Tak lama lagi akan tiba musim uji-menguji kecekapan yang selama semester ini. Benarkah korang betul-betul mengikuti sesi pembelajaran yang telah diatur. Berkesankah pedagogi barisan tenaga pengajar korang. Sistem di ipt menetapkan kebanyakan subjek bukan dimutlakkan pada yang akhir. Habuan turut tersedia dari awal semester lagi. Sifirnya mudah. Korang buat ikut kemahuan pengajar, korang dapat la habuannya. Dia juga yang mengajar, dia juga yang memberi habuan. Mudah kan? Akan tetapi jikalau dia pun tidak mengenal anda macam mana. Mana datang berkat? Boleh dapat dari Peksat? Jangan sempitkan skop pantang mula itu. Sebagaimana pentingnya ilmu, alang kepalang peri pentingnya sumber ilmu itu.
Jadi untuk menghadapi sesi uji ini kenalah bersedia. Senjata sudah di tangan. Sungguhpun begitu senjata itu perlukan peluru untuk dimanfaatkan. Bukan tak boleh tetapi bijakkah sekiranya ujian yang bertalu datang tetapi hanya dibaling senjata itu dek kerna pelurunya tiada. Mungkin kena mungkin tidak. Jikalau kena pun masih banyak musuh di belakangnya. Oleh yang demikian silalah penuhkan ruang-ruang peluru pada senjata itu dengan sebaiknya. Tak pernah dalam sejarah ketamadunan manusia sampai tak muat ruang itu. Biasanya ruang itu yang banyak sangat ditinggal kosong. Akibat penyakit mim/em. Terasa dah tahu segala. Sila rujuk kisah otak Melayu yang dijual mahal.
Kelengkapan sudah tersedia. Cara bagaimana untuk mengguna pun sudah diajar. Tinggal daya usaha kuda itu untuk meminum air sungai. Nak paksa pun tak guna. Alangkan kuda tak suka dipaksa apatah lagi golongan cerdik pandai bakal pemimpin nusa. Pisau yang lama tak/terlupa diguna akan tumpul & berkarat jua akhirnya. Semoga berjaya menghadapi ujian itu dalam perjalanan untuk mendapat penghargaan kepujian. Kena uji baru dapat puji.
ps: ujian yang ini sikit sangat boi
This entry was posted
on 2009/03/31
at Tuesday, March 31, 2009
and is filed under
SEX(self expression)
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.