Hirisan Minda  

Posted in

Menulis itu penat. Penat minda yang lebih dari penat fizikal. Itu sebab mengapa peratus jualan makanan dari bilik ke bilik meningkat mendadak sewaktu musim peperiksaan. Teringat hot-dog rebus Inas jiran depan bilikku suatu ketika dahulu. Banyak perkara yang perlu diambil kira dalam menghasilkan satu penulisan yang berkualiti. Bukan seperti menulis diari, hasilnya nanti akan ada orang lain yang turut menyimpan minat. Tidak kiralah orang itu guru Bahasa Melayu kita, pembaca tegar blog mahupun musuh kita sendiri. Sungguhpun menulis itu merupakan salah satu medium perkongsian idea namun yang paling penting apakah kesan dari pembacaan kelak. Mata pena lebih tajam dari mata pedang merupakan kata-kata hikmah yang masyhur.

Salah satu faktor kurangnya bahan bacaan dipercayai akibat dari kurangnya golongan penulis berkualiti yang prolifik. Ada orang yang bakatnya memang tidak dapat dinafikan hebat dalam melontarkan idea dalam bentuk oral. Ada orang yang berkebolehan mengarang akan tetapi idea atau mungkin pengalamannya masih cetek. Menulis bukan atas faktor reka-rekaan pun punca kurang. Oleh yang demikian mungkin salah satu yang dapat difikirkan adalah kedua-dua golongan ini dapat bergabung tenaga dalam penghasilan bahan bacaan yang bermutu sementara dapat melahirkan golongan yang istimewa yakni memiliki kedua-kedua ciri secara berbondong-bondong.

Golongan kedua rasanya lebih ramai. Apa yang dapat dilakukan adalah dengan memperbanyakkan bacaan & pengalaman. Bacaan yang paling agung semestilah Al-Quran. Baca yang tersurat faham yang tersirat. Mahu sampai ke lapisan paling dalam sememangnya menuntut komitmen yang tinggi namun jika tidak dimulakan sampai bila pun takkan sampai. Untuk menambahkan pengalaman pula kenalah banyak mengalami. Sesungguhnya banyak peluang yang sudah diberi oleh yang Maha Tahu untuk kita belajar. Namun dek kedangkalan akal, kita menolak dari merasai/melalui pengalaman itu. Nak dapat isi kena lah dikupas kulitnya dahulu. Tak dinamakan raja segala buah jika nak mendapatkan isi durian bisa melukai(andai tersilap langkah). Apa jua yang menghalang dihadapan bukan satu noktah mutlak pada perjalanan. Titi itu kan kecil sahaja. Nak ke kiri@ke kanan? Jatuh nanti. Nak ke belakang? Bila nak sampai ataupun yang lebih dahsyat boleh lucut dari pegangan. Maka jalan yang ada dihadapan itulah tetap jalannya. Cuma ada aral. Ah, nama pun jalan perjuangan. Bukan jalan-jalan cari makan. Jalan itu juga, mana boleh dilencong-lencong.

Missing & anxiously waiting  

Posted in ,

Salam,
it's almost a month since my last posting. What happened? A lot. The highlight of the year, it's official that my beloved muah2 (new) wife is 10 weeks pregnant last week. Syukur alhamdu Lillah. Hope everything's going to be okay. I know that there's also countless number of pakcik's, makcik's, embah's & tok-tok that can't wait to meet my 1'st of many. And I also hope that all of them pray for the best. Thank you all for the love. I just feel honor to know you all.