit dalam blog.


Oh ya, berkenaan dengan Raya tahun ni aku macam biasa dilantik secara tak rasmi sebagai supir keluarga. Kampung Mak di Bagan Datoh, jadi sekurang-kurangnya dalam 2 atau 3 kali setahun kami kesana. Waktu arwah Embah masih ada lagi, kadar kekerapannya agak tinggi berbanding sekarang. Faktor keluarga belah Abah aku yang tak reti-reti nak bersatu juga menyumbang kepada kekerapan tersebut. Kesian arwah Atok aku kat dalam kubur, patutnya senang-lenang dengan "sumbangan" anak-anak. Ini tak habis-habis nak berdengki sesama adik-beradik. Kata bodo kang marah, tapi memang dari dulu lagi tak reti-reti nak pakai otak. 

Lokasi tujuan pertama adalah ke rumah Maklong di Cheras Baru. Sejak ketiadaan Atok, kami masih gagal untuk menggantikan rumah tumpuan bagi setiap kali Raya. Bagi Team A biasanya di rumah Maklong lah tempat berkumpul. Aku pun senang berada di sini melayan keletah anak-anak sepupu aku. Dapat juga melepas kerinduan dengan mereka. Dah terbayang senyum Sara di mata. Aritu tak puas langsung bersama. Alamak, duit raya belum diisi dalam sampul. Nak bagi berapa ek kat diorang? Semua yang layak menerima ada 10 orang. Di kala penurunan harga minyak takat 10 sen ni sebelah tangan cukup la kot. Nak banyak-banyak korang doakan projek Paklong An berjalan lancar dengan pantasnya k.

Sesudah beraya di KL baru la kami meneruskan perjalanan ke Perak. Insya'Allah akan menyinggah di Sg. Besar walaupun kali ini masih belum sempat Mak aku untuk menyarung cincin. Dia merancang Dia juga menentukan. Harap tidak lama lagi termetrai jua ikatan yang ditunggu sekian lama. Ada lak korang kata saja-saja aku nak tangguh-tangguh. Mende sedap elok beb, kufur nikmat namanya tuh! 

Disebabkan Ijat nak PMR tahun ni maka dapat 2 malam sahaja di Perak. Jangkaan bergerak balik pada hari Jumaat. Lagipun sepupu sepapat aku nak datang beraya di rumah Engah diorang pada hari Sabtu ni. Ritual tahunan mereka memandangkan kubur arwah Abah mereka ada berdekatan sini. Sepupu belah Team B kalo datang pun aku buat macam tak nampak je. Kejam tak aku? Prinsip aku senang, kalo orang 10 kali sombong dengan aku, 100 kali aku akan sombong balik. Kalo sampai menghina Mak aku? Pelempang tak cecah di muka, penyepak tak kena penyawa pun diorang patut bersyukur.  

Tak nampak lagi macam mana nak ke BM pada raya ke 3. Suntuk sungguh masa. Bak kata abg Man, kita ni memang takde masa lapang kecuali kita sendiri yang melapangkan masa. Semoga perjalanan kita semua untuk meraikan fitrah manusia diredhai oleh-Nya. Bagi yang supir macam aku, sila bagi sepenuh perhatian pada pemanduan. Leka sesaat jika tak kena pada masanya seumur hidup merana. Memandulah dalam keadaan yakin jangan sesekali teragak-agak. Pada yang tak memandu tu bagi la moral support kat supir. Ajak la menyembang ke, mengumpat ke, bagi segar sikit mata supir tu. Takmola tidur je, kesian la sket kat supir yang takde gaji tuh. Paling best, dah la dalam perjalanan mata tak pernah buka, sampai je korang lak lagi penat kononnya. Memang psyco tahap nak bagi pelempang. Sebelum nak mula perjalanan apa salahnya jika memohon dari Pemilik segala moga-moga perjalanan kita selamat sampai ke destinasi. Selamat!

My baju raya is blue  

Posted in

*the scorer tonight*

It's 5am the 1st Raya. For the past month we will sit at the dining table for sahur. It's different this time. Heard my mom blending something for our must have Raya delicacies - Rendang Daging. Woke up early this morning for United's Champions League game vs Aalborg of Denmark. Raya or not United is still on. As I post in The Sun forum, Berbatov will open the flood gate prior to this game. 2 goals in the 2nd half will answer all the critics regarding all the hype of his record transfer. United look classic wearing new 3rd blue kit inspired by '68 team that won the 1st Champions League. This 3 nil win & the top spot in Group E is a must have for the dismal performance against Villareal. The only low point of this game is Scholes knee ligament injury after 16 minutes. Not what we wanted since Carrick & Hargreaves is also sidelined because of injuries. Get well soon ginger! This 1st Raya, I will be in blue.