Kembali ke Budu. Boss call tadi beritahu detail pegerakan mereka dari MIMET. ETA 5 or 6pm tapi berdasarkan makluman awal harus lajak ke malam. Takpelah, janji selamat sampai. Sempat le aku mendelete berbondong-bondong email yang selalunya aku lakukan sebagai akiviti harian. Selama di sini terlepas 2 perlawanan penting United. Takpelah yang penting kedua-duanya berakhir dengan kegembiraan. Mujur ada sahabat yang sanggup membekalkan info. Menyesal? Tidak juga. Apa yang dapat di sini berganda-ganda nilainya. Ye ke dapat? Haha...perasan.
KBI esok start awal. Pukul 9 pagi dah lapor diri. Selalunya awal petang. Apa yang nak diisi secara kasar sudah dalam kepala kerana KBI Bukit Beruntung baru je lepas. Tinggal tambahan slot pagi sahaja. Masa UMP datang aritu ada empangan & alas board yang belum selesai. Mungkin mereka boleh menyiapkannya. Kalau tak sempat tinggal aje pada UiTM sejagat yang akan turun.
Pasal program UiTM punya la ting-tong kebabom aku dengan barisan so called penggerak. Bukan program meraikan perkahwinan aku. Yang tu pun tak ramai yang turun aritu. Apabila timbul dugaan ternyata kepentingan umum tidak didahulukan. Masing-masing mahu melepaskan diri sendiri sahaja. Baru la sikit dah bertindak macam tiada pegangan.
Yang mana tiada pun takde disampaikan maklumat. Alhamdu Lillah, terima kasih Tuhan, sesungguhnya Kau telah perlihatkan sejelasnya mereka yang hanya layak berada di barisan belakang sahaja. Takat bancuh-bancuh air boleh la. Tidak la pening kepala lepas ini.
Jap lagi nak gerak ke Jka untuk sesi siang terakhir. Malamnya dirancang akan bergerak beramai-ramai sekali ke BM. Matlamat utama untuk transformasi pada pukul 3 petang esok. Sepeninggalan aku:



Selamat sampai dengan izinNya petang semalam di ibukota. Gusar pada mulanya mengenangkan keadaan Ksatria Baja Hitamku tetapi sepanjang perjalanan memujuk hati agar tidak bergantung selainNya. Nampaknya DUKE dah siap. Kagum dengan kemampuan mereka mencipta akronim yang 'catchy'. Teringat suatu ketika dahulu mencari satu perkataan untuk satu program peringkat negeri. Akhirnya lahirlah KACIP buat julung-julung kali. Namun yang paling menggelikan benak apabila lahirnya nama KASIM oleh Min. Ko memang kering 'literally' haha...
Parkir di salah sebuah stesen LRT yang sentiasa tidak mengecewakan. Sudahlah percuma, jarang sangat kehabisan ruang walaupun terhad. Kat mana? Kat PJ hehe... Mengambil tiket ke Hang Tuah sehala ditukarkan dengan material bernilai RM1.90. Misi menengok external HD. Yang kat rumah dah senak dengan macam-macam. Fail gambar saja dah makan berbelas gig. HD tu pun tak besar mana, itu yang terasa benar 77 sebulan tak dimanfaat seluruhnya.
Punya la ramai orang kat LY. Kat bawah Acer sedang buat promosi laptop. Kalo CMK ikut mesti dia nangis guling-guling melihat. Takpe la yang sudah tu sudah. Kebanyakan pengunjung nampaknya membeli laptop. Nampak gayanya golongan fakir ilmu. Kalau zaman di Sintok dulu dapat tengok laptop macam dapat tengok Bugatti Veyron. Sekarang siap leh hilang macam hilang pensel tekan je. Betapa zaman berubah aka aku dah tua hoho...
Teruja dengan Maxtor Basic(r) 1TB yang berharga RM350. Jenama paling mampu milik setakat yang dijumpai semalam. Geram punya pasal dek bebelon yang acap timbul mengingatkan aku kekurangan ruang mengakibatkan hampir hilang pedoman. Namun unit itu tidak jua ku ambil. Konon-konon hari ini nak pergi lagi. Tak sempat dah rasanya kerna kebanyakan premis tutup awal untuk sambutan esok. Itulah kita, entah bila nak hilang pergantungan pada mereka. Aku tau masa tu akan tiba.
Malam tadi dihabiskan dengan program mesra-mesra keluarga dinasti Kassim. Bila dah sampai lembah kota kena bahagi antara 2. Dua-dua pihak kena jaga. Kali ni tidak menginap di istana hinggap Seraya seperti kebiasaan. Mujur ada istana hinggap Bkt Utama sebagai pengganti. Semoga istana ini selamat dari malapetaka.
