Langsung dari gerai 3 & 4 Feskem 2008  

Posted in

kembali kepada petak pertama...
selesai 2 hari tugas pertama tinggal 1 lagi kerja yang bakal diselesaikan pada petang esok...hari ini waktu operasi dilanjutkan sehingga jam 2 pagi...semoga mencapai target jualan...gembira melihat kerjasama antara kita menguruskan pelanggan yang berbagai ragam & pe'el...semoga "cangkuk" antara kita akan bertambah erat...

nana & lan tengah membasuh...jo macam biasa sedang standby untuk entertain customer...petang-petang ni memang slow sikit...dijangka malam penghabisan ni akan all-out...ringan sikit barang abg nizam nak dibawak ke Putrajaya...

I'm off for a few days  

Posted in

dear friends & foes,
if this blog not updated for 5 days it's because I'm away(but not far)...if its more than 5 days thats mean this is the last post(this time its far)...sorry for everything & please make sure that my parents will be well taken care of...wish me well for this 5 gruelling days

jon jonson{10.10am}

Tolong pandu aku semula ke jalan itu  

Posted in

Oh Tuhanku pemilik sekalian alam,

Dengarlah luahan hatiku yang dalam,
Perahuku sudah semakin karam,
Cahaya dian yang kian kelam,
Dalamnya lautan tak terselam.

Wahai sahabat maafkan diriku,
Sudahku tunjuk jalan ke situ,
Walau jauh beribu batu,
Tetap melangkah satu-persatu,
Sungguh jalan penuh berliku,
Jalan yang benar lagaknya begitu.

Tari godaan asyik melalaikan,
Memesong ikrar demi Tuhan,
Bagaimana nak ku lalu seninya jambatan,
Dengan belakang yang penuh beban,
Panji ikrar yang penuh kekusutan,
Pancaindera acapkali kehausan.

Pangkal kekuatan sedangkan khianat,
Sungguhpun tahu tetap ku buat,
Meredah akar pesong berselirat,
Ikut sangat bisikan yang lama,
Kejap ingat kejap terlupa,
Mujur ku bertemu yang paling utama.

Ikatan ini jangan Kau longgarkan,
Hanya itu tempat pegangan,
Hanya itu asal kekuatan,
Hanya itu sebenar jalan.

Ampun intan ampun permata,
Tetaplah bersinar cahayamata,
Pandu aku sampai ke pintu,
 Pandu aku sampai bertemu, 
Pandu aku kembali padaMu,
Pandu aku semula ke jalan itu.

jon jonson{24 Ogos 2008}

Please share my half  

Posted in

waktu aku bergiat cergas dalam PRS sewaktu sekolah menengah dulu, aku didedahkan dengan kemahiran untuk memberi kaunseling...antara ayat-ayat yang menggalakkan untuk orang berkongsi masalah dengan kita ialah,"jika anda menceritakan masalah dengan orang lain diibaratkan separuh beban masalah anda akan terhapus"...bukan senang untuk mendapatkan sepenuh kepercayaan dari mereka yang bermasalah(YB)...melalui pengalaman & yang pernah dilalui, jangan harap orang akan bercerita masalah dengan jalan paksaan...langkah yang pertama, kita mesti dapatkan sepenuh kepercayaan YB dahulu...bila dia sudah selesa maka barulah dia senang untuk berkongsi permasalahan...

kawan sekelasku bernama Fadhil pernah mengakui bahawa aku adalah seorang pendengar yang baik...itu kata beliau...mengikut prinsip kaunseling juga, kaunselor dilarang untuk mencadangkan jalan penyelesaian kepada yang mengadu hal...peranan kaunselor sepatutnya hanya boleh memandu YB untuk mencari jalan penyelesaian...soalan yang lazim ditanya seperti,"ko rasa macam mana ko nak setel masalah ni?"...acapkali YB akan memberi respons dengan pelbagai pilihan jawapan...maka soalan seterusnya,"ko rasa antara pilihan A,B & C tadi mana yang terbaik?"...setelah YB memilih jalan tanpa sebarang pengaruh kita akan memberi semangat untuk dia menyelesaikan masalah itu berdasarkan pilihannya sendiri...

