Unpacking Mythbuster Goodie Bag  

Posted in

entri ini adalah episod ke-2 dari siri the making of Mythbuster Lab Trip(amin...)...entri sulung korang leh cekidout disini...

maka sampailah pek hadiah yang ditunggu-tunggu sejak 4 hari lalu...ikutkan alamat, ianya dihantar dari negara yang dapat Batu Putih dek kebodohan team kehakiman negara Malaysia...rasanya ini penghantaran ke-2 aku dapat dari seberang lautan...yang pertama cd ubuntu...dengan air liur peluh mengalir, aku membuka bungkusan dengan agak rakus ditemani abu yang kelaparan...

*ini rupanya bungkusan itu*


*si abu ni pon tumpang excited*


*bungkusan dlm bungkusan*


*peek-a-boo*


*1st goodie - special tuh!*


*aiyak, kena beli dvd rom nmpknya*


*goodie #2 - mythbuster official t-shirt*


*grafik kat shirt - si buster yg x pernah komplen*


*aiyak #2 - WaddaFish! Saiz M?*


*grafik belakang t-shirt(kat tengkuk)*


*last 1- beg apa ntah namanya(aiyak #3)*

sudahnya aku senyum kelat aje...dvd tu memang takleh nak tengok lagi, t-shirt tu sah-sah centot & beg tu tak sesuai langsung dengan kemachoan aku...apa yang berlegar dalam pale aku sekarang ialah:
1) mintak farid bawak turun laptop dia malam ni
2) nak jual rare t-shirt tu kat Lelong
3) jual bagi beg tu kat adik pompuan aku

i need that Grand Prize badly!

ps: tq along kerana bagi abu, pak usu mira, maklong, etot, neena, atan & comot lunch tadi walaupun muka along macam x gembira je dapat hadiah.
ikhlas,
abu.

1 hari yang panas  

Posted in

*hari itu aku bukan aku*

kisah ni berlaku pada tahun 2004...masa tu arwah helmi masih lagi hidup...kisahnya kami kena menghadiri 1 kursus peringkat zon timur yang diadakan di Kuala Terengganu...chef-de-mission(CDM) pada ketika tu memutuskan untuk kami berkumpul di meeting point(MP) pada jam 2.30pm...dengan anggaran masa perjalanan dalam 6 jam, sempat la kami sampai sebelum majlis perasmian kursus iaitu jam 9.00pm...

aku memulakan perjalanan dari rumah agak awal kerana kebetulan hari itu aku mendapat jemputan majlis perkahwinan adik kepada salah seorang kawan...walaupun sebenarnya aku bukan jenis orang yang suka pergi kenduri-kendara ni tapi disebabkan perkaitan yang agak rapat dengan tuan rumah jadi aku akur...buruk betul sindrom anti-sosial aku ni...seingat aku, hari itu aku singgah ke rumah arwah helmi dulu untuk mengambil beliau...kebetulan dapat pinjam pajero boss aku maka aku memerlukan penumpang untuk meringankan kos perjalanan...paham-paham je la time tu aku masih belum betul-betul stabil lagi...sekarang pun masih jua tak stabil-stabil huhu...

kitorang pun bergerak ke rumah kenduri untuk pekena nasi kawah barang sepinggan dua...sekurang-kurangnya lunch aritu dah setel...tak ingat dah menu apa tapi rasanya berunsurkan kelate...setelah selesai menjamu selera mulut & mata maka kami pun bersalam kaut dengan tuan rumah...aku pernah tengok kat Melaka masa sepepu aku kawen, suma sumbangan direkodkan...perghh aku kata biar betul diorang ni...mesti segan kalo nak bagi note yang kaler ijau...biru & silver apatah lagi...tapi dengarnya amalan itu dilakukan sebagai satu cara untuk pihak tuan rumah membalas kembali pemberian...entah, lain padang lain belalang...lain penyakit lain ubat...

lengkap saja isi kete iaitu 4 orang termasuk aku maka kami pun meneruskan perjalanan ke MP...kami berjaya sampai pada pukul 2.15pm...ok lah tu, ada 15 minit lagi untuk aku rehat sambil mencucuh pape yang patut...masa tu memang hanya kete kami je yang dah sampai...2 kete lagi, wira & volvo belum menampakkan diri...kitorang pon mengumpat menyembang la untuk membunuh masa bak kata omputih(yah!yah!)...sambil sembang sambil menyedut tar...

