Ini bukan terjemahan mahakarya Martin Luther King Jr. Tidak juga berharap untuk mengikut jejak langkahnya, impiannya terlaksana hanya setelah ketiadaan beliau. Aku tidak seheroik itu. Memang resam manusia hanya dijulang setinggi-tingginya hanya setelah tiada. Aku juga langsung tidak mengharapkan impian beliau terlaksana di bumi tercinta.
Aku orangnya sentimental tetapi lemah dalam mengingati saat-saat itu dalam tempoh jangkamasa yang lama seperti adik bawahku. Dia kalau bercerita kisah kenangan sewaktu kecil memang cukup terpeinci. Cukup lengkap segala elemen watak, lokasi dan unsur emosi. Datang dari sebuah keluarga yang cukup konservatif, ibu bapaku tidak pernah terlintas untuk memiliki kamera sendiri. Bukan tidak mampu tetapi alat ini jatuh dalam kategori kehendak yang tidak perlu. Maka semenjak dari kecil, tadika, sekolah rendah, menengah, matrik, u & habis u segala urusan merakam kenangan mengharap dari belas ehsan kawan-kawan. Zaman itu mana jumpa lagi versi digital pada ramai. Kena la menempah di kertas A4 dilipat di belakang album gambar percuma dari kedai. Paling malang terpaksa menilik satu-persatu negatif dek "kerajinan" tokan meletak nombor siri pada gambar yang sudah dicetak. Itu cerita dulu-dulu. Sekarang ni nak cetak gambar pun dah malas. Kalau teringin tengok saja di skrin. Termasuklah gambar-gambar kahwin aku hari tu.
Maka aku lebih suka merakamkannya dengan medium sokongan lain. Suatu ketika pernah memiliki sebuah handycam jenama Sony yang dibeli dengan duit simpanan atas namaku.Pada ketika itu aku menganut fahaman gambar bergerak (motion picture) adalah lebih baik dari gambar pegun (still photo). Segala titis kreativiti aku curahkan pada setiap kepingan vcd yang aku hasilkan. Sekarang alat itu tersadai di rumah satu lagi. Rosak yang tak mampu lagi untuk diperbaiki.
Penciptaan kamera digital sungguh menarik hati. Tiada lagi shoot yang berhati-hati akibat sayangkan filem. Sekarang ni main "point & shoot". Tak suka padamkan sahaja. Pola ini juga mengakibatkan kapasiti cakera keras aku dimonopoli oleh format jpg & bmp. Tak muat simpan sendiri sampai terpaksa tumpang kat laptop CMK. Sori la bro, lambat lagi nampaknya aku dapat ambik semula.
Pernah suatu ketika cukup aktif merakam dengan kamera angkat bak kata Airland. Masa tuannya tak pakai memang sakan aku mengguna. Zaman itu la, sekarang dah naik segan aku nak pinjam. Sekali-sekala dapat juga aku beraksi dengan DSLR pinjam yang menjadi idaman. Teruja betul dengan bunyi 'klik' seraya butang 'shoot' ditekan. Bangga benar apabila dapat merakam saat-saat indah sehabis baik. Inilah impianku, memiliki DSLR aku sendiri. Selalu juga berangan menjadi sehebat Saiful Nang yang berjaya membina empayar.
Mengenang kata-kata abg Bud salah seorang otai DSLR dalam perkompulan, "kalau kamera mahal tapi yang ambik gambar hampeh tak guna juga". Memang kualiti & nilai artistik sesuatu gambar bukan 100% bergantung pada alat merakam. Pakai kamera telefon pun cantik jika kena teknik contohnya Kep(cerita dulu la huhu). Jadi sementara belum dapat mendakap DSLR sendiri ni aku cuba dulu menyediakan diri dengan seberapa banyak ilmu teori. E-book DSLR for Dummies sudah dimuat turun. Cuma nak mentelaah ratusan helai depan skrin tak dapat dibuat terus-terusan. Antara strategi seterusnya dengan berguru dengan otai-otai seperti Queserasera, Mint & Airland. Diorang ni sambil makan karipap pun boleh "menembak" dengan selamba. Sehingga itu, aku berjalan sambil tengok bawah mana tahu kot-kot tersepak D300 orang buang tepi jalan.
ps:menyesal juga tak request DSLR masa kahwin hari tu
This entry was posted
on 2009/11/11
at Wednesday, November 11, 2009
and is filed under
SEX(self expression)
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.