Showing posts with label special announcement. Show all posts

Don't blame yourself too much  

Posted in ,

"There's a way to make things up. Forgive yourself"
- Horatio Caine

Missing & anxiously waiting  

Posted in ,

Salam,
it's almost a month since my last posting. What happened? A lot. The highlight of the year, it's official that my beloved muah2 (new) wife is 10 weeks pregnant last week. Syukur alhamdu Lillah. Hope everything's going to be okay. I know that there's also countless number of pakcik's, makcik's, embah's & tok-tok that can't wait to meet my 1'st of many. And I also hope that all of them pray for the best. Thank you all for the love. I just feel honor to know you all.

Liberalisasi sektor perkhidmatan  

Posted in

Gila buku tajuk aku kali ni. Memang serius pun. Lihat la sendiri apa kesannya nanti.

*dipetik dari thestar;

PUTRAJAYA: The Government has removed the 30% bumiputra equity requirement for 27 services sub-sectors under a liberalisation of the services sector.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who said this would take effect immediately, added that the sub-sectors — which included the health and social services, tourism, transport, business and computer and related services — would have no equity conditions imposed.

More liberalisation measures are in the offing, he added.

Exora Exclusive Pic  

Posted in ,

Baru dapat email gambar Exora dari seorang teman pagi tadi.(apsal entri aku skrg bersumberkan email ek?) After much hype (mak aku kata) akhirnya muncul juga apa yang dinanti oleh rakyat Malaysia. Pelbagai topik telah disentuh sewaktu perbualan berkenaan dengan MPV pertama keluaran Proton ini. Paling banyak disentuh adalah berkenaan dengan enjin 1.6nya. Boleh ke enjin tu membawa rangka MPV? Kalau ratio(dgn izin) body dengan enjin tak sekata jadilah fenomena bagai mencurah minyak ke daun keladi. Aku dah cukup masak sejak berKsatria dgn enjin 1.3 yang karburetornya ala-ala kena cari ganti kat kedai potong. Ok la, dah tajuknya pun gambar maka saksikanlah dengan mata anda sendiri. Nak cari maklumat tambahan sila tanya makcik google(mcm biasa).


*pandangan depan-grill persona?*

*bumper tu mcm pernah tgk*

*pintu belakang sedang terbuka*

*duduk KL kena pakai yg ni*

*Avanza vs Grand Livina vs Exora*

ps: kpd sesiapa yang pernah ada pengalaman bersama Avanza & Livina sila nyatakan kelebihan model itu. Sekarang ni ramai betul pakai Livina.

Kad Jemputan-road to perfection  

Posted in ,

*phewww*

Sneak preview(apa ntah dlm BM) kad jemputan aku nanti. Dihasilkan oleh seorang pemuda yang berbakat besar dalam bidang grafik namun beliau lebih suka untuk menenggelamkan diri seumpama batu bukan sabut. Puncanya bermula ketika sehari berusia bergelar tunangan berjumpa beliau di Melaka. Dalam dewan yang besar agak panas aku menyatakan hasrat untuk memohon sumbangan idea & tenaga. Mungkin nada pada ketika itu yang agak berseloroh beliau mengambil masa untuk memproses permintaan. Hanya setelah cubaan ke-2 melalui seorang adik wanitaku barulah beliau menghubungi. 

Panjang jua prosesnya utk menghasilkan. Yang paling bertangguh ketika melakar peta. Macam-macam kejadian berlaku. Kebetulan Atan mendapat percuma GPS maka dipinjam untuk mengetahui koordinat lokasi kejadian nanti. Jadi korang jangan risau, siapa yang ada GPS insya'Allah lebih mudah dipandu. Seboleh-bolehnya dipermudah untuk semua. Jangan diberitahu koordinat itu pada Israel pula.

Kad ini bakal dicetak di seberang atas faktor kos & tempahan minima. Aku pun nak standard CT, Mawi dan orang ternama. Janjinya sebelum hari ini berlabuh sudah perlu diemail pada Nabil JBLC. Semoga urusan dipermudahkan & hujung minggu ini sudah boleh diedar kepada semua. Jadi nantikan kad berwarna emas ini dalam seminggu dua. Ku pesan awal-awal, tidak memungkinkan untuk dapat semua. Akan dipenamakan atas zon masing-masing. Itu sahaja yang mampu dilakukan, harap semua dapat sama memeriahkan keraian ke-2 aku.