2.30pm takde sape lagi...2.45pm pun takde...3.00pm baru sampai kete wira...padahal MP tu sepelaung je dari umah dia...CDM yang menaiki volvo masih tak nampak apa-apa batang...WTF, padahal masa berkumpul tu dia yang tetapkan...mungkir janji 1 hal, takde pulak diupdate pape masalah yang menyebabkan kelewatan...aku dah mula hangen & secara tak langsung respek aku kepada dia dah makin terhakis...apabila jarum jam hampir menunjukkan 3.30pm baru la volvo sampai...yang paling menambahkan hengen aku boleh lak muka stone je tanpa rasa bersalah serta siap cakap lagi apsal kitorang tak gerak dulu...pale hotak dia!...dah asalnya janji nak gerak sama...kalo tau dari awal memang kitorang tinggal je puak-puak munafik ni...dan memang aku menyesal haritu kerna tidak mengambil tindakan tersebut...

makanya 3.30pm baru rombongan 3 kete ni bergerak...persinggahan pertama di sebuah masjid kat area indera mahkota untuk uruskan pape yang patut...kemudian singgah makan kat 1 kedai tepi jalan kat area jabor kalo tak silap...masa tu dah malam...selesai makan rasanya dah lebih pukul 8.00pm...KT jauh lagi so masing-masing ambik keputusan untuk pecut...time tu memang aku rasa macam dibabikan hidup-hidup...pajero dibuat bukan untuk pecut...al-maklumla kete bergraviti tinggi ni...memang jauh kena tinggal la dengan wira & volvo...siap kete aku silap masuk simpang lagi...celaka tol, orang lain buat taik aku yang menghidunya...

setelah mengharungi jalan penuh ranjau akhirnya team kitorang selamat juga sampai pada pukul 10.00pm lebih...majlis perasmian dah pun selesai masa tu...dan yang paling best kelibat team kitorang je yang tiada dalam acara tersebut...aku syak kelewatan ini sengaja dirancang setelah mengetahui isu hangat yang diutarakan sewaktu majlis perasmian...banyak tol dugaan aritu...ditambah pula dengan manusia yang jenis tak reti susah orang...dah la nak mendapatkan pajero bukan main susah, aku lak jadi hamba tebus supir diorang...tak reti-reti nak chip in duit minyak...kalo bapak mertua aku PM takpela nak aku sediakan semua...memang selepas trip kali itu aku jadi pendendam macam dalam komik alih bahasa Dendam Kesumat.

Lawatan Ke Dusun CMK  

Posted in ,

*connection speed waktu puncak membuatkan bahu kiriku bertambah berat...apa kes bukak gmail pon merangkak?...best effort kepala hangguk dia!

musim buah-buahan tiba lagi!...sampai jua masanya untuk menuruti hawaku terhadap buah durian...tahap berahi yang agak tinggi terhadap durian baru-baru ni je terjadi...dulu-dulu layan juga tapi tak seklimaks sekarang...mungkin disebabkan faktor umur yang sudah tak lama lagi akan meninggalkan angka 2...tapi terhadap durian spesis kampung sahaja, selain itu aku muak...sokong produk tempatan le katakan...

jadi pada sabtu lepas aku berpeluang untuk melampiaskan nafsu duri aku dengan semaksima mungkin...satu xpdc ke kebun CMK telah diatur secara underground non-paper work...bila ditanya macam ramai nak join (plan awal 3 biji kete), bila sampai masanya cuma tinggal 4 orang je tak termasuk aku & CMK...hmm, masih belum matang lagi nampaknya korang ni...belum "alif" lagi...

*sesi mengetest durian oleh afiq & alia*

sesampainya disana mentari dah mula nak tegak tapi mujurlah kawasan dusun yang redup meminimakan kadar kepanasan...maka bermulalah misi mencari durian gugur...satu demi persatu pokok durian diperiksa dibahagian bawahnya...keliling pokok yang dah ditebas menyenangkan misi search & rescue...peserta xpdc yang pakai macam nak gi main bowling kat Megamall memang merana la sikit...apa kes masuk dusun dengan selipar & jeans lawa...pastu kena serang nyamuk pun dah gelisah...kesian Alia, mungkin kat sg buluh takde nyamuk...

*tukang panjat rambutan yg dijemput khas dari besut*


*hasil rampasan xpdc*

lumayan juga la hasil pendapatan kami hari tu dengan buah durian, rambutan & manggis...kira belakang hilux tu muat-muat untuk 2 orang je...terima kasih banyak-banyak kat tuan dusun...moga tahun depan bertambah-tambah buahnya...tahun ni pun bukan semua tempat yang jadi...dusun yang pernah kitorang serbu tahun lepas takde rezeki nampaknya...maybe time kitorang pegi tahun lepas tu dah all out...

*alan cuba utk berposing ala2 mangga*


*berenang utk kesihatan (shit!)*


*tengah berbincang utk acara luncur air berpasukan*

selesai misi mencari buah kami singgah ke sungai berdekatan...perancangan awal nak ke Lata Meraung tapi atas faktor alang-alang dah lalu tepi sungai tu pehal lak nak tambah 30 minit perjalanan di kala kenaikan harga minyak ni?...sebelum ni lalu je tak pernah singgah pun sungai ni...tempat ni pun tak kurang menarik...siap leh wat xtvt luncur air solo mahupun berpasukan ala-ala ketapi...air dia pun tak gatal macam kat Lubuk Yu...aku pulak leh terlupa nak bawak pakaian tambahan jadi belasah je la mandi pakai boxer haha...disebabkan itu aku terpaksa mengofferkan diri duduk kat belakang hilux untuk perjalanan pulang...sampai naik pening nak membawa kepada muntah lalu jalan drift hari tu...nak cucuh rokok pun jenuh...tobat dah lepas ni aku takmo duduk belakang kenderaan jenis pikap...

so buat korang yang takmo ikut tu ini je la bingkisan yang dapat diberikan dengan ucapan "sape suruh takmo ikut"...sekian laporan bergambar dari Ulu Cheka, kita kembali ke Sri Pentas.

