Goes by name Macheda  

Posted in ,

Situasi:

Berpakaian formal biru dengan tie dilorot setelah selesai MAT (alhamdu Lillah) di KedaTuan. Mengambil kedudukan luar biasa dek hujan lebat yang baru reda. Mata terarah ke skrin tv. Perlawanan sedang berlangsung dengan kedudukan semasa itu yang menyesakkan, ketinggalan   2-1. Takkan nak 3 perlawanan berturut kecundang. Aku mula memasuki mode play-safe sebagai persediaan tidak terlalu kecewa sekiranya sesuatu yang buruk berlaku. Dalam hati bergelora. Antara harapan kepada keajaiban dengan pasrah kepada ketentuan. Dua tumpu dalam 1 masa. Mata sesekali di arah ke skrin, telinga mengikuti topik di meja. Alhamdu Lillah, setinggi kesyukuran kali ke-2 pada malam itu. Ditakdirkan oleh Dia pada minit ke 92 seorang budak berasal dari Itali berumur 17 tahun dari pasukan simpanan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang penyerang pada malam itu. Bergegar sebentar KedaTuan, di Old Trafford usah cerita. Dialah yang bernama Federico Macheda. Terima kasih kerana mengembalikan senyuman di raut muka, menyalakan semula nyala bara di jiwa.

*kes budak ni la malam tu aku tidur tersenyum*


*do whatever boy, you deserved it*


*sebelum sempat buat apa-apa gaya*


*penjaring 2 biji gol*

This entry was posted on 2009/04/07 at Tuesday, April 07, 2009 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 ppl left their mark

sumere  

ni mesti malam isnin pye kes ni.. hmmmm...... sukela tu..

April 8, 2009 at 9:12 AM

Post a Comment