Pertemuan yang tertunggak  

Posted in

Akhirnya malam ini berlangsung jua pertemuan untuk membincangkan pelbagai perkara. Kadar kekerapan yang mencabar perlembagaan bak kata kekanda. Insya'Allah tahun depan akan kembali seperti sedia kala. Harap semua pendukung bersedia menyemarakkan kembali api perjuangan yang semasa seumpama api lilin yang dipuput angin malam. Sekadar menyala melintuk liuk mengikut angin tidak cukup. Perlu api yang mampu untuk membakar. Perlu jiwa yang kental untuk dibakar. Jiwa yang merdeka. Jiwa yang hujungnya diterima sebagai hamba-Nya.

Mungkin sikit lagi  

Posted in

Dapat 2 set bermandi peluh malam ini. Partner pun leh tahan lencun. Memang sampai ke titisan peluh yang terakhir. Orang lain nama je cuti tapi prestasi kehadiran kelas sampai 200%. Aku memang cuti sungguh. Bagus juga bila ada yang membuka mata. Berbaloi sejam perjalanan. Dalam kepala dok berfikir macam-macam. Kerja walimahnya, perancangan membuka kelas barunya, penstrukturan semula TP & JKnya, materialnya lagi & lagi (tunggu mati baru leh berhenti beb!). Ala tu baru sikit,orang lain lagi banyak (ayat cliche pujuk diri). Moga dapat teruskan banyak tugasan yang tertunggak sejak diuji. Semoga ramai lagi yang faham. Penat rasanya bila berteriak & bertempik berkali-kali tapi tiada yang sudi mendengar.

Perut penuh daging  

Posted in

Berkorban itu memberi sesuatu yang kita sayang.
Bagi pakaian terpakai pada mangsa tsunami bukan korban.
Turun kelas di waktu memang terluang bukan berkorban.
Takat demam selsema 2,3 hari bukan berkorban.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1429H(x lama lagi dah nak 1430)

Program Santai IPT di PPMI  

Posted

Alhamdu Lillah dah selesai pun semalam. Semoga semua peserta selamat sampai ke destinasi masing-masing. Liputan dari Cik Fansurina dah pun keluar dalam Sinar Harian edisi Pahang hari ini. Kepada yang berada di luar Pahang, ini saja yang dapat aku sumbangkan. Gambar "warga tua menternak kambing" yang dimasukkan, bukan yang kita bergambar ramai-ramai dengan banner di tempat Gula Kabung. Macam biasa, sila klik gambar untuk saiz super gedabak.

p/s: sekarang tak perlu lagi beritahu yang itu adalah aku haha...


berita penuh


zoom in gambar(ececeh)

Sekalung penghargaan pada semua yang terlibat. Korang la pencetus suatu usaha yang bakal menjadi kebanggan kita semua. Jumpa lagi di PPMI.

Backup membackup  

Posted in

Sebagai satu act of defence kita cenderung untuk mempertahankan diri sendiri & mereka yang rapat dengan diri kita. Memang ini tak salah tetapi jika dilakukan secara membuta tuli akan mengkibatkan kesan yang tak tercapai dek akal tak matang kamu itu. Jangan fikir apa yang digesa itu saja-saja. Pendek benar akal. Jumud benar fikiran. Kata bodoh marah. Suka apa yang terjadi sekarang? Suka ditinggal seorang? Backup lah lagi sampai puas. Sampai kamu ketemu kebenaran yang boleh kamu percaya & terima. Mungkin disini hanya sesuatu yang tidak tahu apa-apa.

Masa yang menggila  

Posted in

Hari-hari terakhir sebelum ke ibu kota. Dalam jadual ada 3 lagi pertemuan. Kali terakhir masih belum cukup korum. Masih belum serius dalam persediaan. Lebih kelihatan seperti persediaan untuk menghadiri ujibakat Raja Lawak lagaknya. Entah apa yang sangat menggelikan sehingga ada sahaja bahan untuk digelakkan. Jika niat turun untuk meredakan tekanan dari final mungkin juga. Pesan Guru apa yang dizahirkan dalam persediaan itulah yang keluar. Tiada langsung sensiviti terhadap mereka yang benar-benar serius. Tidak pernah terfikir apa yang orang lain fikirkan. Seronok tak henti-henti. Ada masa kena serius ada masa boleh bergurau senda. Nampaknya senantiasa nak bergurau senda tak kira masa, tak kira tempat. Mungkin juga mereka teringin digelakkan oleh mereka di luar petak. Masalahnya mereka tak tahu siapa anda, mereka hanya tahu anda dari mana. Dan aku tak rela asal mana dicemari oleh ketidak matangan kamu semua. Aku rela bermandi darah dari nama itu tercemar.

Offline tanpa rela  

Posted in

Sudah beberapa hari keputusan-garisan. Jangan le ada survey-survey yang bernilai ketika ini. Baru sahaja selesai post-mortem untuk semester semasa. Ketidakhadiran seorang & ketidaklengkapan persalinan mencacatkan proses pemulihan semula. Maaf pada mereka yang dah lama aku tak tinggalkan jejak diblog. Bukan kalian dilupakan. Sesungguhnya NFS Underground sahaja menjadi penawar duka setelah Serious Sam2 membikin kepala pusing. Hingga ketemu lagi semua di alam maya.

p/s: wah, gmail pun dah ada video chat

100th post  

Posted in

"For this special feat I would like to share special news. Last day, our spy mission's(not so 007) accomplished. Thanks to Him, my karomah, my hikmah & family. Not to forget doa-doa from sa'udara-sa'udara." 

Doa orang-orang yang bersih ni memang gitu. Direct terus padaNya, takde KIV. Mohon panjangkan doa-doa itu untuk sa'udara yang lain pula. Lantak la Dolah dah nak masuk 3 ke, ex anak buah dah berisi ke. Dah tersurat bas diorang sampai dulu. Dah dulu tiket pun tak mampu nak beli camne nak naik bas. Kadang-kadang dah naik tapi macam-macam pula masalah. Enjin rosak la, bas 2nd hand la, tokey bas suruh turun la. Ada je musabab. Benar lemahnya aku. Nak merancang pun tak mampu, menentu usah cerita. 

