Dahulu kita duduk di bahagian belakang. Orang di hadapan kita nampak sayup je. Orang hadapan gerak ke kiri kita ke kiri, kalo ke kanan kita ikut juga ke kanan. Mana yang boleh ikut, ikut. Mana yang tak percaya saranan orang depan supaya ikut je dulu, mula la menyimpang. Orang suruh berhenti dia jalan, orang suruh jalan dia nak rehat pulak. Macam la ko nampak ada benda kat depan dengan kedudukan dia yang nun jauh di belakang. Mana tau ada najis lembu ke kat tengah jalan makanya untuk kekal bersih kena la ke tepi sikit. Nak langgar pun takdehal tapi kena mencuci la pulak lepas tu. Kalo lambat cuci makin susah nak tanggal.
Sampai masa kita kena beransur-ansur ke depan. Ada yang laju, ada yang slow-ikut cc. Kot mana pun jangan sangat. Nanti letih takpun bosan tak sampai-sampai. Nak sampai ke depan bukan senang macam makan kacang kuda dah siap rebus. Suap, kunyah & telan. Nak telan terus pun boleh kalau anak tekak besar. Mesti kena lalu pelbagai ujian & cabaran. Dah lepas satu ujian naik satu tahap. Besar mana ujian besar itu la tahap kenaikan. Mana yang sangkut dok situ la takpun yang lagi malang terus keluar barisan. Lagi satu apabila bergerak ke depan patutnya kena la bertambah ilmu serta pengalaman. Benda tu yang kita nak pakai apabila beransur mara. Benda tu yang kita nak tunjuk ajar pada orang yang mengambil tempat di belakang pula. Jadi orang yang di belakang ketika itu tak boleh nak cakap banyak sebab kita pernah berada di tempat itu dulu. Been there done that. Baru la kita dihormati kerana bercakap atas dasar lalu bukan retorik semata-mata.
Sampai masa kita kena berada di hadapan peranan sudah bertukar. Dari sekadar pengikut sebagai pemimpin untuk memandu orang yang berada di hadapan kita. Tidak boleh lagi sekadar ikut-ikutan. Kena betul-betul faham apa yang kita buat. Bukan senang nak jadi orang yang di hadapan. Besar benda yang wajib kita kena tanggung di sini & kena menjawab pula di sana kelak. Dahulu mungkin sekadar memenuhi luang masa sekarang tidak dapat tidak kita kena pula meluangkan masa. Dalam situasi masa yang terhad akan timbul situasi di mana kita kena memilih pula mana satu yang lebih penting. Sepatutnya apabila berada di hadapan kita sudah nampak jelas lokasi mana kita nak bawak orang di belakang kita. Masakan pemandu yang tidak tahu destinasinya dapat meyakinkan penumpang supaya sama-sama mengikut. Kisahnya, kita kena sentiasa maju sesuai dengan peranan kita. Ilmu Allah ini tidak akan habis sampai bila-bila. Jangan sesekali perasan dah tahu segala. Makin lama makin banyak benda yang kita tak tahu sebenarnya. Kautlah sebanyak mungkin untuk kita lebih mengenal diri bagi mengenal Dia. Sampai masa kita tetap kena balik & harapnya kita dapat balik dalam keadaan sempurna sebagaimana yang telah diamanahkan buat kita untuk menjaganya.
This entry was posted
on 2010/05/20
at Thursday, May 20, 2010
and is filed under
SEX(self expression)
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.