*comot je edit dek aku, kalo tawaw edit mesti lawo...

Gerak Usahawan Nasional 2009  

Posted in ,

Malam ni maka bergeraklah aku ke ibu kota semula bagi memenuhi tuntutan dunia & di sana dengan ehsan Pak Tam yang memang setiap kelas Rabu akan balik ke Sepang. Terus ke istana hinggap Seraya setelah tadi memberitahu Ta. Tujuan utama pemergian kali ini adalah untuk mengunjungi GUN 2009 di PWTC. Walaupun cuma dapat untuk 2 hari aku akan menggunakan masa yang terhad dengan sebaiknya demi masa depan sendiri. Sesi menambah ilmu & insya'Allah akan membuka mata untuk peluang-peluang yang ada. Sudah sekian lama tiada apa-apa. Semoga jalan yang selama ini dicari ada di sana. Redhakan pemergianku dengan berkat Guru, Karomah Mak & Hikmah Abah...

*klik gambar untuk imej yang lebih mesra penglihatan

*poster program*


*tentatif utk 3 hari*
update;
Sa udaraku Pak Red baru sahaja call memberitahu beliau juga memang ingin ke sana pada pagi Jumaat & menawarkan untuk membawaku sekali. Subhanallah, sebelum tu baru beritahu Karomah yang aku nak pergi. Terima kasih di atas pertolongan Mu.

nantikan laporan program sekembalinya aku ke tanahair (bergambar kalo dapat pinjam kamera adik iparku)

Cahayamata Atan & Ida  

Posted in ,

Tahniah kepada sa udara Atan & Ida bersempena kelahiran cahayamata sulung korang pada pukul 10 pagi tadi di Hospital Jengka. Berseri-seri wajah Tok & Tok Wan yang mendapat cucu sulung. Semoga dengan amanah yang diberi dapat menambah kebahagiaan rumahtangga. Cuti la dulu sementara baru sangat ni. Jangan cuti terus sudah. 


Habis KK tadi kami terus melawat Puteri Qistina Damia yang nyenyak betul tidur di sebelah maknya. Kehadiran segerombolan manusia berpakaian satu bentuk membikin mak guard di luar wad resah. Beliau hanya membenarkan kami masuk secara bergilir. Kira ok la, arahan dikeluarkan dengan penuh hikmah. Kalau nak ikut memang la nak serbu ramai-ramai, terlupa lak yang wad tu bukan kat Gleaneagles. Sekilas pandang muka aku wajah baby mengikut muka Hikmahnya. Tak kisah la ikut muka sape pun janji kedua-dua ibu & anak selamat. Lihat gambar eksklusif yang tak kan keluar di majalah Hello.

*baby feat. 1st peace dr paklongnya*


*lebat rambut, kecik-kecik dah jaga aurat*


*geram nak kiss tp mak dia cam usha je*



Dan aku makin ketinggalan...

Hijrah ke yang agung  

Posted in

Aku dah berkira-kira nak berhijrah ke England. Bukan sebab nak makin dekat dengan Old Trafford. Bukan juga sebab dah benci tahap gampang kat penyangak-penyangak. Kalo sebab tu makin bermaharajalela la diorang. Bosan gile tadi nak beli jeans takde saiz. Pinggang dah ok kaki lak singkat.  Kaki ok peha lak macam nangka kena tapau. Aku bukan rajin benar bagi melayakkan diri untuk menempah pakaian di mana-mana tukang jahit berhampiran jua yang di Wisma Yakin. FOS jua tempat mengadu. Tapi kat mana je yang ada. Kat Britain mesti senang nak cari kain baju saiz aku kan. Jom, sape nak folo?

Petr who?  

Posted in ,

It's now official that United had broken another record. This time is for the longest without conceding a goal in Premiership. Even more interesting it's between period where our back 4 is rocked with cruel injuries. Congrats Van Der Sar and knights who guarding the back with their heart & soul. Let's go for another record at the end of May.

