Masa yang menggila
Hari-hari terakhir sebelum ke ibu kota. Dalam jadual ada 3 lagi pertemuan. Kali terakhir masih belum cukup korum. Masih belum serius dalam persediaan. Lebih kelihatan seperti persediaan untuk menghadiri ujibakat Raja Lawak lagaknya. Entah apa yang sangat menggelikan sehingga ada sahaja bahan untuk digelakkan. Jika niat turun untuk meredakan tekanan dari final mungkin juga. Pesan Guru apa yang dizahirkan dalam persediaan itulah yang keluar. Tiada langsung sensiviti terhadap mereka yang benar-benar serius. Tidak pernah terfikir apa yang orang lain fikirkan. Seronok tak henti-henti. Ada masa kena serius ada masa boleh bergurau senda. Nampaknya senantiasa nak bergurau senda tak kira masa, tak kira tempat. Mungkin juga mereka teringin digelakkan oleh mereka di luar petak. Masalahnya mereka tak tahu siapa anda, mereka hanya tahu anda dari mana. Dan aku tak rela asal mana dicemari oleh ketidak matangan kamu semua. Aku rela bermandi darah dari nama itu tercemar.