Email yang aku suka  

Posted in

*Adam Savage and Jamie Hyneman*

Dear Me,

Congratulations! You have been selected as a winner in the first weekly draw of Discovery Channel's Mythbusters Contest.

You have won for yourself a Mythbusters Goody Bag worth US$100. Furthermore, you will also be eligible for a chance to win the grand prize of a trip for two to the Mythbusters Lab in San Francisco.

Your prize will be delivered to the mailing address you provided in your contest entry submission, within the next 7 working days.

If you have friends who are fans of Mythbusters as well, please share the link with them for a chance to win fantastic prizes!
Mythbusters Contest Link: www.discoverychannelasia.com/mythbusters

Remember to tune-in to Mythbusters 100th Episode Special: MacGyver Myths on 31 July, Thursday 10pm (MAL/HK). Enjoy!

Cheers,

Siok Sian
The Discovery Channel Team

jon says...
woohoo...syukur alhamdu'Lillah aku antara 10 orang yang berjaya memenangi hadiah mingguan peraduan rancangan faveret aku...tengah excited menunggu hadiah yang bernilai US$100 bagai dikata...apa la gamaknya dalam goody bag tu...papepun x sangka ada gak luck aku dalam arena peraduan ni...dari kecik haram x pun pernahnya dapat hadiah...belum rezeki namanya tu...selalu pergi dinner pun ada la sekali pernah dapat cabutan bertuah sterika kat penang dulu...ish, x bersyukur tol aku ni...ada orang lain langsung x pernah dapat apa pun...(bertukar mode insaf)apa pun, aku bersyukur pada Mu atas pemberian ini tatkala hamba Mu yang selalu ingkar ini berhadapan dengan pelbagai dugaan & cabaran...semoga aku terus berjaya memenangi hadiah utama iaitu lawatan ke
Mythbusters Lab di San Francisco...amin...

Special Entries: Missing Person (dah jumpa)  

Posted in ,

kawan2, kalo ada sape2 jumpa orang hilang di atas sila hubungi balai polis terdekat atau tinggalkan komen disini:

NURREDZUANA NABILA BT REFFLIS..
UMUR 15 THN..
ADIK KEPADA TUNANG SALAH SEORANG FORUMER CARI
12 ARI DAH ILANG (SINCE TODAY)

*alhamdu Lillah, beliau dah dijumpai

hi n low of life  

Posted in

hidup mesti terus!...wah senangnya cakap...tapi ramai yg x tau camne nak terus survive...ada gak yg amek keputusan untuk berhenti je dari hidup...ada gak yang wat hidup org lain berhenti/pause...terpulang pada jatidiri memasing how to react with it...hopefully every action involves deep thinking so that no one will regret afterwards(ayat BM yang diBIkan secara terus haha)...and now frens, let's take deep breath...in and out...skali lagi, in and out...               fuhhhhh...jom teruskan hidup!!!


ps:hidup ini sekali, jangan takut untuk mati

NEW POLICY EFFECTIVE FROM NOVEMBER 2008  

Posted in

If you ever worked for a corporation you will appreciate this! 

Dress Code 

It is advised that you come to work dressed according to your salary. If we see you wearing Prada shoes and carrying a Gucci bag, we assume you are doing well financially and therefore do not need a raise. If you dress poorly, you need to learn to manage your money better, so that you buy nicer clothes and therefore you do not need a raise. If you dress just right, you are right where you need to be and therefore you do not need a raise. 

Sick Days 

We will no longer accept a doctor's statement as proof of sickness. If you are able to go to the doctor, you are able to come to work. 

Annual Leave Days 

Each employee will receive 104 annual leave days a year. They are called Saturday and Sunday. 

Bereavement Leave 

This is no excuse for missing work. There is nothing you can do for dead friends, relatives or co-workers. Every effort should be made to have non-employees attend to the arrangements. In rare cases where employee involvement is necessary, the funeral should be scheduled in the late afternoon. We will be glad to allow you to work through your lunch hour and subsequently leave one hour early. 

Toilet Use 

Entirely too much time is being spent in the toilet. There is now a strict three-minute time limit in the stalls. At the end of three minutes, an alarm will sound, the toilet paper roll will retract, the stall door will open, and a picture will be taken. After your second offence, your picture will be posted on the company bulletin board under the chronic offenders' category. Anyone caught smiling in the picture will be sanctioned under the company's mental health policy. 

Lunch Break 

Skinny people get 30 minutes for lunch, as they need to eat more, so that they can look healthy. Normal size people get 15 minutes for lunch to get a balanced meal to maintain their average figure. Chubby people get 5 minutes for lunch, because that's all the time needed to drink a slim fast. 

