Syair asap memancar-mancar  

Posted

Jom hisap rokok, 

marlboro sangat la sedap,
kalo materi kureng,
dapat pucuk pun jadi

Masa matrik asyik sedut orang punya,
bila doktor pusat kesihatan tengok xray,
awak hisap rokok ek?
ada lak doktor ni kata begitu

2000 ke 2001 dah tak ingat,
mana jadi asyik sedut orang punya,
baik aku sedut sendiri,
papehal pun puas hati

Bermacam brand aku mencuba,
ada yang kow gile,
ada yang sampai sakit tekak, 
akhirnya konon nak macam yang Utama.

Kalau serabut kepala otak,
pada rokok tempat mengadu,
patutnya pada yang satu,
korang jangan la ikut aku

CMK hisap rokok dunhill,
aritu macam nak berhenti tapi gagal,
kalo putus dia la penyelamat,
mana nak berhenti kalo ada tukang supply

Haji cerita dia berhenti masa tunang,
konon menyimpan hasrat yang sama,
tapi lagi 3 hari nak diijab kabul,
rokok masih teman setia

Pada yang belum atau berhasrat mencuba,
takyah la gatal-gatal nak belajar menggulung,
nanti kena marah dengan azira,
lagipun jenuh la aku nak menanggung

Takde duit takyah le menggatal,
hisap je apa yang ada,
bukan aku saja nak kedekut,
tapi adab perlu dipelihara

Sudah la blank nak merepek lagi,
kejap lagi harus bergerak,
moga korang terhibur hati,
penat juga asyik bertekak.

This entry was posted on 2009/03/10 at Tuesday, March 10, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

6 ppl left their mark

memula terasa mcm baca seloka, pastu rasa mcm baca pantun, tetiba mcm bersyair pulak! hehe

March 11, 2009 at 8:21 AM

bila baca, nak melagukan pembacaan bercampur campur.rasa macam sukar pula. mungkin disenghajakan bagi menyampaikan makna. perasaan yang pelbagai mungkin.

emm... setakat ini masih sedut orang punya. :P

March 11, 2009 at 11:31 AM

heh, baru pasan, mmg tajuknya 'Syair'! haha. sengal je saya nih..

March 11, 2009 at 1:54 PM

que~malas dah nak mencari ritma hujung yg sama...jd syair dijadikan kambing hitamnya

tawaw~mood malas neh...kesian gak kat korg huhu

March 12, 2009 at 9:09 AM
Anonymous  

rokok peneman dikala sepi..

mmg terase erti kehadiran rokok dibibir bler lepak sorang2 kat opis time tgh malam..hehehe

March 16, 2009 at 9:22 PM

bukan rokok je yg teman ko tu alan

March 24, 2009 at 4:02 PM

Post a Comment