AIr Tebu  

Posted in

satu hari sewaktu sekolah rendah ketika dalam perjalanan balik ke kampung mak di Bagan Datoh...on the way orang sekarang kata...mazda hijau berhenti di sebuah kedai...aku pun keluar untuk membeli jajan...ye la, boring juga long distance takde kunyah-kunyah...asyik bergaduh dengan angah je mau tak penat...

sekonyong-konyong aku nampak satu balang besar air tebu...perghh meleleh saliva beb bila berfantasi pekena air tebu berais time panas-panas...al maklum la dulu mazda ijau takde air-con...sekarang pun takde juga...

aku pun dengan pantasnya berlari semula ke kereta..."mak, ada air tebu, mak nak?"...mak aku jawab, "boleh juga, beli untuk angah sekali...duit mintak kat abah(macam biasa)"...sesudah medium pertukaran aku perolehi aku pun mengorder,"pakcik, bungkus air tebu 4!" dengan penuh semangat perjuangan harmoni...pakcik:"adik, itu bukan air tebu...itu akuarium ikan yang dah lama pakcik tak basuh"...ceh, lenkali tulis la kat situ besar-besar "ini akuarium ikan bukan air tebu"...mana aku nak tau kan?...penyudahnya minum air kotak je hari itu...jadilah...

This entry was posted on 2008/08/06 at Wednesday, August 06, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

6 ppl left their mark

hah cerita betul ke ni?!! serius??!! xDDD

August 6, 2008 at 9:13 PM

benar wani...kot ada tambahan pon dari segi dialog...mayb pakcik kedai saja x basuh akuarium tersebut sbg pelaris

August 7, 2008 at 12:43 PM

beli je ah. cakap ah 'mmg saya nk beli air ikan ni. petua org2 tua' ~amacam, cover macho tak? lol la

August 9, 2008 at 1:07 AM

time tu x brp nak kreatip lg ayat2 cover ni...terpaksa le tolak awal2 sblm kena wacchaa dgn mak aku

August 9, 2008 at 3:02 AM
perasan~perasaan  

mak oi..gle sadis..!!

August 17, 2008 at 6:59 PM

sadis mungkin...gle sekali-sekala

August 18, 2008 at 2:46 AM

Post a Comment