As always, thank you for working at Consolidated Conglomerate, where you appreciate us and we don't give a rip about you.

jon says...
aku janji aku xkan buat macam ni kat pekerja aku

mim alif lam sim  

Posted in

yes, berjaya juga aku membasuh ksatria baja hitamku walaupun aku sebenarnya dalam keadaan MALAS...ya tuan-tuan & puan-puan, nak menulis blog aku tiap-tiap hari pon MALAS...memang saspek respek la kat cik wani yang rajin tol mengomel tetiap hari...konon je semangat memula dulu berazam nak hapdet tetiap pertukaran mentari dan rembulan...tapi sebenarnya aku lebih mementingkan kualiti dari kuantiti haha...(jgn mare wani,ur blog ada ciri kedua2nya)...banyak peringkat tapisan yang perlu dilepasi sebelum aku menekan butang "PUBLISH POST" di bawah...

malas ni memang gejala yang cukup payah untuk dibanteras...sama degil macam kempen "tak nak" di seluruh negara yang dah memakan bajet yang cukup banyak & tanpa hasil yang signifikan... sape ada ubat untuk penyakit "M" ni tolong la share dengan aku...aku sudah menemui ubat untuk sindrom MALAS mengepost iaitu income statement dari advertlets & nuffnang milik orang lain...aku juga mampu untuk jadi seperti mereka!...serangggggggggg!!!

Kan dah kena sungguh  

Posted in

entri ini adalah kesinambungan dari entri pasal masalah disiplin masa

last saturday kitorg de meeting kat kuantan...dah plan & janji nak gerak 2 trip...trip awal 2 kete gerak pukul 5pm & trip lewat disebabkan urusan kerja gerak pukul 6pm (1 kete)...aku dah sampai kat tempat yg dijanjikan dalam pukul 4.45pm,so sempat la pekena sepam dua dulu...sampai2 je tengok sekor pon xde lagi...haram tol, dah la kuar umah tadi dalam keadaan separa waras...aku pun tekskan pertanyaan pada salah seorg untuk memastikan betul ke x janji gerak pukul 5pm...mana le tau kot2 aku yg silap...jawapan diterima betul...

memang hari ni akan tercipta sejarah baru...aku dah nekad,sape lambat aku akan tinggal sungguh...sebelum ni aku cakap je tapi memang aku x pernah tergamak nak buat...sabar aku pun ada batasnya & malangnya batas aku x besar mana pon...

tepat 5.01pm jam aku baru sampai sebiji kete lg...masing2 bersalam disusuli dgn ucapan maaf...tau pun lambat...sampai je 2 org lagi terus aku soh masuk kete...kita dah 2 minit munafik, kena gerak sekarang...maka 2 org lagi pandai2 la nak gi camne...sape suruh cabar aku...nama je dah matang tapi perangai masih melambangkan mentaliti budak2 tadika...maka perjalanan hari
itu memang sepi, sesepi hati aku yang sedih lagi pilu... *kenapa la korang susah sangat nak paham*

The essentials  

Posted in

benda2 yg selalu ada bersama aku...kekurangan salah satu dari benda ini akan mengakibatkan perasaan gundah-gulana, resah-gelisah, tak tentu hala, stress, mandom, rasa-nak-lempang-org-buat lawak-bodo dan macam2 simptom separa sedar...jika terjadi sedemikian aku akan berusaha sungguh2 sehingga aku dipertemukan semula dgn mereka...tiap kali keluar bilik aku akan memastikan semua kelengkapan penting ini cukup sebelum menutup pintu...aku seorg yg jenis akan memeriksa dgn telitinya jika meninggalkan sesuatu tempat utk make sure xde brg yg tertinggal...aku copy perangai ni dr sepupu aku...dlm dok beringat tu kadang2 ada gak yg tertinggal...biasa la kita ni semua 'baharu'...ritual setiap kali sblm gerak adalah "last check" dimana seorg akan dipertanggungjawabkan utk menjadi org terakhir meninggalkan lokasi...org ini akan memastikan tiada apa jua brg yg tertggl kecuali kesan tapak kaki...aku rindu xtvt camping...lama dah tak join xtvt cari susah ni...haversack aku pun dah berabuk...

Carburetor Dung bikin kontro  

Posted in , ,



lead singer grup ni la kena belasah dek penonton masa perhimpunan PROTES ahad lps...aku x berada di tmpt kejadian, so malas nak ulas lebih2 psl isu ni...cuma bila nama grup ni timbul balik aku teringat masa zaman form 4-5 dulu(masa Mel jd vokalis Wings dgn lagu bagainya)...zaman tu grup2 alternatif mmg pemes...skrg ni grup2 mcm ni direbranding lak lalu dipanggil indie band...golongan yg 'bebas' utk menentukan jalan hidup mereka sendiri...mereka 'merdeka' dlm perjuangan...lagu di atas mmg tersenarai dlm playlist aku zaman tu...pengaruh muzik ni smpi terbawa2 dlm penulisan autograf(rizal tiger)...

layankan...i walk alone i'm lonely, y should we hear ur problem...

Bring it on!  

