Kad Jemputan-road to perfection  

Posted in ,

*phewww*

Sneak preview(apa ntah dlm BM) kad jemputan aku nanti. Dihasilkan oleh seorang pemuda yang berbakat besar dalam bidang grafik namun beliau lebih suka untuk menenggelamkan diri seumpama batu bukan sabut. Puncanya bermula ketika sehari berusia bergelar tunangan berjumpa beliau di Melaka. Dalam dewan yang besar agak panas aku menyatakan hasrat untuk memohon sumbangan idea & tenaga. Mungkin nada pada ketika itu yang agak berseloroh beliau mengambil masa untuk memproses permintaan. Hanya setelah cubaan ke-2 melalui seorang adik wanitaku barulah beliau menghubungi. 

Panjang jua prosesnya utk menghasilkan. Yang paling bertangguh ketika melakar peta. Macam-macam kejadian berlaku. Kebetulan Atan mendapat percuma GPS maka dipinjam untuk mengetahui koordinat lokasi kejadian nanti. Jadi korang jangan risau, siapa yang ada GPS insya'Allah lebih mudah dipandu. Seboleh-bolehnya dipermudah untuk semua. Jangan diberitahu koordinat itu pada Israel pula.

Kad ini bakal dicetak di seberang atas faktor kos & tempahan minima. Aku pun nak standard CT, Mawi dan orang ternama. Janjinya sebelum hari ini berlabuh sudah perlu diemail pada Nabil JBLC. Semoga urusan dipermudahkan & hujung minggu ini sudah boleh diedar kepada semua. Jadi nantikan kad berwarna emas ini dalam seminggu dua. Ku pesan awal-awal, tidak memungkinkan untuk dapat semua. Akan dipenamakan atas zon masing-masing. Itu sahaja yang mampu dilakukan, harap semua dapat sama memeriahkan keraian ke-2 aku.

*comot je edit dek aku, kalo tawaw edit mesti lawo...

This entry was posted on 2009/02/10 at Tuesday, February 10, 2009 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

19 ppl left their mark

ohoo mao kawen suda? :P congratz!!

February 10, 2009 at 8:18 PM

tenkiu2...jemput la dtg nnt, bwk kopok leko banyok2

February 10, 2009 at 8:26 PM

wah2...dah tak lama lagi..wiwit~

tahniah~

bla tarikh utk disatukan tu? =)

February 11, 2009 at 3:59 AM

makin dekat makin cuak neh

tq2

kenduri sblh sana on 14th, sebelah abg 21th...korg kena datang taw

February 11, 2009 at 7:10 AM

alamak...
21hb tu ktorg bdk2 kemahiran ada kelas teori..
USR - teori 28 feb, praktikal 1 mac
buat kat UTP

mgkin yg lain bole pegi kalo xda halangan...tapi hajat di hati tetap terasa nak memeriahkan majlis...huhu~

February 11, 2009 at 12:10 PM

semua ni dlm bulan mac...sori x state td

February 11, 2009 at 12:48 PM
Anonymous  

Sy nk kad 2 smpi ke umah.. klu x majuk..hehehe

February 11, 2009 at 12:56 PM

ok aloh, ngengade la ko alan...bisnes ikan camne?

February 11, 2009 at 1:00 PM

mmg comotje editnye, hehehe.. ish2, 21 mac ada test praktikal di uum le jian.. huhu.. tgkle cemana nnt, ada rezki insyaAllah (eh, sy ni dijemput ke x tah? ye ye je.. hehehe)

February 11, 2009 at 1:14 PM

tu le psl, x upaya dah...nak buat mcm mn...kepentingan perkumpolan lebih tinggi...x dpt 21,14 pun ok...eh, semua dijemput...cuma kad saja yg x siap lg

February 11, 2009 at 1:19 PM
Anonymous  

nasebek la ada masalah tak dapat dielakkan, kalo tak USR zon utara buat kat jerantut. haha



saya tak de la sehebat designer kad nih.. encit rafizi memang hebat. he

February 11, 2009 at 4:05 PM

owh...kalo bln mac..insyaAllah bole diusahakan...huhu~ =)

February 11, 2009 at 4:53 PM

tawaw~mau ngamuk abg chot, tp makan aku sponsor huhu...

dyana~yeah, usaha tangga kejayaan

February 11, 2009 at 6:26 PM
Anonymous  

Keraian ke-2? Komen sikit abang John...

February 13, 2009 at 6:47 PM

ye adik roy, semasa lahir, kawin & mati kita akan dirai

February 13, 2009 at 10:30 PM
Anonymous  

whewww~ kad dh cantik!emas2!kalu alan nk ke umah sy pon nk jgk nih!xdpt h/copy sy print sndiri jer!hahaha~

February 14, 2009 at 5:48 AM

sila2...tlg print pastu pass kat kawan2 kat sana ek...syukur ada org offer

February 14, 2009 at 9:12 AM
Anonymous  

uiks?
series nih bro?sy print yg real pny bleh?bkn yg edit cm ats tuh.hehehe...

February 14, 2009 at 10:09 PM

update: ada prob sket so insya'Allah this wiken baru dpt...xdela, melawak je...maklumkan pd semua ek

February 15, 2009 at 10:41 PM

Post a Comment