PERBEZAAN DI ANTARA ADAM DAN HAWA  

Posted in

Sememangnya lelaki dan wanita dua makhluk tuhan yang berbeza. Bukan sahaja dari segi fizikal dan mental, tetapi juga dari pemikiran mereka. Hal inilah yang membuatkan lelaki dan wanita saling melengkapi. Namun, sebelum mereka saling melengkapi, mari kita selidik apakah yang membuatkan mereka begitu berbeza…

1.NAMA
Jika Anita, Laila, Aishah dan Sarah keluar makan, mereka akan tetap memanggil Anita, Laila, Aishah dan Sarah di antara sesama mereka.

Jika Adi, Syahril, Lutfi dan Faiz keluar makan, mereka akan memanggil boroi, raksasa, hitam dan panau di antara sesame mereka.

2.MAKAN DI LUAR
Apabila mendapat bil, Anita, Laila , Aisyah dan Sarah akan mengeluarkan duit cukup-cukup dengan jumlah total bil.
Apabila dapat bil bayaran, Adi, Syahril, Lutfi dan Faiz akan mengeluarkan RM10 seorang walaupun jumlahnya berharga RM40.25. Tiada di antara mereka yang akan mengeluarkan jumlah sen tersebut.

3. DUIT
Lelaki akan bayar berapa sekalipun duit jika sesuatu barangan itu menjadi idaman hati. Walaupun mahal, mereka pentingkan kualiti lebih daripada harga.

Wanita juga sanggup mengeluarkan duit dengan banyak apabila berbelanja. Namun, mereka akan bayar lebih dan ia bukan pada barang yang diinginkan pun. Hal ini hanya akan terjadi apabila tiba waktu jualan murah.

4. BILIK AIR
Lelaki hanya mempunyai 5 BARANG sahaja di dalam bilik air mereka iaitu berus gigi, pencukur, krim pencukur, sabun buku dan juga tuala mandi.

Wanita secara purata mempunyai hampir 328 barang di dalam bilik air mereka. Secara puratanya juga, lelaki hampir tidak mengetahui apakah barang tersebut dan tujuannya.

5. PERTENGKARAN
Wanita sering ada sahaja kata-kata akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku. Ala-ala kesimpulan kepada pertengkaran itu la..

Lelaki pula, sering menambah pada kata-kata akhir wanita itu dan apa yang tidak di sangka, ia akan menjadi permulaan kepada pertengkaran yang baru!

6. KUCING
Wanita memang cukup suka dan sayangkan haiwan kesayangan Rasulullah ini. Lelaki? Mereka akan cakap mereka sayangkan kucing dan jika wanita tidak memandang, lelaki akan menyepak kucing itu.

7. MASA HADAPAN
Seorang wanita amat risaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang suami,

Seseorang lelaki tidak pernah risaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang isteri.

8. KEJAYAAN
Seorang lelaki yang Berjaya dapat membuat duit dengan jayanya untuk dibelanjakan oleh isterinya.

Seorang wanita dikatakan Berjaya apabila mendapat lelaki seperti diatas itu!

9. PERKAHWINAN
Seorang wanita berkahwin dengan mengharapkan lelaki itu boleh berubah, tetapi malangnya si dia tidak akan berubah.

Seorang lelaki berkahwin dengan wanita dan mengharapkan wanita itu tidak berubah tetapi malangnya si dia akan berubah.

10. BERGAYA
Seorang wanita akan bergaya apabila mereka keluar shopping, membuang sampah, menyiram bunga di halaman, mengambil surat di peti surat serta ketika menonton tv.

Seorang lelaki hanya akan bergaya ketika di majlis perkahwinannya sendiri sahaja!

11. SIFAT SEMULAJADI
Seorang lelaki apabila bangun pagi, rupa mereka semua sama seperti waktu petang dan juga waktu sebelum tidur. Gaya mereka memang tidak terurus dan begitu jugalah setelah mereka berkahwin.

Seorang wanita pula, cantik rupanya apabila keluar di waktu pagi, petang dan malam. Lagi terserlah kecantikannya apabila mereka bangun dari tidur!


Nota Kaki: Nape? tak percaya? Mesti ada yang tak setujukan? hehehe luahkanlah ya...jangan simpan2 dan jangan marah2 nanti cepat tua...Hanya bergurau semata2.

This entry was posted on 2011/06/07 at Tuesday, June 07, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 ppl left their mark

1. Kalau yang panggil sayang, darling, dear etc..?wowo~

2.Jarang makan luar. Mak masak lagi sedap.

3.Hal itu takkan terjadi walaupun ade jualan murah.[sebb i mmg selalu kering]

4.Bro, kalau ade berus gigi, haruslah ade ubat gigi kan. So, 6 barang dan kalau boleh, sila senaraikan 328 barang wanita tu. Isy isyh isyh..sapelah wanita bertuah tu.

5.Erk.. Tak perasan la plak.nanti check balik.

6.I suka ikan.

7.Nak tunaikan harapan bunda. :-)

8.Bila la nak berjaya ni...? wiwi~

9.Saya tak kawen lagi, jadi tak bleh comment.

10.Erk..tengok tv bergaya mcm mana tu..? gaya bebas..?kuak lentang..? Omak den siram pokok bungo pakai kain batik jo. Omak den la..

11.....Saya cantik... TQ~~

June 8, 2011 at 1:06 AM
Anonymous  

i like!ptt la xder lg rase kerisauan dihati ni..hahaha

June 12, 2011 at 2:14 AM

Post a Comment