Belasungkawa-Shahdan  

Posted in

*...al-fatihah....*

Pagi tadi 8.11am menerima panggilan dari Kep menyampaikan bahawa salah seorang sa udara terlantar di wad ICU Hospital Pilah akibat denggi berdarah. Seraya daku terus memanggil Cepui & ternyata pilihan ku tepat. Cepui sedang berada di luar wad ICU itu. Menceritakan pula bahawa beliau demam sejak dari hari Sabtu lagi tetapi tidak sangat dikisahkan kerana sekadar dianggap demam biasa. Sekarang sampai terbit darah, tambah beliau.

Secara peribadi aku baru sahaja mengenali Shahdan ini iaitu semasa perayaan di UIA tahun lepas. Mengisi ruang masa yang terluang dengan bersembang di kerusi belakang dewan. Yang aku kenal waktu itu cuma Cepui & Abg Bandi sahaja tetapi sembang sekali macam dah kenal bertahun. Macam-macam topik cerita. Dalam hati, syukur dapat kenal lagi seorang yang bertemu jalan yang penuh ranjau untuk bertemu yang hak. 

Kemudian sewaktu di BMI beliau datang membawa sekali keluarga. Comel-comel anak beliau. Wah, muda-muda lagi dah berkeluarga rupanya. Bertuah beliau dikurniakan keluarga yang bahagia. Terasa benar ketinggalan keretapi waktu tu.

Pertemuan terakhir sewaktu di Melaka. Aku mengadu pada beliau yang Cepui mendera aku sewaktu sesi fotografi. Mentang-mentang dek saiz yang agak terlebih Cepui suruh aku half-squat, nanti tak nampak background yang cantik katanya. Ketika itu secara bergurau beliau mahu pergi terus masuk berjumpa Cepui untuk memarahinya. Sempat juga ketika itu aku memaklumkan tentang tarikh kenduri aku & meminta alamatnya. Beliau cuma menuliskan email di dalam buku catatan aku. Tak sempat ko nak pegi kenduri aku Dan.

Dan tadi sekitar pukul 11.34am msg yang aku tak mahu dapat hari ini sampai juga. Terkenang aku akan nasib anak-anak beliau yang masih kecil. Setelah apa yang terjadi pada sa udara Helmi 4 tahun yang lepas aku jadi bertambah fobia. Yang paling aku risaukan ialah kebajikan mereka yang masih ada. Maaflah Dan, aku tak dapat bersama menghantar ko kembali. Semoga ko selamat juga di sana. Sampaikan salam aku jika bertemu adik & kekanda aku, assalamu'alaikum.


Hail to the World Player of The Year (TM)  

Posted in ,


* it's  written clearly*

*passing the baton*

*the one & only*

jon says...
Sorry for the late tribute. Thanks to excellent work of the 1 & only nation-wide broadband provider in this country. Ok, back to the topic. 

Congratulations to him after a blistering year helping United winning the Premiership & Champions League. He is the first winner from English league. May the award made him hunger for more. This is what he said that night:
“It’s a dream come true for me to get this award and I would like to dedicate this to my family. But it’s also true that the manager always has an important role to play. It was a great season for me and for my club, and the coach was important for me because I learned a lot for him. His experience over so many years is of paramount importance - it’s a privilege to have such a great club manager. This is the climax of a fantastic era for me. I’m happy and proud about what has been done by my team and what we have won. I am lucky to to be part of the history of a club like Manchester United.”

