Tidak la sampai lagi  

Posted in

Patutnya 11hb dulu (mengikut kelaziman) dikau sampai. 

Namun sampai sekarang seco'et pun tak nampak. 

Adakah ketidaksampaian itu sesuatu yang sudah lama benar didambakan oleh ramai pihak? 

Sama-sama kami nantikan...

A tale of 2 side  

Posted in ,


Pheww what a game! Received a request for updating just before game started by Amin as he is still in dinner. Sorry bro, I just can't for at least this time. Conceded 2 soft goals that both came from right flank in the 1st half. Starting to agree Evra critism for he had forget how to defend his territories. I'm not in the mood so the best option is suggesting my wife to stop watching. I knew that she is trying hard to support me in subject that I love most. I'm sorry dear, not this time I guess. Let me bear this pain alone. 

Came 2nd half. Tevez came on for uneffective Nani. Triple striking threat as Rooney & Berbatov is already in the field. Could this be sensible move by the master who famous for his hairdryer treatment. Then the floodgate opened by Ronaldo's penalty. There's 5 goals all together in the 2nd half. 2 by World Player of The Year(r), 2 by Rooney & 1 by Berbatov. United back where we belong with a match in hand. 5 more games to go. Let's make it happen. Thank you for making my day. For all that sorrow at least I have a reason to smile. GGMU!

Perodua MPV D46T  

Posted in

Baru je Exora dilancarkan nampaknya Perodua yang 49% milikannya pihak tempatan mula mengorak langkah yang sama. Aku percaya diorang tengah usha baik punya apa yang kurang pada Exora & ditambah baik pada model ini. Tu la, tak ambik nama cadangan aku. Ada ke Exora dipilihnya. Yang menariknya diwar-warkan harganya di bawah paras RM65,000. Semoga dapat memberi saingan yang sihat dalam pasaran MPV negara seterusnya rakyat sebagai pemenang. 


*x besar sgt kot, ala-ala avanza*

*macam luas, xdela sangkut lutut kat stereng*

*kat mana ntah*

*CMK kureng kalo meter kat tgh2*

*good: kalo jumpa roadblock senang nak tukar driver*

*jalan jauh memerlukan armrest yg selesa*

*audio player cap perodua je?*

*dilarang membawa makanan ke dlm premis*

*PM bersama TPM  isteri*

Dijangka dilancarkan pada bulan 11 ni. Kadar faedah kasi rendah lagi. Bring it on!

Liberalisasi sektor perkhidmatan  

Posted in

Gila buku tajuk aku kali ni. Memang serius pun. Lihat la sendiri apa kesannya nanti.

*dipetik dari thestar;

PUTRAJAYA: The Government has removed the 30% bumiputra equity requirement for 27 services sub-sectors under a liberalisation of the services sector.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who said this would take effect immediately, added that the sub-sectors — which included the health and social services, tourism, transport, business and computer and related services — would have no equity conditions imposed.

More liberalisation measures are in the offing, he added.

Tanggung & Jawab  

Posted in

Hadoiyaiii jenuh aku nak menjawab kat sana esok...

Been there done that yet lost it  

Posted in ,

There goes one of my wed gift. I'm disgusted & sad now. 

Biar betul?  

Posted in

Jap lagi nak saksi separuh akhir piala FA. Ambik kesempatan sebentar. Fuh, line up bercorak muda-mudi. Aku keliru ini bukan perlawanan selangkah nak ke akhir Piala Liga rasanya. Shebby & McMahon dah mula tidak yakin bahawa United akan dapat melepasi halangan dengan line-up ini. Bunyi macam dah start. Nak kench lu baru tengok. Jom!

Ko buat lagi?  

Posted in ,

Hari tu baru je ko buat. Tak sampai seminggu ko buat benda yang sama. Habis kecoh 1 kedai dek perbuatan ko. Mula-mula pakai baju merah, malam tadi baju biru lak. Ko ni tak reti-reti nak berhenti ke?  Hmmm apa nak jadi la kat ko ni Kiko. 


*killer instinct*

*oooppsss he did it again*

*lightning do strike twice*

3 mata lagi ke arah kejuaraan. Walaupun mutu permainan jauh dari standard sebenar pasukan bergelar juara dunia. Sunderland yang biasanya lauk cemas-cemas mengejutkan. Semoga United dapat bertahan sehingga semua impian dapat digapai. Lepas tu korang nak berehat sampai lebam pun ikut la. Banyak sikit piala bawak sini bulan 7 nanti. Cuak siot dengan apa yang ada sekarang. Lawan seterusnya Porto 4 hari lagi.

Tangan-tangan itu  

Posted in

Malam tadi(atau yang lebih sesuai pagi). Maka bersembang kosong la beberapa orang di kedai alternatif dek ketutupan kedai utama. Walaupun bau agak kurang menyenangkan, habis juga popiah hampir 30 ketul & sebekas aiskrim nasi goreng bandar. Asal idea popiah itu dari Kaklong. Bersusah payah beliau mengusahakan untuk dijamu pada adik-adik. Cuma dapat membantu proses menggoreng yang bermula pada jam 7 walhal sepatutnya pada ketika itu kepala shower sudah memuntahkan isinya. Aku yang pada mula ingin membatalkan hajat asal dek kekangan masa mula beralah kerana melihat kegigihan isteriku. Benar peralihan status ini sudah mula menampakkan kesan yang positif(kata kawan-kawan). Berdikit-dikit, alhamdu Lillah.