Posted in

*aku puji passion budak ni*

new semester new challenge...blom bermula lgpun dah disajikan dgn berita penarikan diri...sendiri rasa utk berbuat demikian...aku xde niat pon nak suruh korg blah...jenis xleh ditegur ni susah...bila perli x faham, bila dinasihat kecik ati...siap report mak lagi...nasib le laki ko esok...sikit2 mak, sikit2 ayah...ok gak korg xde, kurg beban aku (dgn andaian korg x racun org lain)...nak pujuk? huh,awek aku merajuk pun aku biorkan aje...

it will going to be a tough time ahead...whatever happen i'm not going to back off...just bring it on!

tunggu punya tunggu!  

Posted in ,

*kadang2 smpi naik lusuh menunggu*

org kata penantian satu seksaan...memang ye pun...seksa yang amat!...menyampahnya kalo kena nunggu org yg lmbt...semenet dua xpe ini kadang-kadang sampai stgh jam...masa berjanji bila tanya sesape yg ada masalah, tak ngaku ada...maksudnya persetujuan dah dicapai ketika itu...seharusnyalah perjanjian itu dihormati...kalo xleh tu bgtau awal-awal aku x kisah...pastu bila dah lambat datang, dia leh pulak berlenggang-lenggok...memang itu jam kecik je aku tengok...dah lambat fine, leh pulak datang tanpa rasa bersalah...mintak maaf pun x...orang mcm ni aku tak tau maruah dia letak kat mana...kalo adik aku mau aku debik kat situ gak...nasib baik anak orang...oleh yang demikian aku berjanji pada diri aku sendiri...disebabkan aku tau betapa sakitnye hati kalo menunggu lelama ni, aku tak suka orang tunggu aku...biar aku tunggu orang...teringat kata-kata sahabat @ abang @ sa udara aku iaitu Almarhum Helmi,"aku x suka orang tunggu aku, biaq pi aku yang tunggu depa"...aman dunia kalo semua pegang prinsip mcm dia...

ET:Kursus utk Kawen  

Posted in , ,

last wiken aku berjaya juga mengikuti kursus pra perkahwinan islam dgn jayanya...setelah berjaya mempengaruhi mengajak sahabat baik ku CMK utk jadi peneman & mendahulukan byrn yuran sebnyk RM80 utk beliau(gle keji taktik)...wlpn beliau buat masa skrg blom ada calon yg sesuai haha...x lama ada lah tu...anyone?

*tmpt dimana kejadian itu terjadi*

kisahnya dah lama pttnya g kursus ni...kalo g time kat sintok dulu sah2 dah lama setel bab ni...murah pon murah time tu kalo x silap RM40 jek(murah tuu!)...konon2 time tu bz dgn kelas la, kisahkan sgt kutukan kawan2 la"ek eleh,ko gatal nak bernikah dah ke?"...yg sudah tu sudah jon!...

*view dewan kursus-no aircon*

kehadiran hari tu ramai juga,100++ peserta...ada yg dtg btol2 solo mcm CMK, ada yg dtg solo tp dah berpunya, ada yg nak kawen bln 8 nnt(ct zuhara my ex-skool mate), ada yg dtg dgn tunang/awek/balak memasing...memula agak tertekan juga apabila membuat analisis umur peserta yg dtg "aku ke yg paling senior ni?"...x lama lps tu ada juga sorg peserta yg lahir thn '66 *fuhhh selamat!*...
*makan time*

kajian awal dgn sahabat2 yg dah pegi mengenai kursus ni semuanya memberi rating yg sama iaitu 21sx...tp stlh mengikuti kursus ni aku agak kecewa...xde la lucah terbuka sgt pon penceramah bercerita...mungkin disbbkan bbrp faktor...teori aku:
1) tentatif yg pelik-ada ke cte bab cerai dulu pastu baru cte psl prosedur nak kawen?
2) usia salah seorg penceramah yg agak muda-pengalaman lucah x bnyk lg
3) mlm sblmnya mereka terlibat dlm operasi mencegah jenayah syariah-faktor kurg tidur kot(siap kami tgh kursus nmpk yg kantoi naik pajero jbtn agama)

*sijil idaman malaya*

walaubagaimana pun syukur alhamdu Lillah aku berjaya mendptkan sijil yg diidam2kan *woohooo*...baru la boleh isi borg 1 dah ada sijil ni...mmg nawaitu utama aku g kursus psl sijil ni pun...sama kot mcm 99.9% peserta yg lain

kpd korg yg blom lg ada sijil ni jgn tggu lg...sila daftar di pjbt agama@tmpt yg menawarkan kursus yg berdekatan skrg!...dgr2nya diorg nak extend jangkamasa kursus smpi 5 hari & byrn dijangka smpi RM200...gle ah ding dong!(tp x tau la rumours ni dicipta berikutan sambutan mengikuti kursus yg menurun)...2 hari pon dah meroyan to the max

20LEgend - part 2  

Posted in , ,

*sambung sket lg ek...
Report by Nick Judd (29/06/2008 17:50)

Part 2: The Solskjaer story

Part Two of Inside United's look back on the life and times of Ole Gunnar Solskjaer, in appreciation of his glittering 11-year, 126-goal Reds' career…

CAN SCORE FOUR, TOFFEES
Few players ever score four in a game, fewer do it twice in the space of nine months. United were one down against Everton in December 1999, but levelled quickly through Denis Irwin. Then the fun began. Two minutes after the equaliser, Ole had put United ahead. Racing past David Weir he slid the ball past Paul Gerrard’s despairing dive to watch it trickle over the line. Minutes before half-time and deja vu, Everton let United through again. Solskjaer – one on one, following a brief catnap from Weir – duly made it 3-1. Three became four when he converted Irwin’s cross for his hat-trick – completing the rout when he tidied up the mess Gerrard left behind following Giggs’ run and shot.

