War Mode activated  

Posted in

Rasa yang sama kembali menghantui. Dah 2 kali pertemuan ternyata memang tiada. Gila apa 1 tahap itu sampai tiada langsung kaum berkenaan. Teorinya akibat terikut-ikut sesama yang menyalahkan perkumpolan akibat kejatuhan mata. Kononnya sem lepas terlalu banyak le masa ditumpukan pada perkumpolan sehingga memberi kesan pada proses pembelajaran. Padahal ramai-ramai tu sorang je JK. Tang tak elok bukan main lagi auto mode radar mengesan ke arah sini. Seolah tiada langsung yang memberi kesan positif pada kamu. Baru je nak berbangga dengan 100% penurunan pasca ujian. Sebab lain dengarnya akibat kecil hati masa cuti aritu. Wah, mudahnya alasan. Ingat ini persekutuan kompang kampung kecil-kecilan? Jika dapat dikesan unsur-unsur azazil masih menular, bersiap sedialah jin buragas sekalian. Kita ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Sepasang merak pun dah tiada. Entah apa angin si jantan terasa dipergunakan. Baru ada sikit kedudukan dah macam helang. Yang betina pun bangang, hukum mana yang kata kena patuh cakap tunang? Baru tunang, dah pandai untuk tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Memang berbahagialah ke akhir hayat kalian.


Buat yang mana dah meninggalkan kawasan, jenguk-jenguk la apa yang ditinggalkan. Bukan meminta sebarang balasan tetapi sekurang-kurangnya tinggallah sesuatu yang memudahkan. Pemergian korang dah merupakan kerugian. Setakat itu sahajakah tugas anda bila dah bertukar pengurusan. Kuatnya mereka kerna yang baru & yang lama masih bersatu walau lain kawasan.

Maka nada yang sama tetap berulang. Perjalanan ini masih jauh untuk dirungkaikan, apatah lagi untuk diharungi. Dengan status & kedudukan yang sudah berubah dijangka ujian itu semakin kuat. Aku bermohon pada Mu, semoga diri ini makin perkasa dengan setiap hentaman yang datang. Kerja memastikan panji-panji ini tetap berkibar megah memang bukan senang. Namun aku bersyukur, masih ada lagi panji-panji yang berkibar. Patah tangan bertopang kaki, patah kaki bersendi tubuh. Namun dilepas tidak sekali.

This entry was posted on 2009/07/12 at Sunday, July 12, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

7 ppl left their mark

Salam

Aiyooo....marah semcm je? Ade org salahkn perkumpolan sbb test kantoi?

Biarkan, diorang xsedar bahawa manusia tu ada jatuh bangunnya.

Saya pun pernah jatuh..

July 12, 2009 at 11:46 AM

encik jon nnt jgn lupa upload gmbr dewan ppmi ok :)

July 13, 2009 at 8:08 AM

Salam..

Saya mohon maaf, saya xbole jd support utk KBI UMP.

Cawangan Kedah ada program Qiamullail
sempena Israk dan Mikhraj di SP pada Ahad ini

Kirim salam pada semua peserta

July 14, 2009 at 6:45 AM

ada qiamullail kat sp. tp sy nk jugak p kbi~!! :P slmt berqiamullail consultantsam dan slmt ber'kbi' utk kita encik jon! hehe.. insyaALlah..

July 14, 2009 at 8:15 AM

kalau macam tu, jumpa di KBI. mudah mudahan

July 14, 2009 at 11:16 AM

Salam

quesersera org mana?

July 14, 2009 at 6:35 PM

sam~marah pd diri sendiri...ble mata cari yg -ve dpt yg tu je...bagi sket tips camne ko boleh berjaya...xpe,nnt ada masa smpi ko kat cni

sera~ur wish granted...sila2, jemput dtg

July 15, 2009 at 1:25 AM

Post a Comment