Ramai dah jumpa  

Posted in

Drama King by MUH feat. Black

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat

Mahkotamu Raja Drama

Kau Masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yg pernah ku kenal dulu

Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yg terhebat
Memukau mata melihat

jon says: selama 30 tahun hidup watak ni muncul dalam hidup aku dalam pelbagai bentuk...minta dijauhkan aku dari sifat munafik macam ni

Pernah kena tipu?  

Posted in

Mengumpul kembali semangat untuk menulis lebih panjang dari status di FB.


Hujung 2009 lebih tepat lagi 30hb tidak terkata rasa bahagia. Dikurniakan seorang cahayamata anugerah tak ternilai dari yang maha Esa. Namun kuasa Tuhan tiada yang menduga. Sewaktu kegembiraan tinggi menggunung maka diujinya dengan sesuatu yang langsung tidak disangka-sangka. Memberi erti baru kepada peribahasa malang itu tidak berbau. Memang tiada sebarang tanda, tau-tau rebah pokoknya. Bagus juga, maka kembalilah aku berpijak bumi yang nyata. Tidaklah terawang-awang di awan biru terlalu lama. Terima kasih pada yang mengkhianati kepercayaan yang aku beri sepenuh jiwa.

Yang lama hilang pula menampakkan muka. Tidak pasti sama ada berkait dengan peristiwa. Tak tahu turun pasal apa. Kalu sebab sekarang sudah kurang sibuk, maaf aku tak pandang pun keturunan ini. Boleh pula bagi komitmen ikut suka. Siap seorang tu konon terasa hati sebab aku tak layan. Ko dah pernah menipu aku tetiba nak merajuk. Tolong la jangan rasa selevel dengan adik-adik yang lain. Ko dah buat taik takkan nak datang balik macam bebas dari noda. Kalau nak beserta semula, dapatkan balik kepercayaan semua. Setakat ni, keadaan macam biasa sama ada korang ada atau tiada. Langsung tak terasa.

Siti Raihanah  

Posted in

Siti R  

Posted in ,

Puteri sulung kami yang selamat dilahirkan oleh ibunya pada 30 Disember 2009 pada jam 7.39 pagi. Ayah bangga dengan semangat juang ibu. Alhamdu lillah, setinggi-tinggi syukur hanya untuk-Mu.

mim alif lam sim  

Posted in

lama tol tak post...malas sebenarnya menulis...tambah pula sekarang acap meluahkan isi hati & perut ke medium FB melalui sms...nanti la kalo ada mood

Korban 1430  

Posted in

"Bulan Ramadhan bermulanya penurunan Al-Qur'an, dirayakan Aidilfitri.
Bulan Zulhijjah berakhirnya proses penurunan Al-Qur'an, dirayakan Aidiladha."
-khutbah Raya Korban@Sg Besar.

jon says:
Subhanallah, cetusan yang cukup menarik untuk diteruskan pengkajian.

To my lil'angels  

Posted in

Khas buat:
Ayish, Isyia, Awisy, Ika, Dina, Amal, Emma, Sara, Edora & Izz.

Insya'Allah hujung tahun ni Paklong An & Aunty dapat baby. Dah 30 tahun Paklong tunggu. Lama tu. Selama ni pada korang la tempat Paklong mencurahkan kasih sayang. Pada korang la Paklong selalu pergi bagi meleraikan segala kekusutan. Andai ada masalah koranglah penawar terbaik dalam dunia yang fana ini. Walaupun pada ketika itu seolah-olah satu dunia berpaling dari Paklong, korang tetap setia dengan senyuman yang bisa menyembuh segala duka lara.

Bagi Paklong rumah Opah Taman Seraya tu umpama "heaven on earth" lebih-lebih lagi dapat layan korang. Walaupun Paklong tak mampu nak pergi bawak jenjalan jauh, dapat bawak gi main taman kat atas bukit pun dah seronok. Suka tengok korang enjoy main buai laju-laju, jongkang-jongkit & kadang-kadang badminton kalau angin tak kuat. Lepas tu biasanya kita ke Mobil beli aiskrim. Takdela sebesar mana pun pemberian tapi tak lekang dari mulut setiap dari korang,"terima kasih Paklong An".

Bila tengok sama-sama korang, teringat Paklong masa kecik-kecik dulu. Macam tu la Paklong dengan Mama korang & Pak Usu. Punya la seronok kalo gi umah Opah korang dulu, sampai kalo Tok Ngah nak ajak balik memang tak sah la kalo tak kena kejar keliling umah sebab takmo balik. Tu kira macam game penutup la sebelum gerak.

Jadi selepas bulan Disember nanti jangan risau, kasih sayang Paklong terhadap korang tetap takkan berubah. Korang layan & jaga la baby Paklong nanti k. Mesti dia lagi seronok apabila korang ada. Apa pun, korang will always be my cute lil'angels. Always.

Salam sayang,
Paklong An.