*warning,entri ini adalah sangat panjang...jika terasa ingin ke tandas sila berbuat demikian sebelum memulakan pembacaan*
perghh dah seminggu baru datang rajin nak post pasal Xtvt Minggu Lepas iaitu perkhemahan semalaman di Lata Jarum, Ulu Dong Raub...ini pun dalam keadaan ada kerja yang belum disiapkan...takpe, setel satu-satu...
jadi pada 2 Ogos yang lepas sampai la mereka ke meeting point(MP) pada jam 11.30am macam tu...plan asal nak gerak ke Lata Jarum pada pukul 3.00pm sementara tunggu CMK menghabiskan kerja gantinya pada hari itu...disebabkan perancangan Dia lagi betul, terpaksa dianjakkan masa bergerak disebabkan CMK perlu menghantar barang ke Kuala Tahan pada hari itu juga...dengan bantuan tenaga kerja seramai 2 orang dipinjamkan kepada beliau, yang tinggal mula bergotong-royong untuk menyediakan lunch pada masa yang agak lewat iaitu jam 3.00pm...sorry la ek, terlupa sungguh dalam kekalutan...
*team makan lunch huhu*
tunggu punya tunggu maka 2 kancil, 1 kelisa & 1 iswara gerak dulu dalam 6.00pm...aku tunggu kat umah nunggu hilux CMK untuk angkut barang-barang berat seperti tong gas, dapur & beliau sendiri muakaka...sekali hilux gagal diperolehi maka kena juga la aku membawa Ksatria Baja Hitamku ditemani Sham Okeluar je traffic light umah aku maka bertemu juga dengan team awal tadi, maka 2 kancil, 1 kelisa, 1 iswara, 1 Ksatria & 1 Saga pun bergabung kembali lebih awal dari jangkaan...perjalanan melalui jalan Jerantut - Benta yang diakui setanding dengan gunung Haruna di Jepun yang begitu popular dalam xtvt drift...jalan ini juga yang dilalui sewaktu xtvt ke dusun hari tu...aku rela jadi supir bila melalui jalan ni...perjalanan diselang-seli dengan borak & nyanyian solo oleh Sham O
dalam 8.00pm semua kereta selamat sampai ke simpang masuk Dong...urusan melaporkan kepada pihak polis diselesaikan oleh Alan & CMK...sempat juga la ke kedai runcit untuk membeli ratio tambahan...yang penting ratio bahan berasap...walaupun dah stand-by 2 bungkus tembakau berperisa strawberry aku tambah juga dengan rokok kotak jika malas menggulung...
dari simpang masuk ke lokasi kejadian hanya berjarak 14km...otw hari tu banyak juga la lalu masjid
alhamdu Lillah, around 8.30pm or so we arrived...jalan masuk memang agak sempit...yang paling best lokasi perkhemahan adalah berhampiran dengan lokasi pembunuhan Datuk Mazlan Idris, ADUN Batu Talam 15 tahun yang lepas...kalo korang nak cerita lanjut & detail pasal kes ni sila tengok kat sini...perihal lokasi kejadian ini hanya diceritakan setelah pulang...
serta-merta pasukan recce dihantar untuk tengok tapak yang sesuai dijadikan port...bunyi air sungai yang menderu memecah kesunyian malam...teringat masa berkhemah di Puncak Janing Kedah pada suatu ketika dahulu...kembalinya pasukan recce 1 mesyuarat tergempar dilangsungkan & kami mengambil keputusan untuk bertapak di kawasan atas sahaja...lagipun kawasan belah atas memang lebih selamat & ada punca air paip...
2 kumpulan dibahagikan mengikut jantina dimana grup lelaki diberi tugas memasang khemah & wanita memasak hidangan makan malam...menu mlm itu nasi goreng & ikan masak merah
*smpi terjelir lidah nyusun kayu utk unggun api*
*makeshift dapur*
*dah siap pasang,tggl angkat je*
*setahu aku xdela smpi tenggelam jari telunjuk*
*makeshift dapur*
*dah siap pasang,tggl angkat je*
*setahu aku xdela smpi tenggelam jari telunjuk*
xtvt malam itu lebih tertumpu kepada proses untuk kenal dengan lebih rapat sesama peserta...dari sesi round table sampai la sesi round the fire...memang havoc dengan poco-poco, zip-zap, cap-kali-cap dsb diselang-seli dengan program mencicah biskut merry dalam kopi-o...tengok jam tag heuer aku dah pukul 5.30am, aku gagahkan jua untuk tidur kerana esok kena drive lagi...
