Kembali ke Budu. Boss call tadi beritahu detail pegerakan mereka dari MIMET. ETA 5 or 6pm tapi berdasarkan makluman awal harus lajak ke malam. Takpelah, janji selamat sampai. Sempat le aku mendelete berbondong-bondong email yang selalunya aku lakukan sebagai akiviti harian. Selama di sini terlepas 2 perlawanan penting United. Takpelah yang penting kedua-duanya berakhir dengan kegembiraan. Mujur ada sahabat yang sanggup membekalkan info. Menyesal? Tidak juga. Apa yang dapat di sini berganda-ganda nilainya. Ye ke dapat? Haha...perasan.
KBI esok start awal. Pukul 9 pagi dah lapor diri. Selalunya awal petang. Apa yang nak diisi secara kasar sudah dalam kepala kerana KBI Bukit Beruntung baru je lepas. Tinggal tambahan slot pagi sahaja. Masa UMP datang aritu ada empangan & alas board yang belum selesai. Mungkin mereka boleh menyiapkannya. Kalau tak sempat tinggal aje pada UiTM sejagat yang akan turun.
Pasal program UiTM punya la ting-tong kebabom aku dengan barisan so called penggerak. Bukan program meraikan perkahwinan aku. Yang tu pun tak ramai yang turun aritu. Apabila timbul dugaan ternyata kepentingan umum tidak didahulukan. Masing-masing mahu melepaskan diri sendiri sahaja. Baru la sikit dah bertindak macam tiada pegangan.
Yang mana tiada pun takde disampaikan maklumat. Alhamdu Lillah, terima kasih Tuhan, sesungguhnya Kau telah perlihatkan sejelasnya mereka yang hanya layak berada di barisan belakang sahaja. Takat bancuh-bancuh air boleh la. Tidak la pening kepala lepas ini.
2 minggu 4 program 10 hari. 1 alhamdu Lillah sudah selesai. 2pm sebentar lagi sampai lagi 1 dengan kehendakNya. Maka itulah sebabnya ini dan itu agak jauh jaraknya. Maaf jika sesetengah harap tidak tertunas. Semua pun sedang sibuk benar. Siapalah kutu ini hendak ditanya khabar.
PENAFIAN
Tulisan dalam blog ini merupakan pendapat peribadi blogger semata-mata justeru tidak ada sebarang bentuk kaitan dengan apa-apa jua organisasi luar & dalam negara. Blogger tidak bermaksud mempertikaikan, merendahkan, malah menghentam mana-mana pihak di dalam tulisannya. Segala komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pengomen. Blogger tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari blog ini.
penegasan fakta
Makanan Jiwa
كات-كاتمو
ڤندڠله اكو.. اكو له دي
I serve Myself
Sort by labels
- akademi nasyid
- auto
- candu
- cartoon i like
- cerita
- cerita dulu-dulu
- donlod
- ET
- gadjet
- gambar
- game
- good article
- jokes
- kata-kata
- kawin
- kiasan
- kontroversi
- kursus
- lagu
- legend
- lovin' it
- merepek
- missing person
- revival
- SEX(self expression)
- shorties
- special announcement
- surat terbuka
- tech
- ucapan
- united
- video yang aku suka
- xpdc
- xtvt