waktu aku bergiat cergas dalam PRS sewaktu sekolah menengah dulu, aku didedahkan dengan kemahiran untuk memberi kaunseling...antara ayat-ayat yang menggalakkan untuk orang berkongsi masalah dengan kita ialah,"jika anda menceritakan masalah dengan orang lain diibaratkan separuh beban masalah anda akan terhapus"...bukan senang untuk mendapatkan sepenuh kepercayaan dari mereka yang bermasalah(YB)...melalui pengalaman & yang pernah dilalui, jangan harap orang akan bercerita masalah dengan jalan paksaan...langkah yang pertama, kita mesti dapatkan sepenuh kepercayaan YB dahulu...bila dia sudah selesa maka barulah dia senang untuk berkongsi permasalahan...
kawan sekelasku bernama Fadhil pernah mengakui bahawa aku adalah seorang pendengar yang baik...itu kata beliau...mengikut prinsip kaunseling juga, kaunselor dilarang untuk mencadangkan jalan penyelesaian kepada yang mengadu hal...peranan kaunselor sepatutnya hanya boleh memandu YB untuk mencari jalan penyelesaian...soalan yang lazim ditanya seperti,"ko rasa macam mana ko nak setel masalah ni?"...acapkali YB akan memberi respons dengan pelbagai pilihan jawapan...maka soalan seterusnya,"ko rasa antara pilihan A,B & C tadi mana yang terbaik?"...setelah YB memilih jalan tanpa sebarang pengaruh kita akan memberi semangat untuk dia menyelesaikan masalah itu berdasarkan pilihannya sendiri...
sebenarnya YB hanya perlu dibantu untuk menstrukturkan semula pemikirannya yang kacau bilau...jalan penyelesaian biasanya memang dah ada tapi sebagai manusia yang lemah memang memerlukan seseorang untuk membantunya mencari punca...bila pangkal sudah dijumpai maka mudahlah tugas seterusnya...jika kita belum berkemahiran untuk memberi kaunseling apa kata kita sekadar menjadi seorang pendengar yang baik...cuba elakkan dari melanggar batasan dengan menawarkan jalan yang belum tentu boleh menyelesaikan masalah...kita tidak mahu kita dipersalahkan kelak sekiranya jalan kita itu sebenarnya tak sampai ke matlamat abadi.
This entry was posted
on 2008/08/23
at Saturday, August 23, 2008
and is filed under
SEX(self expression)
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.