Please load your gun  

Posted in

Tak lama lagi akan tiba musim uji-menguji kecekapan yang selama semester ini. Benarkah korang betul-betul mengikuti sesi pembelajaran yang telah diatur. Berkesankah pedagogi barisan tenaga pengajar korang. Sistem di ipt menetapkan kebanyakan subjek bukan dimutlakkan pada yang akhir. Habuan turut tersedia dari awal semester lagi. Sifirnya mudah. Korang buat ikut kemahuan pengajar, korang dapat la habuannya. Dia juga yang mengajar, dia juga yang memberi habuan. Mudah kan? Akan tetapi jikalau dia pun tidak mengenal anda macam mana. Mana datang berkat? Boleh dapat dari Peksat? Jangan sempitkan skop pantang mula itu. Sebagaimana pentingnya ilmu, alang kepalang peri pentingnya sumber ilmu itu.

Jadi untuk menghadapi sesi uji ini kenalah bersedia. Senjata sudah di tangan. Sungguhpun begitu senjata itu perlukan peluru untuk dimanfaatkan. Bukan tak boleh tetapi bijakkah sekiranya ujian yang bertalu datang tetapi hanya dibaling senjata itu dek kerna pelurunya tiada. Mungkin kena mungkin tidak. Jikalau kena pun masih banyak musuh di belakangnya. Oleh yang demikian silalah penuhkan ruang-ruang peluru pada senjata itu dengan sebaiknya. Tak pernah dalam sejarah ketamadunan manusia sampai tak muat ruang itu. Biasanya ruang itu yang banyak sangat ditinggal kosong. Akibat penyakit mim/em. Terasa dah tahu segala. Sila rujuk kisah otak Melayu yang dijual mahal.

Kelengkapan sudah tersedia. Cara bagaimana untuk mengguna pun sudah diajar. Tinggal daya usaha kuda itu untuk meminum air sungai. Nak paksa pun tak guna. Alangkan kuda tak suka dipaksa apatah lagi golongan cerdik pandai bakal pemimpin nusa. Pisau yang lama tak/terlupa diguna akan tumpul & berkarat jua akhirnya. Semoga berjaya menghadapi ujian itu dalam perjalanan untuk mendapat penghargaan kepujian. Kena uji baru dapat puji. 

ps: ujian yang ini sikit sangat boi

Professionalisme  

Posted in

Dah lama dapat laporan tetapi baru berkesempatan menggarap dalam medium ini. Kisahnya tentang mereka yang sedang mabuk, gembira, seronok sedang ada orang lain selain diri sendiri yang sanggup untuk menjaga hati & perasaan mereka. Secara prinsipnya itu tidak salah. Lebih-lebih lagi jika berniat untuk meneruskan benih-benih perjuangan. Menyelamatkan si hawa dari tersekat akibat kewajipan. Tetapi sekiranya terbalik dari itu maka akan terlahir sesuatu yang jelek lagi busuk. Ah, mana ada busuk. Waktu ini segalanya elok, semuanya cantik. Mana perasan jika orang sekeliling memerhatikan dengan penuh rasa geli geleman. Yang lebih parah dikatakan yang cuba membetul itu dikatakan dengki atas kebahagiaan mereka. Memang pernah berlaku situasi ini & sampai sekarang aku geli dengan pasangan ini walaupun sudah sah hubungannya. 

Apa cerita jika duduk kat kaunter pun nak berpasang-pasang? Patut la tak ramai yang sudi untuk mendekat, apatah lagi untuk beserta. Mesti ingat kaunter perkumpolan jiwa-jiwa. Nak memadu kasih mesra sila ke tempat yang lebih sesuai la bai. Tolong la sedar situasi semasa. Jangan asyik masyuk dengan dunia korang berdua sahaja. Kalau sampai perbuatan tak matang korang mengakibatkan sesuatu yang tak enak kepada perkumpolan, faham-faham la sendiri. Aku tak pernah menyekat naluri tapi jika naluri itu tidak mampu dikawal jangan marah sekiranya ada tangan-tangan (atau kaki-kaki) yang memisahkan korang antara fantasi & realiti. Tolong la tahu dimana garis pemisahnya. Letaklah sesuatu pada tempatnya. Ingat balik titik pertemuan itu dimana. Jangan pernah lupa pada titik itu apatah lagi kurang ajar untuk cuba memadamnya.

Perghh sedap bai...  

