20092009  

Posted in

Saat & ketika aku terjaga dari mimpi yang panjang
Segala yang zahir di mata tampak indah
Benarnya dimensi spektrum membiaskan cahaya putih suci
Mana pergi janji-janji?
Mana hilang kidung berapi yang acap teriak dari dalam diri?
Kata kau gagah dengan amanah
Perasan kau hebat dengan hakikat
Datang ia dalam panca lembar luahan hati adinda
Selama mana disimpan penuh rahsia
Esak bukan sekadar rajuk rupanya
Menuntut aksi pantas sang panglima
Bangkitlah semangat yang dahulu pernah membakar
Terima kasih kerana membuat ku sedar.

This entry was posted on 2009/09/22 at Tuesday, September 22, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ppl left their mark

Post a Comment