CENTURY BOY
We’d come a long way from ‘Ole who?’ Seven glorious years, in fact. Ironically, given his precision finishing, there was some doubt about when his 100th goal in Red had actually arrived. “After the Bayer Leverkusen game (November 2002) I was told UEFA wanted to give the goal to me, but took it away because my shot would probably have gone for a throw-in,” he remembers. “Well, it wasn’t that bad, but it wasn’t on target. So officially the one against West Brom [January 2003] was the 100th. To me though, it doesn’t really matter which is the 100th goal or the 99th. A goal is a goal.” Such modesty.

THE COMEBACK KID
An emotionally charged scene on a rainswept, south London night in August 2006: the game against Charlton was already in the bag, but United’s travelling fans celebrated the third and final goal like it was 1999. Their hero was back. Ole had scored for the first time since April 2003 (against Panathinaikos) and shared the love-in with United’s fans in Charlton’s Jimmy Seed Stand. “After three years out it was great for the fans, for the players and the supporters,” Sir Alex Ferguson said in the post-match after-glow. “Ole is a player who has persevered in trying times and he has never lost faith that he would get his repayment one day.

OLE HANGS UP HIS BOOTS
“When my knee flared up in training it made the decision for me, because it means that I wouldn’t be able to play at the level I want to for this club,” Ole admits. “I also have to think about my long-term health as well. When I was out for so long before, it was always my ambition not only to play again and pull on the United shirt, but I also wanted to lift the Premier League trophy. That was my big dream. So, in that sense, last season was a fantastic experience for me and I’m glad I was able to enjoy that.” Amen.

THE BEST OF THE BEST?
So many highs, but the Nou Camp aside, which was the peak? Talking to this magazine in 2003, Ole revealed putting one over against the old enemy is always special. “My debut was a big moment, as was the first time we won the league after I arrived. The FA Cup final [in 1999] is a special game. The FA Cup match against Liverpool in the Treble season was a good one, too. The 3-0 away win in Juventus was amazing. That night will always remain special, we scored at crucial times.” So, all in all, it’s fair to see he enjoyed himself.

OLD TRAFFORD
Ole may be gone – on the pitch at least – but his legend, and his Red flag will fly high, in the stands, and in his heart. “Europe’s great stadiums all have a different feel about them but Old Trafford is home, and that’s special,” he said. “I feel at home at Old Trafford, I really enjoyed playing here, and I’ve never been scared of walking out and playing in front of those huge crowds, because they always want us to do well. For me, there’s nowhere like Old Trafford.”

THE UNITED EXPERIENCE
We’ve done the maths: 216 starts, plus a further 150 substitute appearances, makes 366 games and a fantastic return of 126 goals – Ole strained every sinew for the United cause. “I think I can say I’ve given my all, given everything I could as a player to Manchester United. I’m proud to have been a part of this fantastic club, and played under such a brilliant manager. I’ve also played alongside some great players and made some great friends here. I’ve had some fantastic experiences that are too numerous to just list here and now.”

RED ARMY LOVE-IN
“The fans have been magnificent,” says Ole. “The people of Manchester and the club’s fans all around the world have given me a different perspective of how passionate people can be about football. I really have to thank the fans a lot because they have always supported me, not only when I was on the pitch, but also in the more difficult times when I was coming back from injury. It’s strange to think that I’ll be an old man, and I’ll be meeting United fans, and they’ll still want to talk to me about that goal. I always get asked questions like: ‘How did it feel? You were the one who won it…’ It wasn’t me who won it, the team won it, it wasn’t my touch, it’s what the team did over the season… but never mind.”

AND, FOR MY NEXT TRICK
In May 2008, Sir Alex revealed that Ole would take charge of United's Reserves from the start of the 2008/09 season. “I’m very excited about working on the other side of the line," he said. "It will be very challenging, which is important, and I’m pleased I’ll make my first steps into coaching at this club. Whenever I’ve thought about coaching I’ve always wanted to work at United, it feels right. But you never know if you’ll be wanted, so when the manager told me there might be a place I was absolutely delighted.” The feeling is mutual.

jon says...
good bye United legend...u'll be missed...beliau menerima tugasan baru di United, dipertanggungjawabkan utk mengurus pasukan simpanan...semoga beliau terus berjaya dlm hidup & thanks for the memories...who puts the ball into germans net?