Posted in

Berbaloi rasa walaupun demam teruk 3 hari sebelum bernikah & disambung selepas itu. Betul la nak dapat barang baik kena susah dulu. Teringat cerita Yg Utama kisah seorang yang terlajak kawen menangis keluar bilik tatkala malam pertama. Bila ditanya kenapa jawapannya kerana menyesal lambat kawen, sedap rupanya benda itu. Tersenyum sinis aku di samping Datuk Panglima Wilayah. Hari-hari berlalu sekarang amat bermakna. Bila sampai waktu lapar terhidang depan mata. Sampai kenyang aku bubuh. Bertuahnya hidup. Kepada CMK jangan risau, aku doa ko pun cepat-cepat beroleh nikmat dunia ni. Takat teori berlambak tak kemana. 40 suap tuh, kata Ustaz Latif suatu ketika dahulu. Kepada bdkbaek jangan risau, takkan umur beliau cecah 30 baru dapat. Ikut yang elok sudah. Kepada isteriku, terima kasih sayang. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Korang ingat apa yang sedap tu? Masakan isteri aku la, memang sedap! Nak merasa jemput la datang ke rumah.

Selamat Hari Lahir Syg  

Posted in

Pertama kali dikau meraikan sambutan hari lahir bergelar seorang isteri. Semoga baki umur yang ada digunakan seluruhnya untuk Bangsa, Agama & Negara syg. Dengan kerjasama Na yang berjaya membeli & menyorokkan kek serta Bdkbaek yang berkomplot mengejutkan dengan nyanyian tanpa sambutan(sorry). Tidak lupa jua pada ahli-ahli meja petak 4 segi yang turut sama memeriahkan majlis. Selamat datang kepada ahli baru iaitu Lan 23 yang penuh dengan candu yang bisa menggeletek jiwa. Candu mengisi jiwa je yang masih kurang. Maaf kek kecik aje, banyak-banyak nanti tak habis membazir pula haha...


ps: nanti kita tengok barang kat Leno tu ek

Up 1 level  

Posted


*jam edisi jantan*

Alhamdu Lillah segalanya berjalan lancar walaupun ketika hari itu aku kurang sihat. Macam main game Contra juga, kalo nak naik level mesti jumpa boss jahat yang kaw-kaw susah nak menang punya. Setinggi-tinggi penghargaan pada semua yang hadir walaupun jauh di sudut hati mengharapkan penyertaan yang lebih ramai. Tak kisah la, janji bila diserah kad itu korang tau aku dah kawen. Pemberitahuan itu yang utama. Tidak lupa jua kepada ahli-ahli perkumpolan yang memang banyak membantu. Macam-macam aspek yang ditolong. Jadi juga insan tak berapa nak bermateri ni kawen. Kepada yang menghantar ucapan ringkas aku mohon maaf kerana tak dapat membalas. Semoga perjalanan kami selepas ini selamat sampai ke destinasi. Aku dah ada satu lagi akaun yang dipertanggungjawabkan. Nasib baik isteri aku ada diploma & ijazah perakaunan. 

thanks to tawaw for the nice pic

Urusan Seri Paduka Baginda  

Posted in

Kurang 24 jam lagi aku akan bergelar suami kepada seorang wanita. Gabra, cuak & macam-macam lagi. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan aku sekarang. Badan rasa nak demam, tekak gatal nak batuk je & selsema x hengat. Kalo nak diikutkan mesti komplen, pesal la time-time ni nak kena. Kelas terakhir sebagai bujang malam tadi terlupa lak nak mohon ehsan agar didoakan kesihatan aku pulih dengan segera. Mungkin permintaan itu nampak agak berlebihan tetapi diri ini lemah untuk menerima dugaan sedahsyat ini pada ketika ini. Banyak kerja tertangguh sejak dilanda derita. Pagi esok dah nak bergerak ke sana. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku. Aku ini insan yang lemah untuk menerima dugaan seberat ini.

Syair asap memancar-mancar  

Posted

Jom hisap rokok, 

marlboro sangat la sedap,
kalo materi kureng,
dapat pucuk pun jadi

Masa matrik asyik sedut orang punya,
bila doktor pusat kesihatan tengok xray,
awak hisap rokok ek?
ada lak doktor ni kata begitu

2000 ke 2001 dah tak ingat,
mana jadi asyik sedut orang punya,
baik aku sedut sendiri,
papehal pun puas hati

Bermacam brand aku mencuba,
ada yang kow gile,
ada yang sampai sakit tekak, 
akhirnya konon nak macam yang Utama.

