Zionis antara kita  

Posted in

Dimana-mana sekarang sedang giat berkempen mengutuk keganasan Israel. Pelbagai cara manifestasi kebencian terhadap rejim zionis ini. Ada yang berdemo dengan acara kemuncak membakar bendera, ada yang berkempen untuk memboikot barangan serta tak kurang jua yang terus mengusir pegawai kedutaan dari negara mereka. Yang menggelikan hati, ada juga yang meletakkan harapan pada Obama. Sah-sah kurang pengetahuan am.


Tidaklah menjadi satu kesalahan untuk mengekspresikan rasa benci kita pada tindak tanduk mereka. Kita kan mengamalkan kebebasan bersuara(kecuali dikekang ISA). Tetapi yang lebih berbahaya adalah musuh yang tak nampak dengan mata zahir. Nampak macam sama sahaja dengan kita tapi rupa-rupanya adalah proksi zionis. Musuh ini yang sebenarnya perlu ditentang habis-habisan dahulu. Siapakah mereka? Setiap dari kita aku percaya mungkin pernah bertemu, kenal malah berkawan dengan mereka. Mungkin mereka turut sama membakar panji star of david ketika ini. Suatu masa mereka akan terserlah terang lagi nyata.

Sick & tired of indonism  

Posted in

Bermula dari pagi hingga ke malam tak putus-putus audiens kita dihidangkan dengan sinetron Indon. Dari konflik keluarga, kisah cinta & yang paling jelik kisah bodoh pun diterima. Rasa-rasa nak ke mereka layan siri Gerak Khas? Kata seorang pemikir, Indon ni bijak mencipta & menggarap konflik. Penonton terbawa-bawa dengan jalan cerita ciptaan mereka. Ingat lagi betapa kita begitu geram pada mak tiri bawang putih? Sehinggakan siri itu "rerun" di tv3 atas permintaan peminat fanatik. Kesan asimilasi budaya itu yang perlu dikhuatiri. Maka tidak hairanlah pegangan agama liberal seperti yang diamalkan oleh mereka menular ke sini. Cuba kaji Pancasila anutan mereka.


Jika dilihat dari skop yang lebih luas, sebenarnya bangsa kita memang mudah menerima apa jua. Tidak kira budaya dari mana asalkan dari luar maka akan terus dipandang tinggi. Begitulah hebatnya impak doktrin penjajah selama beratus tahun. Siapa kata tujuan Portugis menakluk Melaka adalah untuk menguasai perdagangan rempah? Harus diingatkan bahawa sejarah itu ditulis oleh mereka yang menang.

Setia Buta  

Posted in

engkau ke kanan aku ke kanan
engkau ke kiri aku jua turut ke kiri
kau join aku join
kau quit dengan alasan jelek aku pun tumpang quit
pendek kata kemana saja kau pergi aku ikut
katakan saja kemana aku kan tetap setia menemani
hatta ke lubang neraka
jangan cuba tegur apa-apa
akan kami pertahan tak kira siapa
barulah namanya 'buddy'
barulah terbukti lafaz setia
barulah benar caption gambar "frenz 4eva" di  friendster
barulah BANGANG namanya.


210309  

Posted in

Kembali dengan pemberitahuan...


Dikatakan manusia seumur hidupnya diraikan sekurang-kurangnya 3 kali. Pertama sewaktu kelahirannya, kedua sewaktu perkahwinannya & akhir sekali sewaktu kematiannya. Jadi nampaknya tak lama lagi aku akan diraikan untuk bahagian yang ke-2. Tinggal lokasi yang masih belum ditetapkan. Harap-harap dapat dibuat di mahligai tumpangan sekarang.

Maka apabila keraian sudah tentu syaratnya kena ramai yang hadir. Setakat 10-30 orang itu namanya sambutan hari lahir ataupun kenduri doa selamat sahaja. Oleh yang demikian semua korang dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis pemberitahuan bahawa aku & dia sudah bergelar suami isteri yang sah. Silalah luangkan masa untuk datang. Buktikan pada mereka apa sebenarnya erti persaudaraan kita. 30 tahun menunggu beb!

Kepada sesiapa yang ingin meringankan amatlah dialu-alukan. Setakat ini terima kasih kepada taufiq & geng-geng keje kuzi catering atas pemberian bekas telur serta kepada rafizi yang sudi untuk mereka kad jemputan. Sekecil mana pemberian amatlah bermakna, sebesar mana pengorbanan akan aku kenang sampai bila-bila.

Pertemuan yang tertunggak  

Posted in

Akhirnya malam ini berlangsung jua pertemuan untuk membincangkan pelbagai perkara. Kadar kekerapan yang mencabar perlembagaan bak kata kekanda. Insya'Allah tahun depan akan kembali seperti sedia kala. Harap semua pendukung bersedia menyemarakkan kembali api perjuangan yang semasa seumpama api lilin yang dipuput angin malam. Sekadar menyala melintuk liuk mengikut angin tidak cukup. Perlu api yang mampu untuk membakar. Perlu jiwa yang kental untuk dibakar. Jiwa yang merdeka. Jiwa yang hujungnya diterima sebagai hamba-Nya.

Mungkin sikit lagi  

Posted in

Dapat 2 set bermandi peluh malam ini. Partner pun leh tahan lencun. Memang sampai ke titisan peluh yang terakhir. Orang lain nama je cuti tapi prestasi kehadiran kelas sampai 200%. Aku memang cuti sungguh. Bagus juga bila ada yang membuka mata. Berbaloi sejam perjalanan. Dalam kepala dok berfikir macam-macam. Kerja walimahnya, perancangan membuka kelas barunya, penstrukturan semula TP & JKnya, materialnya lagi & lagi (tunggu mati baru leh berhenti beb!). Ala tu baru sikit,orang lain lagi banyak (ayat cliche pujuk diri). Moga dapat teruskan banyak tugasan yang tertunggak sejak diuji. Semoga ramai lagi yang faham. Penat rasanya bila berteriak & bertempik berkali-kali tapi tiada yang sudi mendengar.

Perut penuh daging  

Posted in

Berkorban itu memberi sesuatu yang kita sayang.
Bagi pakaian terpakai pada mangsa tsunami bukan korban.
Turun kelas di waktu memang terluang bukan berkorban.
Takat demam selsema 2,3 hari bukan berkorban.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1429H(x lama lagi dah nak 1430)