*phewww*
Sneak preview(apa ntah dlm BM) kad jemputan aku nanti. Dihasilkan oleh seorang pemuda yang berbakat besar dalam bidang grafik namun beliau lebih suka untuk menenggelamkan diri seumpama batu bukan sabut. Puncanya bermula ketika sehari berusia bergelar tunangan berjumpa beliau di Melaka. Dalam dewan yang besar agak panas aku menyatakan hasrat untuk memohon sumbangan idea & tenaga. Mungkin nada pada ketika itu yang agak berseloroh beliau mengambil masa untuk memproses permintaan. Hanya setelah cubaan ke-2 melalui seorang adik wanitaku barulah beliau menghubungi.
Panjang jua prosesnya utk menghasilkan. Yang paling bertangguh ketika melakar peta. Macam-macam kejadian berlaku. Kebetulan Atan mendapat percuma GPS maka dipinjam untuk mengetahui koordinat lokasi kejadian nanti. Jadi korang jangan risau, siapa yang ada GPS insya'Allah lebih mudah dipandu. Seboleh-bolehnya dipermudah untuk semua. Jangan diberitahu koordinat itu pada Israel pula.
Kad ini bakal dicetak di seberang atas faktor kos & tempahan minima. Aku pun nak standard CT, Mawi dan orang ternama. Janjinya sebelum hari ini berlabuh sudah perlu diemail pada Nabil JBLC. Semoga urusan dipermudahkan & hujung minggu ini sudah boleh diedar kepada semua. Jadi nantikan kad berwarna emas ini dalam seminggu dua. Ku pesan awal-awal, tidak memungkinkan untuk dapat semua. Akan dipenamakan atas zon masing-masing. Itu sahaja yang mampu dilakukan, harap semua dapat sama memeriahkan keraian ke-2 aku.
*comot je edit dek aku, kalo tawaw edit mesti lawo...
PENAFIAN
Tulisan dalam blog ini merupakan pendapat peribadi blogger semata-mata justeru tidak ada sebarang bentuk kaitan dengan apa-apa jua organisasi luar & dalam negara. Blogger tidak bermaksud mempertikaikan, merendahkan, malah menghentam mana-mana pihak di dalam tulisannya. Segala komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pengomen. Blogger tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari blog ini.
penegasan fakta
Makanan Jiwa
كات-كاتمو
ڤندڠله اكو.. اكو له دي
I serve Myself
Sort by labels
- akademi nasyid
- auto
- candu
- cartoon i like
- cerita
- cerita dulu-dulu
- donlod
- ET
- gadjet
- gambar
- game
- good article
- jokes
- kata-kata
- kawin
- kiasan
- kontroversi
- kursus
- lagu
- legend
- lovin' it
- merepek
- missing person
- revival
- SEX(self expression)
- shorties
- special announcement
- surat terbuka
- tech
- ucapan
- united
- video yang aku suka
- xpdc
- xtvt