Satu demi satu pesanan ringkas diterima memaklumkan ketidakhadiran dek pelbagai sebab jua alasan. Bilangan menghalang rangsangan mula terbayang di ruang mata. Tidak apa, sekurang-kurangnya sifat tanggungjawab sudah mula berpupuk di jiwa. Ikatan mikro sudah membelenggu kata. Di lain masa kena diteruskan apa yang sudah bermula. Walaupun ketika itu daku sudah tiada.

(makanan dah siap dihidang, berhenti sebentar)

Dek kehadiran yang minimum sesi minum bermula lebih awal. Peratusan topik luar yang masih lebih tinggi mencuri masa yang sememangnya terhad. Malangnya pencetus masih belum mampu untuk bertindak dalam 'auto mode'. Mengharapkan sedikit cucuhan yang tak kunjung tiba. Hanya cucuhan menghasilkan asap toksin bersilih ganti. Bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. Paling malang dua-dua tangan tak mahu ditepuk tetapi tetap mengharapkan hasilnya pemecah sunyi. 

Sila jangan perasan  

Posted in

Dah orang takmo bagitau tu takyah la sangap sangat nak jugak tau. Dijelaskan bahawa itu isu peribadi maka sulitlah ia. Sape ko & dia yang sampai nak menceroboh zon eksklusif itu? Makanya ko bukan la seintim sebagaimana yang ko perasankan. Jadi, sila sibuk dengan hal sendiri sahaja laksana hanya engkau di fana ini. Orang yang ko perasankan itu sebenarnya masih jauh dari hati. Selama ni aku menjeling dari lensa teropong rupanya. Dekat di mata jauh di hati.

Goes by name Macheda  

Posted in ,

Situasi:

Berpakaian formal biru dengan tie dilorot setelah selesai MAT (alhamdu Lillah) di KedaTuan. Mengambil kedudukan luar biasa dek hujan lebat yang baru reda. Mata terarah ke skrin tv. Perlawanan sedang berlangsung dengan kedudukan semasa itu yang menyesakkan, ketinggalan   2-1. Takkan nak 3 perlawanan berturut kecundang. Aku mula memasuki mode play-safe sebagai persediaan tidak terlalu kecewa sekiranya sesuatu yang buruk berlaku. Dalam hati bergelora. Antara harapan kepada keajaiban dengan pasrah kepada ketentuan. Dua tumpu dalam 1 masa. Mata sesekali di arah ke skrin, telinga mengikuti topik di meja. Alhamdu Lillah, setinggi kesyukuran kali ke-2 pada malam itu. Ditakdirkan oleh Dia pada minit ke 92 seorang budak berasal dari Itali berumur 17 tahun dari pasukan simpanan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang penyerang pada malam itu. Bergegar sebentar KedaTuan, di Old Trafford usah cerita. Dialah yang bernama Federico Macheda. Terima kasih kerana mengembalikan senyuman di raut muka, menyalakan semula nyala bara di jiwa.

*kes budak ni la malam tu aku tidur tersenyum*


*do whatever boy, you deserved it*


*sebelum sempat buat apa-apa gaya*


*penjaring 2 biji gol*

Exora Exclusive Pic  

Posted in ,

Baru dapat email gambar Exora dari seorang teman pagi tadi.(apsal entri aku skrg bersumberkan email ek?) After much hype (mak aku kata) akhirnya muncul juga apa yang dinanti oleh rakyat Malaysia. Pelbagai topik telah disentuh sewaktu perbualan berkenaan dengan MPV pertama keluaran Proton ini. Paling banyak disentuh adalah berkenaan dengan enjin 1.6nya. Boleh ke enjin tu membawa rangka MPV? Kalau ratio(dgn izin) body dengan enjin tak sekata jadilah fenomena bagai mencurah minyak ke daun keladi. Aku dah cukup masak sejak berKsatria dgn enjin 1.3 yang karburetornya ala-ala kena cari ganti kat kedai potong. Ok la, dah tajuknya pun gambar maka saksikanlah dengan mata anda sendiri. Nak cari maklumat tambahan sila tanya makcik google(mcm biasa).


*pandangan depan-grill persona?*

*bumper tu mcm pernah tgk*

*pintu belakang sedang terbuka*

*duduk KL kena pakai yg ni*

*Avanza vs Grand Livina vs Exora*

ps: kpd sesiapa yang pernah ada pengalaman bersama Avanza & Livina sila nyatakan kelebihan model itu. Sekarang ni ramai betul pakai Livina.

Korang nak berapa juta USD?  

Posted in

Bangun tidur pagi tadi. Setelah selesai ritual yang diajar oleh Pak, sebagai seorang yang cinta ICT & senantiasa update up-to-date pada isu semasa aku pun membuka pc-senak-ruang-simpanan ku. Setelah capaian-berkontrak-2 tahun berjaya disambungkan aku menekan ikon Chrome. Seraya terpaparlah akaun emailku seperti di bawah. 

*hari ni dah 2 April kan?*

Setelah diklik url itu maka keluarlah rajah dibawah. Korang ingat aku cokia? Ingat minggu depan nak pergi ziarah sepupu aku kat States. Usha-usha kot ada projek yang masyuk. Tak sangka lak  Obama ni ada darah jawa, ingat sekedar belajar je kat Indon. Nak pesan apa-apa bagitau aku ek.

*sila simpan imej ini utk rujukan*

Ilham belum turun  

Posted in

Tarikh dah tak lama. Namun bayang-bayang masih kabur. Siapa? Kat mana? Ini bukan main-main. Silap letak merana. Silap angkat menderita. Manusia pelbagai rupa. Ada yang memang rajin. Bagi kerja memang selesai. Tetapi tidak sesuai untuk mengepala. Memang agaknya dia setakat itu. Ya Tuhan, tunjukkan ku jalan. Agar lebih bercahaya masa depan. Semoga tak tersilap pilihan.