Nak bergerak ke istana hinggap Seraya pula. cukuplah setakat ni laporan dari Bkt Utama. So much thing to write, so little time. Jumpa lagi.
Dah blogger tu blogger jugaklah. Agaknya la kata-kata dari seseorang jika mengetahui yang sempat juga aku mengupdate blog dalam hambatan masa. Sebentar tadi baru je sampai dari PPMI. Kejap lagi nak ke Jengka lepas tu terus ke Kuantan. Hajat di hati sekadar nak baring-baring tanpa menutup mata. Sekali terlelap baik punya, ada orang KL call pasal esok pun antara jawab dan tidak. Bila cek balik call log baru terkocoh-kocoh call semula. Terus sedar satu kesilapan kerana tidak memaklumkan info detail secara peribadi kepada VVIP. Buatnya esok beliau sampai berbaju Melayu memang masak aku. Jadi harapnya program esok berjalan lancar & bermanfaat untuk semua. Maka dijangka esok bertemulah aku dengan penyokong tegar Chelski.
Almost an hour from now I'll off to Qtan for two days. Working for the 1st time as moderator for a team building program. The agency is one of the most important in our country as maritim. Hope I'll gather experience as much as possible from one of the best trainer. He is not only a trainer but train the trainer too. What a golden opportunity I would have. May all going to be fine. Amin.
p/s:Kep,ko tlg jaga blog aku nih...kalo ada awek datang ko layan le elok2
Malam tadi kami menjalankan ibadah baraan ke rumah Pak Tam di Temerloh & Li di Jengka 19. Kekangan masa mengakibatkan ibadah ini terpaksa dilakukan pada waktu malam. Sehingga habis Syawal insya'Allah hujung minggu sentiasa penuh sampaikan ada program yang bertindih. Mana-mana program yang kos lepas tu harap sangat difahami & dimaafkan.
Sewaktu di rumah Li, kami mengambil keputusan untuk berbekam. Sudah lama berhajat untuk berbekam ni. Malas dah nak taip lagi, korang tengok penerangan bergambar je la ek.


The base is getting rotten by day. No one care, no one listen. It is time. Hopefully success will prevail.
*tadi sempat mengusha blog-blog top 10 kat Malaysia, semuanya penuh dgn gambar...hmmm ini mungkin faktor blog mereka jadi best...berbekalkan kamera Lumix DMC-FX3 pinjam bakal adik ipar aku cuba mengorak langkah ke arah itu juga...sorang!!!
berikutan post mengenai pose sebelum ni, ada diselitkan tentang surpee seben e yang bisa bikin otak kamu beku gitu!...malam-malam ni cantek juga ke seben e untuk mendapatkan barang secawan bersaiz 22 oz...kalo gi siang-siang pelik lak orang tengok nanti...dengan penuh azam di dada berbekalkan seunit wallet aku meredah kegelapan malam dengan meminjam moto akak ke seben e untuk mendapatkannya (poyo gler padahal 5 menet je dah sampai)...meh, join skali!...korang join tengok je la ek...
bersama CMK mengambil peluang untuk bersama-sama melawat adik-adik berniaga di Bazar Pelajar petang tadi...kena gak jenguk memandangkan pelaburan melibatkan 1 proses penting...papehal mana nak korek balik modal tu...kenaikan harga bahan bakar mengakibatkan hanya mampu untuk aku memiliki Marlboro bersaiz kecil sebelum ke bazar, kenaikan sebanyak 60 sen kepada RM6.50(hadoiyaiii)...sampai-sampai je dalam 3.30pm tengok tapak bazar masih lengang...uiks, berdasarkan laporan yang sampai katanya pukul 3 dah start...Midi dihubungi menjelaskan bahawa mereka dah sedia untuk bergerak dari rumah sewa...takpela kalo gitu, lepak la dulu dalam kereta yang berhawa dingin...tak lama sampai le mereka...


dalam pukul 7 lebih kami berkemas bagi persediaan berbuka...menu ala kadar menjadi pilihan aku pada petang ini bagi

perut yang kosong dah terisi...bukan banyak pun makan...sekadar kurma, kuih-muih & air buah-buahan yang memang best lebih-lebih lagi air honey dew...mungkin jua kerna berkat makan beramai-ramai, sedikit suap banyak yang sengkak perut...siapa yang belum berkesempatan merasa air buah-buahan untuk menu berbuka silalah berbuat demikian sebelum terlambat...time raya memang kitorang dah tak buka gerai.
jap lagi nak jenguk gerai tempat dilaburkan separuh duit yang sepatutnya nak beli cincin tunang...rancangannya adalah untuk terus berbuka dengan mereka di sana...hari mula gerai ni memang tragis menerima sms laporan harian, collection tak sampai separuh dari modal yang dikeluarkan...masing-masing akan ada kesan -ve bila dalam keadaan sebegitu...almaklumla suatu perjalanan bermula dengan 1 langkah...tapi lama kelamaan apabila selera khalayak sudah difahami graf mula menaik...alhamdu Lillah kelmarin dah mula mencapai ROI a.k.a TPM...selayaknya mereka diberi sokongan moral sebaiknya...siapa yang usaha dia akan dapat...
