Pertemuan yang tertunggak  

Posted in

Akhirnya malam ini berlangsung jua pertemuan untuk membincangkan pelbagai perkara. Kadar kekerapan yang mencabar perlembagaan bak kata kekanda. Insya'Allah tahun depan akan kembali seperti sedia kala. Harap semua pendukung bersedia menyemarakkan kembali api perjuangan yang semasa seumpama api lilin yang dipuput angin malam. Sekadar menyala melintuk liuk mengikut angin tidak cukup. Perlu api yang mampu untuk membakar. Perlu jiwa yang kental untuk dibakar. Jiwa yang merdeka. Jiwa yang hujungnya diterima sebagai hamba-Nya.

Mungkin sikit lagi  

Posted in

Dapat 2 set bermandi peluh malam ini. Partner pun leh tahan lencun. Memang sampai ke titisan peluh yang terakhir. Orang lain nama je cuti tapi prestasi kehadiran kelas sampai 200%. Aku memang cuti sungguh. Bagus juga bila ada yang membuka mata. Berbaloi sejam perjalanan. Dalam kepala dok berfikir macam-macam. Kerja walimahnya, perancangan membuka kelas barunya, penstrukturan semula TP & JKnya, materialnya lagi & lagi (tunggu mati baru leh berhenti beb!). Ala tu baru sikit,orang lain lagi banyak (ayat cliche pujuk diri). Moga dapat teruskan banyak tugasan yang tertunggak sejak diuji. Semoga ramai lagi yang faham. Penat rasanya bila berteriak & bertempik berkali-kali tapi tiada yang sudi mendengar.

Perut penuh daging  

Posted in

Berkorban itu memberi sesuatu yang kita sayang.
Bagi pakaian terpakai pada mangsa tsunami bukan korban.
Turun kelas di waktu memang terluang bukan berkorban.
Takat demam selsema 2,3 hari bukan berkorban.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1429H(x lama lagi dah nak 1430)

Program Santai IPT di PPMI  

Posted

Alhamdu Lillah dah selesai pun semalam. Semoga semua peserta selamat sampai ke destinasi masing-masing. Liputan dari Cik Fansurina dah pun keluar dalam Sinar Harian edisi Pahang hari ini. Kepada yang berada di luar Pahang, ini saja yang dapat aku sumbangkan. Gambar "warga tua menternak kambing" yang dimasukkan, bukan yang kita bergambar ramai-ramai dengan banner di tempat Gula Kabung. Macam biasa, sila klik gambar untuk saiz super gedabak.

p/s: sekarang tak perlu lagi beritahu yang itu adalah aku haha...


berita penuh


zoom in gambar(ececeh)

Sekalung penghargaan pada semua yang terlibat. Korang la pencetus suatu usaha yang bakal menjadi kebanggan kita semua. Jumpa lagi di PPMI.