Jadi aku tak mau dengar ayat-ayat loser seperti,"alamak, aku tak dapat la nak gi sebab ada hal lain" ataupun "sori la, aku tak sempat la nak beli set home theatre buat hadiah". Targetnya sudah diset iaitu cuti sekolah Februari 2009. Detail akan diupdate nanti, di mana lagi kalau tak di blog macho+mantap+update ikut suka haku ni. Sempat sangat la korang menabung. Takde la nanti aku dapat water-heater-pelbagai-jenama-tanpa-stiker-sirim & set cawan sampai 10 kotak. Aku bukan demand beb, tapi alang-alang nak bagi biar aku terima dengan gembira yang maksimas. Aku tahu korang pun dah lama tunggu turn aku kan. Sebenarnya saja aku wat-wat tertinggal bas. Nak bagi korang semua established dulu. Takkan PTD nak bagi frame gambar? Apa barang...buat malu Eurocopter je. Satu lagi aku pesan siap-siap, aku tak terima sedekah.

Astro ada gak approach aku nak buat exclusive coverage ala-ala Mawi tapi aku tolak siang-siang. Takmo aku makan duit astro. Sebulan berapa orang rakyat Malaysia maki diorang kes dapat tengok bintik kuning je time ujan. Tu belum kes bil lagi. Lagipun, tak isu semasa langsung sestesen tv dengan Mawi. 

Orait all, thanks for reading the 100th posting so far. Looking forward to the 1000th. Let me celebrate this feat with a good rest to recharge mine. Selamat!

Tanda-tanda awal  

Posted in

Tekak mula sakit sewaktu berada di Agoh Chalet lagi. Hacks hitam 5 posen belian di jeti kejap je habis. Pagi tadi topup lagi singgit sambil membeli Sinar untuk kekanda & adinda yang jauh di mata. Petang ini pening-pening mula terasa. Project paper belum lagi dimula. Mau dibombard lagi nanti. Malam esok gerak awal ke Jengka. Bermula 8.30 sebagaimana dipinta. Korang yang tetapkan, jadi harus berani berpegang pada janji. Awal pagi lusa pula ke kampung. Lagi 1 jam sampai bakal singgah untuk usha pape yang patut. Adat mana leh tinggal (selagi ada manfaat & tak bertentang). Mohon padanya moga berjalan lancar segala. Mohon undur diri seketika agar pulih sediakala. Kerna harus diselesaikan banyak benda.

The tale of 2 half  

Posted in

Its funny how watching football game can make someone end their life. Thats what I'd thought watching last game. After kekanda had cancelled the night slot,I was pheww! my plan of watching it at 11pm is right on track. Alone sitting on the bed with marlboro at my side this is more than I wish for. Finishing the 1st half with 3-1 score. Ok, maybe this is not their day. Second half started. Vidic scored after a year. At 4-1 who on earth would bet on them. It's suicide! But their team & away fans got better idea. After Vidic couldn't saved that looping ball & penalty by Geo, Spurs magnificient comeback at Emirates was lingering in my mind. S**t! Please, no ASSenal repeat tonight. Thanks God that feat not happened that night. Please don't do that again. I don't want to die with my marlboro still lit on.

Jon wish list  

Posted in

this is auto-publish entry as i'm still in Qtan

Thanks to footbalshirtculture.com for the pic. Would really love this on 1 of my hantaran tray.







and congrats to ronaldo for winning the FIFPRO World Player of the World, an award that count on vote by fellow professional players all over the world. 

I'm going to national service  

Posted in

Almost an hour from now I'll off to Qtan for two days. Working for the 1st time as moderator for a team building program. The agency is one of the most important in our country as maritim. Hope I'll gather experience as much as possible from one of the best trainer. He is not only a trainer but train the trainer too. What a golden opportunity I would have. May all going to be fine. Amin.

p/s:Kep,ko tlg jaga blog aku nih...kalo ada awek datang ko layan le elok2

Dia yang kata,aku tak kata apa-apa  

Posted in

blog readability test

TV Reviews


jon says...
jadi berbanggalah korang sebab ternyata sebenarnya korang genius!

Selamat menempuh dugaan dunia  

Posted

Good luck menjadi kata-kata yang lazim diucap ketika hujung-hujung sem ni. Dugaan yang pasti kena ditempuhi sebagai penanda aras pencapaian. Boleh aje belajar tanpa diuji *heaven* tapi macam mana kita nak tau setakat mana yang kita dah usaha sekian semester. Nanti korang perasan bagus lak, macam dah tahu segala.


Jadi, final xm yang bakal menjelma adalah satu medan menguji sejauh mana korang dapat menzahirkan kembali apa yang telah dispoonfeed oleh guru-guru. Dah begitu cara pembelajaran disini. Maka janganlah sekadar menelan tanpa berlatih untuk meluah kembali kerana meluah itu juga 1 kemahiran. 

Bukan senang nak lenang. Aku doakan semua korang akan jadi orang gedang. Baru le mudah sebab batu dah kat atas bukit. Andaikan sekarang korang sedang berusaha untuk menolak batu itu ke atas. Nama pun ujian, birat tu lumrah. Susah dahulu pendapatan, susah kemudian siapa suruh tak study smart betul-betul. 

Bergerak ke medan juang dengan yakin. Mintak kat dia semoga selamat masa perjalanan, masa berjuang & masa balik. Selalu ingat kat 3 insan terpenting dalam hidup kita lebih-lebih lagi bila blank untuk fill in the blank. Soalan itu memang direka untuk dikelirukan. Berkehendak pula jawapan yang paling tepat. Apa-apa mintak je kat Dia sebab Dia yang maha tahu. Markah tu memang nak bagi kat korang jadi jangan bagi siapa-siapa pun rampas ataupun yang lebih tragis korang sendiri yang tak mahu ambik markah tu.