20LEgend - part 1  

Posted in , ,

*warning-intro ini agak(memang) panjang & dibahagikan kpd 2 bahagian...jadi boleh la kalo nak bancuh air dulu...tribute aku utk seorang lagenda United

Report by Nick Judd (29/06/2008 17:40)
extracted from United site


Part 1: The Solskjaer story

Inside United looks back on the life and times of Ole Gunnar Solskjaer, in appreciation of his glittering 11-year, 126-goal Reds' career…

‘OLE WHO?’
It was the phone call Age Hareide had been dreading. The Molde boss knew how good Ole Solskjaer was, the question was when – not if – the big clubs would come calling. "Sir Alex phoned me up a lot to get my opinion on players in Norway," Hareide said. "He knew I knew the English scene and wanted my views on certain players and how they might do in England. Then, finally [July 1996] came the day when the call was about one of my players. Sir Alex asked about Ole Gunnar. I knew we’d miss him badly, but you can't stand in a player's way when Manchester United come along. "I told him: `You've got to sign him.' And he did. United got him for £1.5 million! I think they owe me some money considering what they got!”

FIRST AND LAST
For Ole and United, it was love at first sight. Little hoopla surrounded his move, but that changed fast. The first indication we’d got ourselves a baby-faced assassin came at Oldham’s Boundary Park, Ole bagging both in a 2-0 win for the Reserves. Then, days later, he came on as a substitute, with United trailing Blackburn at Old Trafford. Entering the fray in the 64th minute, he equalised just six minutes later to preserve an unbeaten 32-game home streak in a 2-2 draw. He hasn’t forgotten either occasion. “Both those matches are firmly stuck in my mind,” he said. “It was a very proud moment to be wearing the Red shirt for the first time, even if it was only a Reserves fixture. To then score at Old Trafford was so special. I’ll always treasure the memory of those two matches.”

DON’T LEAVE US THIS WAY…
You don’t become United’s top goalscorer in your first season without having other clubs swarm round you when you’re not in the team. In 1997/98, Ole was linked with a host of Europe’s finest, and our worst fears almost came true. Thankfully, he knows his own mind. "I remember talking to my agent a lot about a move to Spurs and he said I was the most stubborn player in the world," he recalls. "The two clubs had agreed a fee – I’ve still got the fax at home! It would have been easy to be pressurised into something like that, but I didn’t want to go and the manager kept telling me I’d get my chance, and he was true to his word. It was the pride of playing for the best club in the country. I wanted to be part of that.”

FIRST AMONG EQUALS
Ole came to win trophies and, after nine months, 33 starts and 18 goals had not only finished the campaign as United’s top scorer (19 all told), he had his first Premiership winners’ medal. “It was the first time I’d won anything in football, apart from an under-11 or under-12 district championship,” he recalls. “That Tuesday was wonderful, when I sat in front of my telly and watched West Ham versus Newcastle and Wimbledon’s clash with Liverpool. Ronny [Johnsen] called after the final whistle – we stood there screaming at each other like madmen. It was marvellous. I wanted more of that wonderful feeling.” And boy, did he get it…

TAKING ONE FOR THE TEAM
With just four games left of the 1997/98 campaign, a United win against Newcastle was paramount to keep a Red-hot poker up Arsenal’s backside. Most fans remember the game – a tough 1-1 draw – for another iconic moment fresh from the bench, but of an X-rated variety. Having come close to scoring a dramatic winner, Ole’s goalbound effort beating Shay Given before it was blocked on the line by Nikos Dabizas, Rob Lee broke free for Newcastle with the game almost up. A goal would have virtually handed the Gunners the title. Ole tracked back with the determination of a greyhound on speed and took Lee out of the game with a challenge best described as agricultural. Out of character, sure, but desperate times call for desperate measures. As Uriah Rennie branished a straight red card, the TV camera caught Ole mouthing the words, “I had to do it,” to David Beckham. He knew what his challenge did for the side’s slender chances of catching Arsenal and retaining the title – and we’ve never forgotten it.

BACK IN THE WINTER OF ‘99
“It is my dream to score against Liverpool. My dream would be to score the winner in a 1-0 victory in the 90th minute at Old Trafford.” Ole’s dream came true – if the scoreline was slightly askew – on a memorable afternoon in January 1999 of the Treble-winning season. Liverpool led 1-0 through Michael Owen’s goal and, despite huffing and puffing, we couldn’t bring the house down. As Liverpool’s celebrations began to get into full swing, with two minutes left, Dwight Yorke levelled the scores. Shredded nerves restored, silence in the away end. Then pandemonium everywhere else. The 90 minutes were up when Ole swooped for a late winner – once again he was the opiate of the people, fully five months before repeating the feat in the greatest comeback since Matt Busby and the boys of ‘68.

FOUR-MIDABLE
Hat-tricks anywhere these days are about as frequent as long-serving City managers, but Ole could make the task look easier than shelling peas. Against Nottingham Forest on 6 February 1999 he executed as deadly an example of finishing as you’ll see. He not only scored four goals, he did so in the 19 minutes available to him. "Good job they didn't put him on earlier," mused Forest boss Ron Atkinson. So nonchalant was Ole’s performance, he looked almost embarrassed. The 8-1 – yes, 8-1 – remains the Premiership’s biggest away win.

