"For this special feat I would like to share special news. Last day, our spy mission's(not so 007) accomplished. Thanks to Him, my karomah, my hikmah & family. Not to forget doa-doa from sa'udara-sa'udara."
Doa orang-orang yang bersih ni memang gitu. Direct terus padaNya, takde KIV. Mohon panjangkan doa-doa itu untuk sa'udara yang lain pula. Lantak la Dolah dah nak masuk 3 ke, ex anak buah dah berisi ke. Dah tersurat bas diorang sampai dulu. Dah dulu tiket pun tak mampu nak beli camne nak naik bas. Kadang-kadang dah naik tapi macam-macam pula masalah. Enjin rosak la, bas 2nd hand la, tokey bas suruh turun la. Ada je musabab. Benar lemahnya aku. Nak merancang pun tak mampu, menentu usah cerita.
Jadi aku tak mau dengar ayat-ayat loser seperti,"alamak, aku tak dapat la nak gi sebab ada hal lain" ataupun "sori la, aku tak sempat la nak beli set home theatre buat hadiah". Targetnya sudah diset iaitu cuti sekolah Februari 2009. Detail akan diupdate nanti, di mana lagi kalau tak di blog macho+mantap+update ikut suka haku ni. Sempat sangat la korang menabung. Takde la nanti aku dapat water-heater-pelbagai-jenama-tanpa-stiker-sirim & set cawan sampai 10 kotak. Aku bukan demand beb, tapi alang-alang nak bagi biar aku terima dengan gembira yang maksimas. Aku tahu korang pun dah lama tunggu turn aku kan. Sebenarnya saja aku wat-wat tertinggal bas. Nak bagi korang semua established dulu. Takkan PTD nak bagi frame gambar? Apa barang...buat malu Eurocopter je. Satu lagi aku pesan siap-siap, aku tak terima sedekah.
Astro ada gak approach aku nak buat exclusive coverage ala-ala Mawi tapi aku tolak siang-siang. Takmo aku makan duit astro. Sebulan berapa orang rakyat Malaysia maki diorang kes dapat tengok bintik kuning je time ujan. Tu belum kes bil lagi. Lagipun, tak isu semasa langsung sestesen tv dengan Mawi.
Orait all, thanks for reading the 100th posting so far. Looking forward to the 1000th. Let me celebrate this feat with a good rest to recharge mine. Selamat!
This entry was posted
on 2008/11/09
at Sunday, November 09, 2008
and is filed under
special announcement
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.