Akhir kata, *wah,mcm tulis surat lak* selamat menempuh peperiksaan akhir bagi adik-adik kat Jengka,  Shah Alam, UUM, Uniten Muadzam, UMP, POLISAS, KPTM Kuantan dan lain-lain lagi. Juga buat sesiapa yang bakal menduduki ujian lain seperti ujian memandu, PTD, interview kerja dsb. Aku tahu korang boleh buat punyalah. Tinggal nak atau tak je.

Pesan Guru: "Belajaq kat U ni bukan payah pun, semua yang dia tanya tu ada dalam buku"

Colours that most visible to human eye  

Posted in


By working with specialist vision scientists, Nike has been able to identify the exact colours that are most visible to the human eye. The colours used on the ball – hi-vis yellow and floodlight purple – give standout colour by providing extreme contrast to the viewing background which helps players locate and track the ball.
You think so?

Sad-Happy-Sad  

Posted in

1) Sad

- Sekali lagi igauan menjadi kenyataan. Atas kertas segalanya seakan mudah untuk mendapatkan 3 mata. Pasukan yang bukan dalam keadaan yang baik sekalipun bermain di tempat sendiri. Memang bukan keputusan yang dimahu lebih-lebih lagi disaksikan beramai-ramai. Mujur terletak di ranking ke-2 bukan macam seseorang itu yang meletakkan Chelski ditempat yang teratas.

2) Happy
- Dapat merembeskan adrenalin & peluh di tempat CMK. Menang dalam perlawanan pertama yang membawa ke rubber set yang agak tertekan. Menang juga perlawanan kedua yang lebih santai. Melihat kerjasama mereka melaksanakan 1 sambutan kecil-kecilan yang diambil mudah oleh segelintir. Sendiri masak, sendiri makan, sendiri kemas. Sambutan sebegitu yang terakhir buat 4 adikku dunia akhirat. Sila kembali berstatus selain sekarang.

3) Sad
- Masih gagal untuk melaksanakan amanah & tanggungjawab sepatutnya. Mungkin ditambah faktor berjaga sampai pagi. Mereka balik dengan perut kenyang, hati seronok & jiwa yang kosong. Urghh! Adakah blog ini meragut mangsa yang ke-3.

Happy Birthday Wayne Rooney  

Posted in

*United No. 10 is on song*

This entry is specially tributed to United No. 10 - Wayne Mark Rooney. Happy 23th Birthday Wayne. May your wish to score your 100th goal at Goodison Park become true. Keep maintaining your superb form & stay away from injuries. I can sense that this is your season.

Yours truly,
jon jonson
~United Fan~

Imannisa'  

Posted in

Termanggu di bibir peraduan sedar dari lena. Antara nyata & mimpi terukir satu nama. Otakku belum cukup akal untuk memahami kenapa. Mungkin jua belum sampai ketika. Intonasi tersusun seindah bunga. Ampun intan ampun permata, teruslah bersinar cahayamata. Mungkin jua sayang, kau lah yang pertama. Ikut jenis seperti ibunya.

Ek eleh  

Posted in

Final dah dekat lagi mahu balik padahal raya dulu pun baru habis. 

Mungkin dah terbiasa dengan berbilang cuti sem ni. 
Balik pun takat menambah beban mak ayah nak buat apa. 
Aku dulu 6 bulan sekali balik takde la sampai mak abah aku kata aku anak derhaka. 
Yang betulnya ngada-ngada. 
Entahlah, mungkin ada benar teori bahawa student sekarang memang manja.
Faktor ikatan longgar turut diambil kira.

Ikatan ini masih longgar  

Posted in

Pukul 4.35am bukanlah masa yang sesuai untuk menulis entri kecuali ianya bulan yang diperlukan untuk bersahur. Nak menaip pun kena mnegaj mengeja satu-satu huruf. Cucuh sebat intense yang kotaknya simpan dalam vest kot-kot leh lagi fokus & membuak idea. Saja tak letak atas meja nanti laju je nak ke 7e.


Bila berbicara hati ke hati berlaga bantal dengan sa udara Raof di Tanjung Api tempoh hari, aku secara automatis terasa malu alah. Betapa ketinggalan berbanding beliau. Dok gah dengan sorang yang terpuji padahal lagi ramai yang tercela rupanya. Statistik 0% graduan berjaya menjentik otak kiri & kananku. Mana pergi, ke mana mereka. Apabila fizikal tidak selari mental, rohani ketinggalan di belakang jasmani. Lahir robot otak udang bukan pemikir berfaham pejuang.

Timbul kesedaran dalam diri mungkin ikatan itu berlapikkan tisu semata. Bersifat retorik ia tak kemana. Kepompong asobiyah ternyata utuh membelenggu. Engkau engkau, aku aku. Telunjuk 1 ke depan 4 lagi mengarah pada diri. Bukan silap mereka salahku sendiri. Mana datang cinta tanpa tahu apa-apa. Sekadar melepas batuk di tangga. Cukup mengikut jadual yang ada. Mimpi yang indah rupanya igauan bertimpa-timpa. Bila ia longgar tak terasa jika yang lain mulai menyimpang. Tak apa, tiada kesan pada indera. Biarlah mereka nak pergi mana. 

Sering saja kelu untuk bermula. Gagal mengesan di mana punca. Yang benar kosong di dada. Penuh sawang berhabuk sahaja. Mula luah kosong semata. Tidak sesuai untuk dicerna. Bukan candu sebagaimana dipinta. Maha pengampun Kau izinkanku pulih semula. 


On pitch code  

Posted

Antara saat-saat bahagia aku dalam hidup adalah sewaktu berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri dalam sukan bolasepak. Alhamdu Lillah pasukan kami pada tahun itu berjaya mencipta rekod bagi sekolah iaitu berjaya mendapat naib johan peringkat daerah. Itu pun mungkin juga disebabkan oleh peringkat akhir yang diadakan pada waktu ronaldo-pon-leh-pancit iaitu pukul 3pm. Aku yang bermain semua perlawanan peringkat kumpulan & peringkat kalah mati selama 90 minit tak berupaya untuk bermain sepenuhnya pada perlawanan itu. Gila babeng betul dengan mentari terpacak atas kepala, lawan lak dengan pasukan yang bukan rimau kejar diorang tapi sebaliknya. Sorry coach, maaf team, memang takleh gi dah masa tu. Ironinya masa aku masih berada di atas padang, skor masih 0-0. 

