Bas  

Posted in , ,

Bas ini adalah yang paling canggih. Tiada bas lain yang setaranya dari dalam mahupun dari luar negeri. Suatu ketika bas ini menghilang sekian lama. 1 generasi juga menunggu seorang pemandu yang betul-betul layak untuk mengambil alih dari penjaganya. Penjaganya cuba juga untuk membawa tapi tak sampai ke mana. Memang dah begitu kerana dia memang sekadar penjaga, bas ini terlalu canggih untuk dia.

Maka bergeraklah bas ini ke sebuah destinasi pasti. Dek kerana bas yang terlalu canggih sehingga tidak terjangkau dalam kotak pemikiran sekeliling ketika itu, tak ramai yang mahu menaiki. Mereka lebih selesa dengan bas yang diimport dari luar. Bas ini lagi canggih kata mereka. Mana ada bas buatan kita yang dapat menandingi. Begitulah pekat & tebalnya stigma tinggalan penjajah beratus tahun sehingga menghakis keyakinan diri sendiri. Sehingga pejuang dahulu dicemuh bagai tiada harga diri.

Dari sebuah bas berkembang menjadi banyak. Namun hala tuju tetap sama cuma apabila semakin ramai yang mahu menaiki, setiap tapak kena memiliki bas mereka sendiri. Bas ini pula bukan boleh suka-suka dibawa. Tetap ada badan agung yang memantau setiap pergerakannya kerana GPS sudah tersedia.

Apabila ada bas kena ada pemandunya baru bas itu berguna kerana bas itu fitrahnya kena bergerak dengan membawa ramai. Bukan cerita naik motor sorang-sorang nak ke sana. Lantak la orang lain, janji aku sampai. Bas yang statik menyongsang fitrah. Selalunya diubahsuai menjadi sesuatu yang lain setelah kemampuan untuk bergerak sudah tiada. Jadi untuk memandu bas yang canggih ini bukan calang-calang kerja. Bukan kepalang persediaan & persiapan yang kena ada.

Yang pertama si pemandu kena jelas destinasi yang nak dituju. Penumpang kena diberitahu sejelas-jelasnya. Siapa yang ingin menyertai perjalanan sekiranya pemandu masih tergaru-garu. Gila, kau nak bawak aku ke mana? Apabila penerangan si pemandu kurang jelas mula la penumpang beralih kepada bas yang lain. Rugilah bas yang canggih, luas & selesa jika tidak dipenuhkan dengan penumpang yang sebenarnya memang nak turut sama menuju ke destinasi pasti.

Seterusnya bas ini kan canggih. Paling canggih antara yang banyak. Tiada tara antara yang lain. Makan si pemandu kena lah turut canggih sesuai dengan kelengkapan yang tersedia. Bayangkan jika pemandu melihat si pemandu asyik membelek buku manual sewaktu membawa. Butang yang mana satu untuk menghidupkan wiper tatkala hujan pun teraba-raba. Tidak mustahil penumpang akan menekan loceng kerana tidak yakin akan sampai. Silap naik bas sangkanya.

Akan disambung lagi...

This entry was posted on 2012/08/11 at Saturday, August 11, 2012 and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 ppl left their mark

Anonymous  

ada typing error yg agak mengelirukan

August 23, 2012 at 2:04 AM

terima kasih, tp kat mana ek typo tu? Harap dpt membantu.

August 23, 2012 at 8:33 AM

Post a Comment