sedar-sedar pagi esok dah cerah...xtvt menyediakan sarapan sudah bermula...menu pagi itu bihun goreng, telur mata, sandwich & air rasmi program iaitu kopi-o...khemah & barang-barang juga dah siap dikemas untuk memastikan tiada gangguan untuk xtvt kemuncak pada pukul 10.00am nanti...
setelah barang-barang semua disimpan dalam kereta kami bergerak ke lokasi xtvt kemuncak program iaitu mandi-mandian...geram dok dengar bunyi air je sejak sampai malam tadi...orang pun tak ramai pada hari tu jadi lokasi berendam tu memang diconquer dengan semaksima mungkin...bila dah jumpa air tu apa lagi...memasing berendam ikut kemampuan individu...mana-mana yang terer berenang tu macam itik jumpa air la, sedar-sedar dah ke hujung...cabaran sebenar adalah kesejukan air yang melanda jiwa...agak mengambil masa untuk air mencecah seluruh tubuh...
setelah puas 2 jam berendam, main ragbi, shaving dengan bantuan cermin cepotet Ima, bersabun & bersyampu pakai syampu sumbangan Sham kitorang pun naik...confirm suma dah kecut...lama giler rasa dok dalam air tu padahal 2 jam je...waktu ni pun dah ada orang lain yang datang so macam dah tak berapa nak privasi lagi tempat tu...
xtvt seterusnya lunch kat umah pengarah program iaitu Alan kat bandar Raub...jarak dari Lata Jarum dah tak jauh tapi bila berkonvoi 6 biji kereta ni ambik masa sikit...setelah ada sedikit reshuffle penumpang untuk mengimbangi jumlah kami pun bergerak...perut masing-masing dah lapar dek main air tak hengat...konvoi berhenti sebentar di Petronas Raub untuk isi minyak & peserta wanita mengambil kesempatan untuk buang minyak...almaklumla dah lama tahan huhu...perjalanan diteruskan & 3 biji kereta terlepas masuk simpang ke rumah Alan diketuai oleh Ksatriaku...saja je aku nak test korang sebenarnya haha...jalan yang benar dijumpai semula & kami berjaya sampai jua...
dengan parkir di celah pokok mempelam kami meneruskan misi mencari lunch...kehadiran kami disambut mesra oleh ayah Alan yang sempoi serta keluarga...turut menyambut kami adalah hidangan lunch yang dihiasi pelbagai lauk pauk...wat susah-susah je...pe lagi, rezeki dah terhidang depan mata...masing-masing tak ingin menyusahkan mak Alan dengan menghabiskan apa yang terhidang, senang nak basuh kata salah seorang peserta...
tak cukup dengan lunch, kami dihidangkan dengan buah durian...selonggok durian disediakan oleh tuan rumah khas untuk kami...bagi yang miss xtvt tempohari inilah masa untuk qada' balik saat-saat indah itu walaupun tidak sebest ambik sendiri kat kebun & bermain lungsur air...mereka yang dah takleh tahan habis bergelimpang dalam rumah...nak buat camne, dengan tak cukup tido+penat main air lagi...sebelum tu kat depan umah pun jadi port sampai ayah Alan suruh masuk dalam, "pe kata jiran nanti" kata beliau...
lunch pun dah, dessert durian pun dah, teh-o pun dah maka kami cergas untuk kembali ke tanahair...terima kasih daun keladi buat keluarga Alan kerana menyediakan semuanya untuk kami...perjalanan balik melalui jalan belakang melalui kawasan kg baru tembus ke kawasan jirat cina...Ksatria ku memecut laju untuk mengisi minyak di Petronas Benta...dalam hati risau juga melihat meter minyak yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan...
dalam pukul 7.00pm 6 biji kereta selamat sampai ke MP...CMK meminta diri untuk balik awal kerana dah nampak sangat beliau flat benar...di MP peserta dihidangkan pula dengan minuman petang ala kadar...masing-masing dah tak sabar untuk sampai ke katil memasing...8.00pm++ kesemua mereka bergerak pulang menghabiskan sedikit lagi perjalanan...aku pun terus mencapai tuala untuk rejuvenate...kena shower baru la segar sikit badan ni...alhamdu Lillah semuanya selamat dalam program ni...semoga objektif utama untuk lebih rapat akan tercapai insya'Allah...
ps: thanks to Nana, Afiq & Su for the pic
This entry was posted
on 2008/08/10
at Sunday, August 10, 2008
and is filed under
xpdc,
xtvt
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.