Coach kami Cikgu Razmin memang best. Banyak yang aku belajar dari beliau. Antara kata-kata yang masih aku ingat,"korang ingat fitness tu leh dapat dengan selak celah-celah rumput je ke?". Code yang selalu aku pakai masa main adalah "man on". Code ini digunakan apabila pass bola pada seseorang dan di belakang pemain itu ada pemain lawan yang dia tak nampak dek blind spot cuba untuk merampas bola. Hari tu terjumpa lagi code-code yang digunakan oleh pemain pro. Layan...

"square" letting a player know that you're square of him and are open for a pass.

"Hot" Alternative to "man on" letting a player know he's marked. 

"[Insert Name]'s Up" Example "Rio's up" Rio letting his players that he'll be attacking the high ball.

"Shotgun" letting the other players that you'll be riding up front on the bus.

"Turn" letting a player know he can safely turn without losing possesion. 

"Shots on" Defender usually yells this so players close down for the block.

"Gone" used when defending to signal that the ball is going well over the goalline. 

"Up" yelled when you want to your fellow defenders to push up for an offside trap. 

"Out" screamed by a goalkeeper or defender when he wants his defense to push out. Can also be screamed by a defender to another defender when he wants the ball in row z. 

"No" Letting a player that you're not in a good position for the pass. 

"Long" letting a player know that there's no safe options and a long ball is best. 

"Feet" letting a player know you want it at your feet. 

"one two" Letting a player know you want a quick give and go. 

"No foul" Yelled to a defender when there's plenty of cover and there's no point giving away a foul. 

"jockey" letting a defender know just to hold him up rather than go in and try win the ball.

"second defender" Letting a fellow defender know that you're behind him and that he can tackle the attacker as you're there for back up.

Fakta: ketika ini mungkin aku masih berada di Kuantan. Auto publish yang pertama.

Mari meng(k)aji  

Posted in ,

Malique feat. M.Nasir - Mantera Beradu

Masih belum sempurna..

Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang… peta dah hilang…
bangau dah pulang… suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna….

jon says...

sejam lagi nak gerak ke Kuantan untuk majlis malam ni...tengok blog dah lama tak bertambah isinya...pening juga memikir...aku dapt idea untuk menambah satu isi yang agak berat...sifu did it again!...koloborasi yang tak disangka-sangka melahirkan 1 lagi mahakarya yang bisa membikin otak kita ligat berfikir...tentunya bukan lirik leleh lagi straight forward...perlu direnung, direnung baru di fahami(walau tidak sepenuhnya)...pelbagai interpretasi terpulang pada diri...pada aku banyak part yang menarik & tertarik...juga yang kene mengena dengan diri kudus ini...intro je dah meremang dengan seruan untuk mengenal diri agar kenal Dia...aku mengajak kita untuk kita sama-sama merenung bait demi bait serta serapkan 'rasa' yang cuba disampaikan oleh beliau...sila beritahu apa yang anda nampak...

Melaka best!  

Posted in ,

Seharian berfikir untuk entri yang seterusnya. Malas nak copy paste je dari mana-mana sumber maya. Aku kan blogger sejati lagi kental, yang hanya melahirkan entri-entri  bermutu tinggi (uhuk2). Sebelum butang 4 segi berwarna jingga tertulis "PUBLISH POST" ditekan, selalu dipastikan apa yang tertulis di atasnya menepati standard penulisan bertaraf ISO 9000. Sungguhpun bukan senang untuk digarap tetapi semoga dengan standard yang tinggi ini akan dapat melahirkan penulisan yang bertaraf antarabangsa. Apabila sudah bertaraf setinggi itu maka apa-apa juga yang dibuat akan mula dipandang oleh khalayak, mungkin juga oleh MB KM Melaka. Oleh yang demikian:


"Silalah melawat negeri Melaka bersejarah, macam-macam ada di sana. Pelbagai tempat menarik harus dikunjungi. Rakyatnya juga cukup mesra dinaungi oleh pemimpin-pemimpin yang bersih, cekap lagi amanah. Hasil pentadbiran yang bijaksana, faedahnya dirasai oleh semua. Sesungguhnya negeri Melaka adalah 1 negeri yang paling bertuah di bumi Malaysia(sumpah waktu aku sekolah dulu sampai 2 kali join rombongan ke sana)"

*amacam Incik Ali Rustam, agak-agak aku leh dapat tak Datukship untuk 2009?...Tahun ni tak nak la, dah ramai sangat...lagipun malu aku nak sebatch dengan si murtad SRK tu


I'm coming home  

Posted in

"It's time for me to coming home, right where I belong.
After 4 days away from my pc that felt so long"

p/s: Ta, u really need to upgrade your pc RAM ;p

Datuk Shah Rukh Khan  

Posted in ,

Mengikut laporan Bernama, murtad ini dianugerahkan gelaran Datuk atas jasa-jasanya mempromosi Melaka menerusi satu filemnya "One Two Ka Four" beberapa tahun dahulu. Laporan penuh disini.


Dengan bantuan pakcik google, dapat la serba sedikit fakta tentang filem ini. Yang dikatakan beberapa tahun dahulu tu ialah pada 2001. Kenapa ambil masa 7 tahun? Baru perasan kot. Yang memutuskan nak pilih Melaka jadi lokasi pun dia ni ke? Lama-lama mati sambil guling-guling la nampaknya. Saban hari ada je lawak jenaka tahap antarabangsa. Malaysia boleh!

Hari tu gagal mendapatkan pingat emas kat olimpik & jadi jurulatih yang bertanggungjawab pun boleh dapat datuk. SRK murtad ni entah apa la jasanya pada Melaka & Malaysia. Bukan ke kejatuhan Melaka dulu pun disebabkan pengkhianat sebangsa SRK ni? So ironic.