~thanks fifa.com for the pic

I love U Siti  

Posted in

Sejak aku melihatmu sebulan yang lepas, hatiku tak keruan lagi. Setiap saat ku terbayangkan wajahmu. Pemanduanku menjadi semakin perlahan kerna selalu ku mencari kelibatmu. Sering saja CMK dijadikan teman bicara tentang mu. Ku katakan padanya kamu lawa, kamu anggun, kamu yang terbaik buat diriku. Keturunan mu memang yang baik-baik, sudah terkenal ke serata. Tambahan pula keluargamu tidak meletak hantaran yang tinggi. Cukup sesuai nak dibandingkan dengan lain-lain sekarang. Rupa saja macam cantik tapi letak harga bukan main tinggi, sudah la kecil. Bukan tak sudi memilih yang tempatan tetapi saiz diriku memang serasi dengan yang luar negara. Arghhh tak pernah daku resah begini. Akan ku usaha untuk mendapatkan dirimu, akan ku bawa kau ke mana jua. Sebut saja ke mana, akan kita sampai berdua. Percayalah, kita sememangnya ditakdirkan bersama. Hanya gambar ini pengubat rindu lara.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
oh,Siti ku....

*lawakan Siti aku?*

My desktop background  

Posted in ,


*almost full set dah gigi sara*

210309  

Posted in

Kembali dengan pemberitahuan...


Dikatakan manusia seumur hidupnya diraikan sekurang-kurangnya 3 kali. Pertama sewaktu kelahirannya, kedua sewaktu perkahwinannya & akhir sekali sewaktu kematiannya. Jadi nampaknya tak lama lagi aku akan diraikan untuk bahagian yang ke-2. Tinggal lokasi yang masih belum ditetapkan. Harap-harap dapat dibuat di mahligai tumpangan sekarang.

Maka apabila keraian sudah tentu syaratnya kena ramai yang hadir. Setakat 10-30 orang itu namanya sambutan hari lahir ataupun kenduri doa selamat sahaja. Oleh yang demikian semua korang dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis pemberitahuan bahawa aku & dia sudah bergelar suami isteri yang sah. Silalah luangkan masa untuk datang. Buktikan pada mereka apa sebenarnya erti persaudaraan kita. 30 tahun menunggu beb!

Kepada sesiapa yang ingin meringankan amatlah dialu-alukan. Setakat ini terima kasih kepada taufiq & geng-geng keje kuzi catering atas pemberian bekas telur serta kepada rafizi yang sudi untuk mereka kad jemputan. Sekecil mana pemberian amatlah bermakna, sebesar mana pengorbanan akan aku kenang sampai bila-bila.

Perut penuh daging  

Posted in

Berkorban itu memberi sesuatu yang kita sayang.
Bagi pakaian terpakai pada mangsa tsunami bukan korban.
Turun kelas di waktu memang terluang bukan berkorban.
Takat demam selsema 2,3 hari bukan berkorban.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1429H(x lama lagi dah nak 1430)

100th post  

Posted in

"For this special feat I would like to share special news. Last day, our spy mission's(not so 007) accomplished. Thanks to Him, my karomah, my hikmah & family. Not to forget doa-doa from sa'udara-sa'udara." 

Doa orang-orang yang bersih ni memang gitu. Direct terus padaNya, takde KIV. Mohon panjangkan doa-doa itu untuk sa'udara yang lain pula. Lantak la Dolah dah nak masuk 3 ke, ex anak buah dah berisi ke. Dah tersurat bas diorang sampai dulu. Dah dulu tiket pun tak mampu nak beli camne nak naik bas. Kadang-kadang dah naik tapi macam-macam pula masalah. Enjin rosak la, bas 2nd hand la, tokey bas suruh turun la. Ada je musabab. Benar lemahnya aku. Nak merancang pun tak mampu, menentu usah cerita. 

Jadi aku tak mau dengar ayat-ayat loser seperti,"alamak, aku tak dapat la nak gi sebab ada hal lain" ataupun "sori la, aku tak sempat la nak beli set home theatre buat hadiah". Targetnya sudah diset iaitu cuti sekolah Februari 2009. Detail akan diupdate nanti, di mana lagi kalau tak di blog macho+mantap+update ikut suka haku ni. Sempat sangat la korang menabung. Takde la nanti aku dapat water-heater-pelbagai-jenama-tanpa-stiker-sirim & set cawan sampai 10 kotak. Aku bukan demand beb, tapi alang-alang nak bagi biar aku terima dengan gembira yang maksimas. Aku tahu korang pun dah lama tunggu turn aku kan. Sebenarnya saja aku wat-wat tertinggal bas. Nak bagi korang semua established dulu. Takkan PTD nak bagi frame gambar? Apa barang...buat malu Eurocopter je. Satu lagi aku pesan siap-siap, aku tak terima sedekah.

