Malam tadi(atau yang lebih sesuai pagi). Maka bersembang kosong la beberapa orang di kedai alternatif dek ketutupan kedai utama. Walaupun bau agak kurang menyenangkan, habis juga popiah hampir 30 ketul & sebekas aiskrim nasi goreng bandar. Asal idea popiah itu dari Kaklong. Bersusah payah beliau mengusahakan untuk dijamu pada adik-adik. Cuma dapat membantu proses menggoreng yang bermula pada jam 7 walhal sepatutnya pada ketika itu kepala shower sudah memuntahkan isinya. Aku yang pada mula ingin membatalkan hajat asal dek kekangan masa mula beralah kerana melihat kegigihan isteriku. Benar peralihan status ini sudah mula menampakkan kesan yang positif(kata kawan-kawan). Berdikit-dikit, alhamdu Lillah.
Satu demi satu pesanan ringkas diterima memaklumkan ketidakhadiran dek pelbagai sebab jua alasan. Bilangan menghalang rangsangan mula terbayang di ruang mata. Tidak apa, sekurang-kurangnya sifat tanggungjawab sudah mula berpupuk di jiwa. Ikatan mikro sudah membelenggu kata. Di lain masa kena diteruskan apa yang sudah bermula. Walaupun ketika itu daku sudah tiada.
(makanan dah siap dihidang, berhenti sebentar)
Dek kehadiran yang minimum sesi minum bermula lebih awal. Peratusan topik luar yang masih lebih tinggi mencuri masa yang sememangnya terhad. Malangnya pencetus masih belum mampu untuk bertindak dalam 'auto mode'. Mengharapkan sedikit cucuhan yang tak kunjung tiba. Hanya cucuhan menghasilkan asap toksin bersilih ganti. Bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. Paling malang dua-dua tangan tak mahu ditepuk tetapi tetap mengharapkan hasilnya pemecah sunyi.
This entry was posted
on 2009/04/11
at Saturday, April 11, 2009
and is filed under
SEX(self expression)
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.