Tolong la sekurang-kurangnya gunakan la otak yang Dia bagi. Lutut tu sepatutnya bukan digunakan untuk berfikir.

Pemasyhuran Irfain & Hanani  

Posted in

Alhamdu Lillah kebetulan dengan posting ke-81 di blog ini aku membuat satu topik didedikasikan khas buat adindaku-Mohd Irfain. Hari lahir beliau memang jatuh pada hari ini pada tahun '81. Jadi tuan-tuan, puan-puan, sa udara & saudari sekalian, maka tepat pada pkl 11.15 pagi tadi maka secara rasminya;

1) Mohd Irfain(Angah) & Dr. Nurhanani sah bergelar suami isteri.
2) Ibu & Ayah aku menerima menantu pertama.
3) Keluarga Kassim juga turut menerima menantu wanita pertama.
4) Aku dapat seorang adik ipar.
5) Angah sekali lagi "menang"(kami kan sentiasa bersaing)

Syukur ke hadrat Ilahi majlis ijab kabul tadi berjalan lancar. Bermula di PAID Lipis dengan upacara akad nikah (baca nikah orang sini panggil) kemudian sedikit jamuan di rumah pengantin perempuan. Tuan kadi pun sempoi. Mudah kira. Lafaz ijab & kabul pun cukup senang. Aku tau ada tempat yang siap bermacam syarat contohnya kena sebut nama penuh pengantin perempuan la dsb. Angah dinikahkan oleh bapa mertuanya sendiri. Selamat dah engko ek. Tunggu aku je la. Harap-harap plan Mak Abah nak buat kenduri kita sekali pada bulan Disember ni berjalan lancar. Semoga bakal mertua aku pun sama sempoi macam mertua ko.

Maka dengan ini diisytiharkan kedua mereka ini sah bergelar suami isteri. Semoga dengan penyatuan 2 hati ini akan dapat memberi kebahagiaan selamanya. Amin...

*otw to lokasi kejadian*

*lokasi kejadian-surau PAID Lipis*

*cek betul2 kata Tn Kadi*

*cinta tanpa paksaan*

*sesi membancuh oleh Tn Kadi*

*rezeki hari ini*

*pengantin serve tuh!*

*jaga isteri ko elok2*

*welcome to the club!*

Aku percaya majlis tadi akan lebih bermakna dengan kehadiran adik kesayangan kami Iqbal aka De. Takpelah, dah beliau kena 'gerak' dulu dari kami. De, Ngah dah selamat nikah hari ni. Ngah mesti sedih di saat-saat hari bahagia dia ko takde secara zahir. Nanti kita jumpa De...

Oklah, Mak aku dah panggil. Nak gi Kuantan lak jap lagi. Ada majlis solat hajat sempena PMR di sekolah adik bongsu kami, Ijat. Ok guys, harap maklum ek.

Makanan Jiwa  

Posted in

Jom sambil-sambil kita bermaya tu marilah sama-sama kita baca ni;



Seolah-olah menyelak yang sebenar.

Pelik bin ajaib  

Posted in

Sejak bila pulak korang tukar course BM? Ataupun sejak bila course lain boleh join dinner BM? Kehilangan yang masih belum terungkai.

Bekam Lintah (18sg)  

Posted in

Warning; Viewer discretion advised. Graphic images may be disturbing to some viewers.

Malam tadi kami menjalankan ibadah baraan ke rumah Pak Tam di Temerloh & Li di Jengka 19. Kekangan masa mengakibatkan ibadah ini terpaksa dilakukan pada waktu malam. Sehingga habis Syawal insya'Allah hujung minggu sentiasa penuh sampaikan ada program yang bertindih. Mana-mana program yang kos lepas tu harap sangat difahami & dimaafkan.

Sewaktu di rumah Li, kami mengambil keputusan untuk berbekam. Sudah lama berhajat untuk berbekam ni. Malas dah nak taip lagi, korang tengok penerangan bergambar je la ek.

*proses meletakkan lintah ke sasaran*

*sasaran pertama*

*kat tulang kipas*

*dipercayai toksin paling banyak disini*

*lutut CMK*

*sucking the bad blood*

*dah nak penuh*

*punya la berat smpi melendut - kaki CMK*

*wound left-Y shape*

*ni yg kat kaki CMK td*

*ntah brp ltr darah CMK dlm ni*

*keep on flowing*

Sesi yang mengambil masa lebih kurang sejam diisi dengan aktiviti membahan sesama sendiri. Tiada yang terlepas menjadi sasaran. Masing-masing claim yang berbekam bakal menjadi "bersih" selepas sesi itu. Dipercayai yang tak berbekam malam itu memang sudah berstatus bersih sejak azali.

Memang 1 pengalaman yang pelik & cuak. Sewaktu dalam perjalanan pulang ternyata tampalan ala kadar tak berupaya nak menampung aliran darah. Maka tanpa disedari DNA aku ditinggalkan di kerusi pemandu & alas kaki kereta CMK. Sorry bro! Jadi apa-apa hal nanti korang tahu kat mana nak dapatkan DNA aku. Li kata 3-4 jam berhenti la darah. Memang cuak sewaktu menanggalkan tampalan. Darah mengalir seolah plastik yang bocor. Last-last tak larat nak layan, tidur dalam keadaan bermandi darah. Nasib baik mak aku tak masuk bilik masa tidur. Mau beliau ingat aku dah mengikut jejak langkah adik aku yang nombor 3.

Setiap kejadian Tuhan ada fungsi & tugas masing-masing. Jadi biarlah tugas menghisap darah kotor ni diserahkan pada yang pakar iaitu makhluk bernama lintah. Nak diceritakan pasal kebaikan belum lagi dapat rasa. Mungkin kadar toksin sebagai perokok sejak 2001 ada kurangnya. Maaf jika entri ini mengingatkan korang pada cerita Dukun Lintah.

Pak Red Juniors (x2)  

Posted in

Tahniah buat sa udara Pak Red di atas kelahiran anak-anak sulung beliau di Hospital Kuala Terengganu semalam. Double beb, sepasang lak tuh! Semoga kelahiran cahaya mata ini membawa berjuta sinar kebahagiaan. Aku tumpang gembira berita bahagia sahabat-sahabat.

p/s: siapa-siapa tahu petua nak dapat double macam Pak Red ni tlg bgtau ek.

