Dah lama dapat laporan tetapi baru berkesempatan menggarap dalam medium ini. Kisahnya tentang mereka yang sedang mabuk, gembira, seronok sedang ada orang lain selain diri sendiri yang sanggup untuk menjaga hati & perasaan mereka. Secara prinsipnya itu tidak salah. Lebih-lebih lagi jika berniat untuk meneruskan benih-benih perjuangan. Menyelamatkan si hawa dari tersekat akibat kewajipan. Tetapi sekiranya terbalik dari itu maka akan terlahir sesuatu yang jelek lagi busuk. Ah, mana ada busuk. Waktu ini segalanya elok, semuanya cantik. Mana perasan jika orang sekeliling memerhatikan dengan penuh rasa geli geleman. Yang lebih parah dikatakan yang cuba membetul itu dikatakan dengki atas kebahagiaan mereka. Memang pernah berlaku situasi ini & sampai sekarang aku geli dengan pasangan ini walaupun sudah sah hubungannya.
Apa cerita jika duduk kat kaunter pun nak berpasang-pasang? Patut la tak ramai yang sudi untuk mendekat, apatah lagi untuk beserta. Mesti ingat kaunter perkumpolan jiwa-jiwa. Nak memadu kasih mesra sila ke tempat yang lebih sesuai la bai. Tolong la sedar situasi semasa. Jangan asyik masyuk dengan dunia korang berdua sahaja. Kalau sampai perbuatan tak matang korang mengakibatkan sesuatu yang tak enak kepada perkumpolan, faham-faham la sendiri. Aku tak pernah menyekat naluri tapi jika naluri itu tidak mampu dikawal jangan marah sekiranya ada tangan-tangan (atau kaki-kaki) yang memisahkan korang antara fantasi & realiti. Tolong la tahu dimana garis pemisahnya. Letaklah sesuatu pada tempatnya. Ingat balik titik pertemuan itu dimana. Jangan pernah lupa pada titik itu apatah lagi kurang ajar untuk cuba memadamnya.
This entry was posted
on 2009/03/28
at Saturday, March 28, 2009
and is filed under
SEX(self expression)
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.