Astro ada gak approach aku nak buat exclusive coverage ala-ala Mawi tapi aku tolak siang-siang. Takmo aku makan duit astro. Sebulan berapa orang rakyat Malaysia maki diorang kes dapat tengok bintik kuning je time ujan. Tu belum kes bil lagi. Lagipun, tak isu semasa langsung sestesen tv dengan Mawi. 

Orait all, thanks for reading the 100th posting so far. Looking forward to the 1000th. Let me celebrate this feat with a good rest to recharge mine. Selamat!

Dia yang kata,aku tak kata apa-apa  

Posted in

blog readability test

TV Reviews


jon says...
jadi berbanggalah korang sebab ternyata sebenarnya korang genius!

Happy Birthday Wayne Rooney  

Posted in

*United No. 10 is on song*

This entry is specially tributed to United No. 10 - Wayne Mark Rooney. Happy 23th Birthday Wayne. May your wish to score your 100th goal at Goodison Park become true. Keep maintaining your superb form & stay away from injuries. I can sense that this is your season.

Yours truly,
jon jonson
~United Fan~

Melaka best!  

Posted in ,

Seharian berfikir untuk entri yang seterusnya. Malas nak copy paste je dari mana-mana sumber maya. Aku kan blogger sejati lagi kental, yang hanya melahirkan entri-entri  bermutu tinggi (uhuk2). Sebelum butang 4 segi berwarna jingga tertulis "PUBLISH POST" ditekan, selalu dipastikan apa yang tertulis di atasnya menepati standard penulisan bertaraf ISO 9000. Sungguhpun bukan senang untuk digarap tetapi semoga dengan standard yang tinggi ini akan dapat melahirkan penulisan yang bertaraf antarabangsa. Apabila sudah bertaraf setinggi itu maka apa-apa juga yang dibuat akan mula dipandang oleh khalayak, mungkin juga oleh MB KM Melaka. Oleh yang demikian:


"Silalah melawat negeri Melaka bersejarah, macam-macam ada di sana. Pelbagai tempat menarik harus dikunjungi. Rakyatnya juga cukup mesra dinaungi oleh pemimpin-pemimpin yang bersih, cekap lagi amanah. Hasil pentadbiran yang bijaksana, faedahnya dirasai oleh semua. Sesungguhnya negeri Melaka adalah 1 negeri yang paling bertuah di bumi Malaysia(sumpah waktu aku sekolah dulu sampai 2 kali join rombongan ke sana)"

*amacam Incik Ali Rustam, agak-agak aku leh dapat tak Datukship untuk 2009?...Tahun ni tak nak la, dah ramai sangat...lagipun malu aku nak sebatch dengan si murtad SRK tu


Datuk Shah Rukh Khan  

Posted in ,

Mengikut laporan Bernama, murtad ini dianugerahkan gelaran Datuk atas jasa-jasanya mempromosi Melaka menerusi satu filemnya "One Two Ka Four" beberapa tahun dahulu. Laporan penuh disini.


Dengan bantuan pakcik google, dapat la serba sedikit fakta tentang filem ini. Yang dikatakan beberapa tahun dahulu tu ialah pada 2001. Kenapa ambil masa 7 tahun? Baru perasan kot. Yang memutuskan nak pilih Melaka jadi lokasi pun dia ni ke? Lama-lama mati sambil guling-guling la nampaknya. Saban hari ada je lawak jenaka tahap antarabangsa. Malaysia boleh!

Hari tu gagal mendapatkan pingat emas kat olimpik & jadi jurulatih yang bertanggungjawab pun boleh dapat datuk. SRK murtad ni entah apa la jasanya pada Melaka & Malaysia. Bukan ke kejatuhan Melaka dulu pun disebabkan pengkhianat sebangsa SRK ni? So ironic.

Tolong la sekurang-kurangnya gunakan la otak yang Dia bagi. Lutut tu sepatutnya bukan digunakan untuk berfikir.