The best birthday gift ever had  

Posted in ,

Petang itu di hari ulang tahun ku. Menerima 1 pesanan ringkas dari seseorang. Hasrat dinyatakan untuk berhenti dari berkhidmat. Dinyatakan dia tahu aku tidak suka padanya. Sebagaimana kata-kata sa udara Yuz, dia ni kalau tak suka kat orang memang nampak sangat. Well said. Kemahiran untuk pura-pura suka belum dapat. Maka apa yang lahir di zahir adalah dari hati yang mati.


Peluang sudah diberi & pada satu ketika aku amat menyesali keputusan itu. If you just can't fit in please make use of the door. It's better for the group & yourself. Please don't ever feel we missed you. We have long doing good with or without you. Like Muhaimin said, with or without you there's no different at all. You have chosen your own path so don't ever bother to take any part again. Don't you ever try. 

This time around there's no physical card nor gift for my birthday but I couldn't ask for more. Thanks Almighty for the best birthday gift I ever had. You have answered my prayer.

29 tahun yang lepas  

Posted in

Tarikh ini 29 tahun yang lepas. Tanah tumpahnya darahku di Trong Perak. Merupakan putera sulung kepada pasangan MelaWa(melayu+jawa). Juga cucu lelaki pertama kepada Allahyarham Kassim. Hampir-hampir dinamakan Fairuz entah mengapa diubah kepada jon jonson nama sekarang. Mungkin agaknya nama itu tak seunik nama sekarang. 


Kurang 12 jam waktu mencapai 29 tahun kemudian, putera ini mengimbau kenangan pabila melalui tanah tumpah darahnya. Perjalanan pulang dari BM itu menjadi lebih istimewa & bermakna. Pertama kali jua ulangtahun kelahiran disambut dalam keadaan sedang bertugas sebagai supir. 

Buat insan-insan yang mengingatinya dengan menghantar sms, diucapkan terima kasih yang tak terhingga(tengah menaip ni sampai 1 lagi sms ingatan bergrafik dari Sham gtu). Kalau nak diikutkan tradisi famili aku memang takde pun pape sambutan. Memang berpegang teguh dengan mazhab konservatif. 

Dengan umur yang semakin banyak ini semoga aku akan lebih mengenal diri. Bagi rata-rata baru dapat yang nyata. Pohon doakan wahai sahabat serta sa udara ku, semoga sambutan hari lahir tahun hadapan aku akan dapat hadiah yang paling bermakna. Apakah dia? Seorang ataupun dua, tiga(tamak la pulak) baby hasil dari benihku & benihnya. Permudahkan urusan hambaMu yang degil ini ya Rahim, sesungguhnya semua dari Mu jua. Amin...

Tentatif Raya Jon  

Posted in ,

Beg belum kemas, lepas solat sunat raya dah nak gerak ke KL. Aku kalo bab-bab packing beg ni memang yang amat rajin. Nanti dulu la, bagi lelap jap pastu kemas le pape yang patut. Kemahiran mengemas aku ni boleh dikatakan sudah agak tumpul sekarang. Dulu-dulu bermula dari tingkatan 1 sampai le bertingkat-tingkat belajar memang puas packing & unpacking beg ni. Memang dah stail keluarga aku, semua anak-anak digalakkan untuk tinggal di asrama. Bagi kental sikit jiwa ni, takde la cengengeng sangat. Banyak survival skill yang berjaya aku dapat sepanjang hidup berjauhan dari keluarga ni. Timbul juga keinginan untuk menghasilkan buku berkenaan topik ini sebagai panduan. Nanti la aku selit sikit-sikit dalam blog.


Oh ya, berkenaan dengan Raya tahun ni aku macam biasa dilantik secara tak rasmi sebagai supir keluarga. Kampung Mak di Bagan Datoh, jadi sekurang-kurangnya dalam 2 atau 3 kali setahun kami kesana. Waktu arwah Embah masih ada lagi, kadar kekerapannya agak tinggi berbanding sekarang. Faktor keluarga belah Abah aku yang tak reti-reti nak bersatu juga menyumbang kepada kekerapan tersebut. Kesian arwah Atok aku kat dalam kubur, patutnya senang-lenang dengan "sumbangan" anak-anak. Ini tak habis-habis nak berdengki sesama adik-beradik. Kata bodo kang marah, tapi memang dari dulu lagi tak reti-reti nak pakai otak. 

Lokasi tujuan pertama adalah ke rumah Maklong di Cheras Baru. Sejak ketiadaan Atok, kami masih gagal untuk menggantikan rumah tumpuan bagi setiap kali Raya. Bagi Team A biasanya di rumah Maklong lah tempat berkumpul. Aku pun senang berada di sini melayan keletah anak-anak sepupu aku. Dapat juga melepas kerinduan dengan mereka. Dah terbayang senyum Sara di mata. Aritu tak puas langsung bersama. Alamak, duit raya belum diisi dalam sampul. Nak bagi berapa ek kat diorang? Semua yang layak menerima ada 10 orang. Di kala penurunan harga minyak takat 10 sen ni sebelah tangan cukup la kot. Nak banyak-banyak korang doakan projek Paklong An berjalan lancar dengan pantasnya k.

Sesudah beraya di KL baru la kami meneruskan perjalanan ke Perak. Insya'Allah akan menyinggah di Sg. Besar walaupun kali ini masih belum sempat Mak aku untuk menyarung cincin. Dia merancang Dia juga menentukan. Harap tidak lama lagi termetrai jua ikatan yang ditunggu sekian lama. Ada lak korang kata saja-saja aku nak tangguh-tangguh. Mende sedap elok beb, kufur nikmat namanya tuh! 