kembali kepada petak pertama...
selesai 2 hari tugas pertama tinggal 1 lagi kerja yang bakal diselesaikan pada petang esok...hari ini waktu operasi dilanjutkan sehingga jam 2 pagi...semoga mencapai target jualan...gembira melihat kerjasama antara kita menguruskan pelanggan yang berbagai ragam & pe'el...semoga "cangkuk" antara kita akan bertambah erat...
nana & lan tengah membasuh...jo macam biasa sedang standby untuk entertain customer...petang-petang ni memang slow sikit...dijangka malam penghabisan ni akan all-out...ringan sikit barang abg nizam nak dibawak ke Putrajaya...
perghh dah seminggu baru datang rajin nak post pasal Xtvt Minggu Lepas iaitu perkhemahan semalaman di Lata Jarum, Ulu Dong Raub...ini pun dalam keadaan ada kerja yang belum disiapkan...takpe, setel satu-satu...
jadi pada 2 Ogos yang lepas sampai la mereka ke meeting point(MP) pada jam 11.30am macam tu...plan asal nak gerak ke Lata Jarum pada pukul 3.00pm sementara tunggu CMK menghabiskan kerja gantinya pada hari itu...disebabkan perancangan Dia lagi betul, terpaksa dianjakkan masa bergerak disebabkan CMK perlu menghantar barang ke Kuala Tahan pada hari itu juga...dengan bantuan tenaga kerja seramai 2 orang dipinjamkan kepada beliau, yang tinggal mula bergotong-royong untuk menyediakan lunch pada masa yang agak lewat iaitu jam 3.00pm...sorry la ek, terlupa sungguh dalam kekalutan...
keluar je traffic light umah aku maka bertemu juga dengan team awal tadi, maka 2 kancil, 1 kelisa, 1 iswara, 1 Ksatria & 1 Saga pun bergabung kembali lebih awal dari jangkaan...perjalanan melalui jalan Jerantut - Benta yang diakui setanding dengan gunung Haruna di Jepun yang begitu popular dalam xtvt drift...jalan ini juga yang dilalui sewaktu xtvt ke dusun hari tu...aku rela jadi supir bila melalui jalan ni...perjalanan diselang-seli dengan borak & nyanyian solo oleh Sham O
dalam 8.00pm semua kereta selamat sampai ke simpang masuk Dong...urusan melaporkan kepada pihak polis diselesaikan oleh Alan & CMK...sempat juga la ke kedai runcit untuk membeli ratio tambahan...yang penting ratio bahan berasap...walaupun dah stand-by 2 bungkus tembakau berperisa strawberry aku tambah juga dengan rokok kotak jika malas menggulung...
dari simpang masuk ke lokasi kejadian hanya berjarak 14km...otw hari tu banyak juga la lalu masjid
alhamdu Lillah, around 8.30pm or so we arrived...jalan masuk memang agak sempit...yang paling best lokasi perkhemahan adalah berhampiran dengan lokasi pembunuhan Datuk Mazlan Idris, ADUN Batu Talam 15 tahun yang lepas...kalo korang nak cerita lanjut & detail pasal kes ni sila tengok kat sini...perihal lokasi kejadian ini hanya diceritakan setelah pulang...
serta-merta pasukan recce dihantar untuk tengok tapak yang sesuai dijadikan port...bunyi air sungai yang menderu memecah kesunyian malam...teringat masa berkhemah di Puncak Janing Kedah pada suatu ketika dahulu...kembalinya pasukan recce 1 mesyuarat tergempar dilangsungkan & kami mengambil keputusan untuk bertapak di kawasan atas sahaja...lagipun kawasan belah atas memang lebih selamat & ada punca air paip...
2 kumpulan dibahagikan mengikut jantina dimana grup lelaki diberi tugas memasang khemah & wanita memasak hidangan makan malam...menu mlm itu nasi goreng & ikan masak merah
xtvt malam itu lebih tertumpu kepada proses untuk kenal dengan lebih rapat sesama peserta...dari sesi round table sampai la sesi round the fire...memang havoc dengan poco-poco, zip-zap, cap-kali-cap dsb diselang-seli dengan program mencicah biskut merry dalam kopi-o...tengok jam tag heuer aku dah pukul 5.30am, aku gagahkan jua untuk tidur kerana esok kena drive lagi...
sedar-sedar pagi esok dah cerah...xtvt menyediakan sarapan sudah bermula...menu pagi itu bihun goreng, telur mata, sandwich & air rasmi program iaitu kopi-o...khemah & barang-barang juga dah siap dikemas untuk memastikan tiada gangguan untuk xtvt kemuncak pada pukul 10.00am nanti...
