Dejavu  

Posted in

Membawa lori balik dari mengambil duku untuk kiriman ke kakak pada abahku. Otw nak gi pun dah bunyi bising dari belakang tapi tak tau punca. Teori aku drive shaft. Teori abah penghadang kayu. Tetiba gedebum! Bunyi macam benda jatuh pastu aku gigih berusaha mengawal lori ke tepi. Terus dejavu pada suatu ketika aku juga sebagai supir sewaktu mengambil barang dari Sintok. Bezanya waktu itu kenderaan pacuan 4 roda & lokasinya di tepi lebuhraya yang mengunjur dari atas sampai la ke bawah Tanah Melayu. Belum sempat lori berhenti aku nampak sebiji tayar bergolek ke depan masuk dalam semak. Tayar spare kot, berbisik dalam hati memujuk diri. Rupanya itu tayar belakang lori belah kiri. Hari tu yang meletup pun kedudukan yang sama. Skru 1 pun tak tinggal. Maka dihantar oleh Dia pemuda-pemuda kampung untuk menolong kami. Syukur, Tuhan bagi jawapan kepada persoalan yang merunsingkan sejak dari mula perjalanan dengan kehadiran aku di sisi abahku. Pengajaran: sila pastikan skru tidak terbalik sewaktu anda memasang tayar. Kalau agak kurang yakin, lakukannnya dengan pengawasan mekanik bertauliah.

Penularan wabak  

Posted in


Lokasi : Peksat
Semasa : lepas kelas
Kedatangan : macam biasa la muka tu juga...muka2 yang xde keje, mengabaikan tanggungjawab pada keluarga & gila bersembang kosong

Syg:auw!
Me:nape?
Syg:baby flying kick...

mak aih, anasir luar ni dah makin kurang ajar...belum keluar lagi dah menyusup masuk...takpe, nnt ayah ajo baby sepak minang ek