NOU ORDER
While the rest of us panicked, crossing what remained of our gnawed fingers, Ole was the calm at the eye of the Nou Camp storm. He was in the know, y’see. “It’s hard to explain, it was just a feeling,” he said of that staggering Treble-clinching climax. “It’s about positive thinking, maybe; you always visualise yourself scoring, so perhaps that’s all it was. But it was a little bit of a stronger feeling. I don’t know why. The goal? It’s one of those that you score one time out of five if you’re lucky, because you haven’t practised that finish. You just do it, you guide the ball on. More often that not it goes over the bar or it's cleared by the man on the far post. There were so many things that could have gone wrong with that finish… it was just instinct.” Killer instinct.

چوبأن اونتوق منوليس جاوي دالم بلوڬ  

Posted in

توليسن جاوي اداله توليسن اصل بڠسا كيت...جك چينا بربڠڬ دڠن توليسن اتس باوهڽ دان اينديا دڠن توليسن سيمڤولڽ اڤ حال ڤولاق ملايو برتوليسن رومي؟...رومي تو كن اصل دري روم، روم تو كت مليسيا ك؟...تق ك ڤليق تو؟...اين سموا "جاس" خير جوهري سماس ممڬڠ تڠڬوڠجواب سباڬاي منتري ڤلاجرن سواتو كتيك دهولو...سديكيت دمي سديكيت ملايو هيلڠ ايدينتيتي اصل مريك...واهاي اورڠ-اورڠ ملايو، باڠونله دري تيدور يڠ لينا دان ميمڤي يڠ تق كمانا...

Selamat kembali adik-adikku  

Posted in

entri ini khas utk adik2ku yg bakal kembali utk meneruskan pengajian stlh lama bercuti...ada yg menghabiskan cuti dikampung membantu kerja2 mak ayah mereka, ada yg bekerja utk meringankan tanggungan mak ayah, ada yg menyumbang tenaga utk bangsa,agama & negara dsb...semoga cuti yg lepas dimanfaatkan...papepun yg sudah tu sudah...utk sem yg baru ni kembali dgn semangat yg lebih lagi utk menyambung misi mendapatkan pengiktirafan yg sepatutnya...

bg yg sambung ke 'tapak semaian' lain semoga dpt menyesuaikan diri...mmg confirm x sama dgn kat sini...nama pon lain ye x?...xkan lak tmpt tu kena berubah utk disesuaikan dgn korg, korg la yg kena menyesuaikan diri...apa yg korg dpt kat sini(kalo ada la) x cukup lg...jgn buat pandai2 lak kt tmpt org, tersungkur nnt...

result xm sem lps camne?...yg mana dpt DL tu tahniah(sambil salam2), kalo blom dpt tu x reti2 nak usaha lg lebih?...korg boleh punya, cayolah ckp den...buat post-mortem utk sem lps...mmg ada silap kat mana2...kalo cari insya'Allah jumpa...dah jumpa tu perbaiki k

ari2 ada tn ydp dtg umah & kitorg bincang xtvt utk sem dpn...sem dpn mmg bnyk xtvt yg menarik utk korg...antara yg menarik-bengkel teknik belajar & kem bina insan...OYD(oleh yg demikian) marilah bersama2 kita berganding bahu memantapkan perpaduan sesama kita...jgn ada yg buat hal memasing k...kesian kat beliau yg penat2 nak soh kita bersatu

Azhan Athan  

Posted in , ,



jon says...
dengarkan nyanyian dari hati seorang yg matanya kurang jelas melihat tp celik jiwanya mentafsirkan sesuatu...menusuk beb...bak komen farihin terhadap beliau slps itu, "apabila tauhid tersentuh maka tiada komen lg"...

senegeri dgn kep & anys nih ;)(johor)...

inilah 'makanan' yg kita dahagakan selama ini, bukan AF DYSD(dan yg sewaktu dgnnya)...sama-sama kita sokong benda yg lebih 'into' utk jiwa kita...baekk punya candu

dipersembahkan pada konsert ke-2 akademi nasyid yg sedang hangat di TV9

kalo korang terdetik dihati "bestnya dia nyanyi,kalo ada mp3 best nih"...jgn susah hati, aku dah siap convert khas utk korg...

klik link dibawah:
Azhan Athan - Kepadamu Kekasih (host by Ziddu)
http://rapidshare.com/files/126717832/Azhan_Athan_-_kepadamu_kekasih.mp3


utk persembahan beliau pd konsert sulung:
Azhan Athan - Kau Yang Satu (host by Ziddu)
http://rapidshare.com/files/126718685/Azhan_Athan_-_kau_yang_satu.mp3


pe lg, recharge bateri anda skrg!

Bukan, bukan pasal tu  

Posted in

Bukan Kerana Nama
Artist: Ramli Sarip, Feat: A Romzi

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

jon says...
ya betul, aku menulis bukan sbb nama...sbb tu aku x letak nama aku kat sini haha...boleh dikatakan lirik lagu ini melambangkan 99% kenapa aku berblog...kena lak dgn sore abg ramli sarip yg xde tandingan itu mmg menusuk la lagu ni...kudos to penciptanya tp sape ek?...dah cari tp lom jumpa info itu...sape2 yg tau sila la kongsi