setelah barang-barang semua disimpan dalam kereta kami bergerak ke lokasi xtvt kemuncak program iaitu mandi-mandian...geram dok dengar bunyi air je sejak sampai malam tadi...orang pun tak ramai pada hari tu jadi lokasi berendam tu memang diconquer dengan semaksima mungkin...bila dah jumpa air tu apa lagi...memasing berendam ikut kemampuan individu...mana-mana yang terer berenang tu macam itik jumpa air la, sedar-sedar dah ke hujung...cabaran sebenar adalah kesejukan air yang melanda jiwa...agak mengambil masa untuk air mencecah seluruh tubuh...
setelah puas 2 jam berendam, main ragbi, shaving dengan bantuan cermin cepotet Ima, bersabun & bersyampu pakai syampu sumbangan Sham kitorang pun naik...confirm suma dah kecut...lama giler rasa dok dalam air tu padahal 2 jam je...waktu ni pun dah ada orang lain yang datang so macam dah tak berapa nak privasi lagi tempat tu...
xtvt seterusnya lunch kat umah pengarah program iaitu Alan kat bandar Raub...jarak dari Lata Jarum dah tak jauh tapi bila berkonvoi 6 biji kereta ni ambik masa sikit...setelah ada sedikit reshuffle penumpang untuk mengimbangi jumlah kami pun bergerak...perut masing-masing dah lapar dek main air tak hengat...konvoi berhenti sebentar di Petronas Raub untuk isi minyak & peserta wanita mengambil kesempatan untuk buang minyak...almaklumla dah lama tahan huhu...perjalanan diteruskan & 3 biji kereta terlepas masuk simpang ke rumah Alan diketuai oleh Ksatriaku...saja je aku nak test korang sebenarnya haha...jalan yang benar dijumpai semula & kami berjaya sampai jua...
dengan parkir di celah pokok mempelam kami meneruskan misi mencari lunch...kehadiran kami disambut mesra oleh ayah Alan yang sempoi serta keluarga...turut menyambut kami adalah hidangan lunch yang dihiasi pelbagai lauk pauk...wat susah-susah je...pe lagi, rezeki dah terhidang depan mata...masing-masing tak ingin menyusahkan mak Alan dengan menghabiskan apa yang terhidang, senang nak basuh kata salah seorang peserta...
tak cukup dengan lunch, kami dihidangkan dengan buah durian...selonggok durian disediakan oleh tuan rumah khas untuk kami...bagi yang miss xtvt tempohari inilah masa untuk qada' balik saat-saat indah itu walaupun tidak sebest ambik sendiri kat kebun & bermain lungsur air...mereka yang dah takleh tahan habis bergelimpang dalam rumah...nak buat camne, dengan tak cukup tido+penat main air lagi...sebelum tu kat depan umah pun jadi port sampai ayah Alan suruh masuk dalam, "pe kata jiran nanti" kata beliau...
lunch pun dah, dessert durian pun dah, teh-o pun dah maka kami cergas untuk kembali ke tanahair...terima kasih daun keladi buat keluarga Alan kerana menyediakan semuanya untuk kami...perjalanan balik melalui jalan belakang melalui kawasan kg baru tembus ke kawasan jirat cina...Ksatria ku memecut laju untuk mengisi minyak di Petronas Benta...dalam hati risau juga melihat meter minyak yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan...
dalam pukul 7.00pm 6 biji kereta selamat sampai ke MP...CMK meminta diri untuk balik awal kerana dah nampak sangat beliau flat benar...di MP peserta dihidangkan pula dengan minuman petang ala kadar...masing-masing dah tak sabar untuk sampai ke katil memasing...8.00pm++ kesemua mereka bergerak pulang menghabiskan sedikit lagi perjalanan...aku pun terus mencapai tuala untuk rejuvenate...kena shower baru la segar sikit badan ni...alhamdu Lillah semuanya selamat dalam program ni...semoga objektif utama untuk lebih rapat akan tercapai insya'Allah...
ps: thanks to Nana, Afiq & Su for the pic
PENAFIAN
penegasan fakta
Makanan Jiwa
كات-كاتمو
ڤندڠله اكو.. اكو له دي
I serve Myself
Sort by labels
- akademi nasyid
- auto
- candu
- cartoon i like
- cerita
- cerita dulu-dulu
- donlod
- ET
- gadjet
- gambar
- game
- good article
- jokes
- kata-kata
- kawin
- kiasan
- kontroversi
- kursus
- lagu
- legend
- lovin' it
- merepek
- missing person
- revival
- SEX(self expression)
- shorties
- special announcement
- surat terbuka
- tech
- ucapan
- united
- video yang aku suka
- xpdc
- xtvt