sebenarnya YB hanya perlu dibantu untuk menstrukturkan semula pemikirannya yang kacau bilau...jalan penyelesaian biasanya memang dah ada tapi sebagai manusia yang lemah memang memerlukan seseorang untuk membantunya mencari punca...bila pangkal sudah dijumpai maka mudahlah tugas seterusnya...jika kita belum berkemahiran untuk memberi kaunseling apa kata kita sekadar menjadi seorang pendengar yang baik...cuba elakkan dari melanggar batasan dengan menawarkan jalan yang belum tentu boleh menyelesaikan masalah...kita tidak mahu kita dipersalahkan kelak sekiranya jalan kita itu sebenarnya tak sampai ke matlamat abadi.

Butterfingers, u rock!  

Posted in



jon says...
band yang mula aku kenali sejak dari matrix melalui perkenalan dengan kawan-kawan dari perak dengan t-shirt bergambar 4 jarinya...kenapa aku minat dengan mereka?...sama musabab dengan kenapa aku minat Linkin Park...aku suka cara mereka express "anger" & ketidakpuasan hati melalui cara seni(baca halus)...mereka Kembali dengan sindiran-sindiran tajam...sape-sape yang terasa nasib le...sengaja aku tempelkan vc versi lirik untuk sama-sama kita selami luahan hati mereka...interpretasi aku pulang pada masing-masing punya faham.

Aku mahu pergi MAHA 2008!  

Posted in

ya Tuhan, aku nak sungguh gi MAHA 2008...dengarnya macam-macam mende yang sesuai dengan jiwa aku dipamerkan tanpa rasa belas kasihan...dah buat cyber-survey...dapat la maklumat tentang lokasi kejadian, waktu buka-tutup, parking fees 5 hengget, ada tram bayo singgit untuk urusan angkutan, harga jualan yang agak rip-off serta tak berbaloi dan lain-lain lagi...

kalo nak pegi tinggal esok dengan lusa je la...sabtu pagi ni dah ada meeting untuk big event lusanya...kalo dak kena nunggu 2 tahun lagi weh...petang ni harapnya dapat setel 3 keje sekali, barulah leh berlega-lega hati ke MAHA (boleh, insya'Allah)...jom,sape nak ikut?

Squad numbers registered  

Posted in

Report by Ben Hibbs

United's squad numbers for the 2008/09 campaign have been registered with the Premier League and there are some notable inclusions, especially for the younger members of the Reds' playing staff.

Brazilian twins Fabio and Rafael have been handed the number 20 and 21 shirts respectively, while young strikers Danny Welbeck and Federico Macheda will wear no.19 and no.41 if and when they are used this term.

1.Van der Sar, 2.Neville, 3.Evra, 4.Hargreaves, 5.Ferdinand, 6.Brown, 7.Ronaldo, 8.Anderson, 9.Saha, 10.Rooney, 11.Giggs, 12.Foster, 13.Park, 15.Vidic, 16.Carrick, 17.Nani, 18.Scholes, 19.Welbeck, 20.Fabio, 21.Rafael, 22.O'Shea, 23.Evans, 24.Fletcher, 26.Manucho, 27.Silvestre, 28.Gibson, 29.Kuszczak, 31.Campbell, 32.Tevez, 33.Hewson, 34.Possebon, 35.Cleverley, 36.Gray, 37.Cathcart, 38.Zieler, 39.Chester, 40.Amos, 41.Macheda

jon says...

looking at the new 20(formerly worn by the legendry Ole) i'm sure the twins will be taking some part in this season...proving that south american players not a flop when joining United as Kleberson...spearhead by Anderson, the Brazil flag will be flying high alongside Red Army...hopefully no.14 is reserved for Berbatov though(or any worldclass striker)