Disebabkan Ijat nak PMR tahun ni maka dapat 2 malam sahaja di Perak. Jangkaan bergerak balik pada hari Jumaat. Lagipun sepupu sepapat aku nak datang beraya di rumah Engah diorang pada hari Sabtu ni. Ritual tahunan mereka memandangkan kubur arwah Abah mereka ada berdekatan sini. Sepupu belah Team B kalo datang pun aku buat macam tak nampak je. Kejam tak aku? Prinsip aku senang, kalo orang 10 kali sombong dengan aku, 100 kali aku akan sombong balik. Kalo sampai menghina Mak aku? Pelempang tak cecah di muka, penyepak tak kena penyawa pun diorang patut bersyukur.  

Tak nampak lagi macam mana nak ke BM pada raya ke 3. Suntuk sungguh masa. Bak kata abg Man, kita ni memang takde masa lapang kecuali kita sendiri yang melapangkan masa. Semoga perjalanan kita semua untuk meraikan fitrah manusia diredhai oleh-Nya. Bagi yang supir macam aku, sila bagi sepenuh perhatian pada pemanduan. Leka sesaat jika tak kena pada masanya seumur hidup merana. Memandulah dalam keadaan yakin jangan sesekali teragak-agak. Pada yang tak memandu tu bagi la moral support kat supir. Ajak la menyembang ke, mengumpat ke, bagi segar sikit mata supir tu. Takmola tidur je, kesian la sket kat supir yang takde gaji tuh. Paling best, dah la dalam perjalanan mata tak pernah buka, sampai je korang lak lagi penat kononnya. Memang psyco tahap nak bagi pelempang. Sebelum nak mula perjalanan apa salahnya jika memohon dari Pemilik segala moga-moga perjalanan kita selamat sampai ke destinasi. Selamat!

My baju raya is blue  

Posted in

*the scorer tonight*

It's 5am the 1st Raya. For the past month we will sit at the dining table for sahur. It's different this time. Heard my mom blending something for our must have Raya delicacies - Rendang Daging. Woke up early this morning for United's Champions League game vs Aalborg of Denmark. Raya or not United is still on. As I post in The Sun forum, Berbatov will open the flood gate prior to this game. 2 goals in the 2nd half will answer all the critics regarding all the hype of his record transfer. United look classic wearing new 3rd blue kit inspired by '68 team that won the 1st Champions League. This 3 nil win & the top spot in Group E is a must have for the dismal performance against Villareal. The only low point of this game is Scholes knee ligament injury after 16 minutes. Not what we wanted since Carrick & Hargreaves is also sidelined because of injuries. Get well soon ginger! This 1st Raya, I will be in blue.

Fitrah 1428 Hijrah  

Posted in ,



Esok dah nak Raya, buat pertama kalinya diblogspot ini, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya buat semua yang mengenali diri ini. Tidak kira yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga Raya tahun ini membawa seribu makna kepada kita semua iaitu menyahut seruan agar kita semua kembali kepada fitrah masing-masing. Kesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan daripada semua, sesungguhnya diri ini memang penuh dengan silap & salah sesama kita. Janganlah persengketaan ini dibawa sehingga ke "sana". Yang sekian ada ni pun tak larat dah nak dipikul.

p/s: yg mana sms Raya tak berbalas tu maaf ye, bukan korang sorang je...semua pun aku malas benar nak membalasnya...hidup ini kena berlaku adil haha...

Proses menyucikan diri  

Posted in , ,


Sempena Raya kali ini aku mengambil kesempatan untuk memohon ampun  maaf daripada insan-insan bernama Mawar, Mariah, Naza, Ziana, Elly dan lain-lain yang dah cuba nak ingat tapi memang tak ingat. Kot ingat balik nanti aku tambah. Yang sudah tu sudah, aku doakan kebahagiaan korang selamanya & semoga aku bahagia dunia akhirat.

Raya vs Umur  

Posted in


Keluk di atas adalah teori aku mengenai hubung-kait antara peringkat manusia dan kadar kegembiraan/kepuasan menyambut raya. Paksi X mewakili tahap kepuasan manusia manakala paksi Y mewakili peringkat umur manusia. Thanks to Cikgu Ibrahim B (4&5 Ibnu Hazim) & Cikgu Osman (matrix 1.03) aku masih mampu mengingati keluk yang pada ketika itu kami semua rebel untuk memahaminya atas alasan bila masa la nak diaplikasi keluk-keluk ni. Sikit-sikit "Ceteris Paribus", paksi x & y, cembung & cengkung dsb.

Merujuk kepada rajah di atas, terdapat 2 kali(titik A & B) di mana kepuasan mencapai tahap maksimum iaitu sewaktu y1 dan y3. Y1 mewakili tahap umur kanak-kanak dan y3 mewakili tahap dimana seseorang itu mula berkeluarga dan dikurniai anak.

Kalo tanya memasing mesti kata zaman kanak-kanak paling best. Sebabnya? Keseronokan di tahap optimum & tekanan di tahap paling minimum. Nak pe mintak je, kalo agak tak jalan buat-buat merengek sikit lama-lama dapat juga. Cuba buat style tu time beso ni, mau tak kena sesiku dua kat rusuk.

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, aku berada di y2 dimana tiada langsung feel nak beraya aka mood raya peringkat terendah. Cukup sekadar memenuhi tuntutan agama (tu pun x semua macam biasa). Makin teruk apabila aku rasa 1 Syawal hanyalah sekadar permulaan hari pertama aku boleh makan semula di siang hari. Waktu kebanyakannya dipenuhi dengan aktiviti melayan rancangan-rancangan tv khas sempena raya. Nasib baik ada idiot box tu jadi tempat menumpang kaseh. Time ni kalo ada budak-budak datang mintak sedekah beraya ke rumah memang malang, memang aku tak bukak pintu. Ala diorang datang pon tak ikhlas, jadi aku menolong mereka dari lebih berdosa di hari mulia.

Titik B tu hanya sekadar teori & harapan aku. Masa tu mungkin la dapat seronok balik sebab menumpang kegembiraan anak-anak. Talking about beraya in new environment, new vibe, new aura. I'm happy if I can make others happy especially my offspring, my cute lil' child, my luvly mmuahhh2. Nak cerita lebih-lebih pun seriau sebab dalam mode menipu sekarang, nanti aku dah "sampai" aku akan "menyampai" ok guys.