Kalau serabut kepala otak,
pada rokok tempat mengadu,
patutnya pada yang satu,
korang jangan la ikut aku

CMK hisap rokok dunhill,
aritu macam nak berhenti tapi gagal,
kalo putus dia la penyelamat,
mana nak berhenti kalo ada tukang supply

Haji cerita dia berhenti masa tunang,
konon menyimpan hasrat yang sama,
tapi lagi 3 hari nak diijab kabul,
rokok masih teman setia

Pada yang belum atau berhasrat mencuba,
takyah la gatal-gatal nak belajar menggulung,
nanti kena marah dengan azira,
lagipun jenuh la aku nak menanggung

Takde duit takyah le menggatal,
hisap je apa yang ada,
bukan aku saja nak kedekut,
tapi adab perlu dipelihara

Sudah la blank nak merepek lagi,
kejap lagi harus bergerak,
moga korang terhibur hati,
penat juga asyik bertekak.

Togong-Yorong  

Posted in

Sebentar lagi satu usaha kerjasama bakal dilangsungkan. Peta di kad juga akan diuji sama ada mesra pengguna atau sebaliknya. Terima kasih pada yang sudi datang menolong. Ini bukan pengorbanan, aku tak layak untuk menerima penghargaan setinggi itu. Biar karomah & hikmahku tahu betapa perkumpolan ini benar-benar boleh diharap & ada fungsi masyarakatnya. Biarpun ada serangan makhluk perosak pastikan kita makin kuat. Alhamdu Lillah, semakin lama semakin jelas siapa yang biru siapa yang hitam. Dah aku ikrarkan berkali-kali, sila pergi ke kaunter yang betul. Tiada kaunter di tengah-tengah. Biar sikit yang tinggal janji mau betul-betul biru. Benci betul pada yang nampak macam biru tapi sebenarnya gelita dengan hasad dengki & kebencian tak sudah. Bukan apa, sampai masa & ketika nanti senang sikit nak buat kerja. Tapi aku yakin, Tuhan akan bagi nampak sebab Dia maha mengetahui. 

Off to UMP  

Posted in

Mengiring perjalanan mereka yang telah disediakan dengan sebaik mungkin. Pelbagai liku ditempuh untuk sampai ke tarikh ini. Acap diingat bahawa malam ini & esok bukan penamat kepada persediaan itu. Ujian mendatang lagi bermacam, lagi mencabar. Fahamlah bahawa jalan ini bukan senang untuk dilalui. Fahamlah sesungguhnya jasa orang yang terdahulu jadikan sebagai material pembakar semangat untuk meneruskan perjalanan. Setakat termampu sepertimana yang telah dipertanggungjawabkan kau telah disediakan. Terpulang pada diri. Nak guna sampai mati, nak menerus agenda diri atau nak menggigit tangan yang memberi.

 

Posted in

"Kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa."
.
.
.
.
.
.
.
Sekilas babi di hutan, aku tahu babi itu babi hutan. Nak juga? Silakan dengan segala hormatnya. Wah, nampaknya blog aku ada pembaca baru. Selamat datang ke blog aku yang tak seberapa ni. Bangga siot orang lammma sudi menjenguk. Ada pulak masa. Ingat sibuk mengayat eh beri nasihat je.  Dah keluar dari perkumpolan duduk diam-diam sudah. Kalau nak juga jadi pulut takde hal. Boleh juga dicicah dengan kuah kari ikan tenggiri. Pergh, sedap bai tu!

My Wed wish list  

Posted in ,

Alhamdu Lillah, 3 mata lagi untuk pagi ini. 7 mata dengan 1 game di tangan(direct translation tol). Syukur padanya dalam keadaan yang menggila ada benda yang bisa membuat aku gembira. 3 gambar teratas dah dalam genggaman. Tinggal 3 lagi untuk mencipta sejarah. Aku mahu semua ini untuk hadiah sempena hari bahagia aku.

August 5 2008, won 3-1 on penalty against Portsmouth

Dec 21, 1 nil versus Liga de Quito

1st March '09, won on penalty against Spurs (4-1)

Sixth round opponent-Fulham

11 more game to go

Got to score more on March 11 

Langkah berjaga-jaga  

Posted in

Lif pun risau dengan ancaman pengkhianat