Pada korang yang masih lagi feel the true spirit of raya aku ucap tahniah. Jangan lupa kecapi saat-saat manis ini dengan semaksimas mungkin. Hargai selagi ada. Manusia memang begitu, dah hilang baru hargai dengan rasa kehilangan. Posting khas raya nanti dululah, awal lagi beb!

p/s: core posting ini dicilok kembali dari blog FS aku 2 tahun yang lepas.

Let's clean the base  

Posted in

The base is getting rotten by day. No one care, no one listen. It is time. Hopefully success will prevail. 

Google phone anyone?  

Posted in


*drooling*

From search engine to email to web browser and now they did it again with new ground, hardware segment. This G1 a.k.a gPhone received good response from mobile community. This is JV project with T-Mobile which had been launched in New York recently. Watching the preview videos I myself excited for this programmer-friendly product. Anyone with know-how can develop handy application. Time to break those Nokia dominance. But please put that wallet on-hold because it's yet coming to our shore unless fakhzan wanted to help us out ;p

credits to TheSun online

Possebon incident updates  

Posted in

United's medical staff have confirmed that Rodrigo Possebon has not suffered a break after being stretchered off against Middlesbrough on Tuesday night.

The 19-year-old Brazilian midfielder was in agony following a challenge from Middlesbrough captain Emanuel Pogatetz after an hour of the Reds' 3-1 Carling Cup third round win.

A club spokesperson told ManUtd.com on Wednesday morning: "We can confirm that Rodrigo did not suffer a break to his right leg. He was kept in hospital overnight for observation and to assess whether there was any ligament damage to his knee."

At the moment, however, everyone at the club is just pleased to hear that Possebon's injury does not involve a serious break as was first feared.

Sir Alex said after the match: "For the kid to make his first start and get an injury like that is pretty horrendous. I think everyone was numb for about ten minutes afterwards and it killed our momentum a little bit. I saw a few replays of it, but I don't want to see it again. It was just terrible."

Despite being initially disappointed by Pogatetz's reaction to his subsequent red card, but he praised Boro boss Gareth Southgate for his attitude after the game.

"I couldn't understand it [his reaction], he should have walked straight off," said the manager. "One of the guys on their bench was screaming that it was never a sending off and there was nothing wrong with Rodrigo. Middlesbrough have apologised though. Gareth Southgate was very good. He understood the gravity of it and was very apologetic."

credits to manutd.com~report by Ben Hibbs.

jon says...
thank God he's ok...hope he will coming back soon better & stronger

Get well soon Possebon  

Posted in

*position of the ball tells everything*


*the momentum is not staged*


*he is no torres*


*get well soon son*


*surprised? fuck u*

*so are your teammate~blind*

jon says...
United 3-1 win in the Carling Cup was marred by this shameful incident. That bad-career-threatening tackle is one issue. Reactions from the player himself & his team mate is utter disgraceful. How come they got the gut to protest that straight red card? Looks like he done nothing wrong. Fuck u Pogatetz, fuck Boro. See u in hell. My deepest thought is always with u~Rodrigo Possebon.

credits to: getty images, manutd.com, republic of mancunia & redcafe.

Martabatkan kembali tulisan fitrah kita  

Posted in

Berikutan posting luahan jiwa berkaitan nasib tulisan jawi yang semakin dilupakan di alam maya ini, disini aku ingin berkongsi 1 alat yang berjaya mengakibatkan posting tersebut. Alat yang begitu berharga ini dihasilkan oleh beliau. Marilah sama-sama kita kembali ke asal-usul kita bersempena dengan seruan Hari Raya tahun ini yang mengajak kita kembali pada fitrah kita yang sebenar. Berbanggalah dengan identiti asal kita sendiri sebagaimana bangsa-bangsa maju yang lain. Tidak pernah dalam sejarah ketamadunan meriwayatkan bangsa-bangsa yang terbilang mengamalkan budaya pinjaman. Kerana budaya itulah sendiri yang membentuk bangsa. Setinggi-tinggi penghargaan pada insan ini. 

Kerinduan Terubat  

Posted in


*tadi kan, sara gi jln TAR dgn mama...*

*nape ek ramai dok tengok sara?*

*ni auntie nana, beliau bwk kete lajuuu*

Walaupun hanya seketika sempat juga Paklong melepas rindu pada Sara. Kejap sangat rasanya namun Paklong ada tanggungjawab utama yang perlu diselesaikan tadi. Nanti raya kita jumpa lagi sayang... 

Epic the making  

Posted in

I'm in the middle of creating something that myself never thinking of. Starting on a good note this morning I became weaker. Need to rest a bit, read a lot & taking notes of United updates. As time goes by it's already 4pm. Got to prepare fast. Driving 2 cars & taking longer route back tomorrow from Gombak is not in the plan at all. That's the way it should goes, let it goes. Hope they will understand the way it should be done. Sacrifice is letting go something that you loved, not the one you wanted to get rid off.

Melayan Hawa  

Posted in ,

*tadi sempat mengusha blog-blog top 10 kat Malaysia, semuanya penuh dgn gambar...hmmm ini mungkin faktor blog mereka jadi best...berbekalkan kamera Lumix DMC-FX3 pinjam bakal adik ipar aku cuba mengorak langkah ke arah itu juga...sorang!!!

berikutan post mengenai pose sebelum ni, ada diselitkan tentang surpee seben e yang bisa bikin otak kamu beku gitu!...malam-malam ni cantek juga ke seben e untuk mendapatkan barang secawan bersaiz 22 oz...kalo gi siang-siang pelik lak orang tengok nanti...dengan penuh azam di dada berbekalkan seunit wallet aku meredah kegelapan malam dengan meminjam moto akak ke seben e untuk mendapatkannya (poyo gler padahal 5 menet je dah sampai)...meh, join skali!...korang join tengok je la ek...

*nyam2-hasil usaha gigih*

*tadi mmg padat dihentak2*

*mystery flavor no. 1 + no. 2*

*close up*