Sengal  

Posted in

Man: How old is your father?
Boy: As old as me
Man: How can that be?
Boy: He became a father only when I was born

ps: jangan la anak aku fikir macam ni nanti

Komunikasi.  

Posted in


Ada pihak A & ada pihak B di sebelah sana. Jika A memberi maka B kena menerima apa yang B cuba sampaikan barulah proses itu berjaya. Ada masa A bagi lain tapi B dapat lain. Di tengah-tengah ada noise ataupun gangguan. Selalunya gagal sebab itu. Namun ada jugak pasal B yang gagal mentafsir maklumat A. Aku? Selalu sangat berhubung pakai perantara. Antara A & B tu ada lak A.1. Alangkan terus-terusan pun banyak risiko inikan pula berwakil-wakil. Come on man, break the ice or the ice will break you!

Masa form 4 kelas aku ambik bahasa arab komunikasi. Masa exam memang jenis hafal karangan. Kalo nasib apa yang dihafal kena dengan soalan waktu tu dapat la juga markah. Naik form 5 kitorang tukar ambik bahasa arab tinggi. Bukan sebab kitorang semua rasa BA Kom sudah kurang mencabar, tapi sebab lebih mudah dapat markah ustaz kata. Dengar macam gempak. Teknik yang sama juga digunakan sewaktu exam yakni menghafal dan aku cemas-cemas fail kertas ini sebab tersalah keronyok kertas jawapan. Jenuh juga nak bagi kertas tu elok balik. Rasa nak balik asrama jap ambik sterika. Dipercayai faktor ini menyebabkan aku gagal dapat A. (Macam biasa alpa satu jari je tala kat orang)

Sukati  

Posted in

Bahan perasap...check!
Air masak...check!
On pc(ye, aku masih bergantung sepenuhnya menulis dengan pc sementara Kep berusaha memperbaiki laptop dalam kesibukan beliau)
Buka Real Player(ntah nape winamp berbunyi terlalu perlahan). Playlist-Radio versi 3 orang nyanyi(atau 2 orang cakap) & lagu anak-anak Ahmad Dhani. Tadi balik dari Jka mencuba dengar melalui mp3 modulator tapi langsung tak boleh. Takkan sebab donlod kot(opsss!). Selama ni leh je.

Klik FreeCell. 1st game kantoi(alamak terjejas rekod). Takpe try lagi tapi not the same game. Takkan nak jatuh lubang yang sama 2 kali ye tak?

Malam tadi game penting. Rival between two Reds. Team yang masih terbawa-bawa kejayaan masa lampau(Liverfool) & myTeam(bukan KJ punya) iaitu Man United. Apa kes game lagi sejam aku masih ngadap pc? Hmmm aku hanya mampu memohon kerjasama dari Yang Benar untuk memberi laporan langsung via sms. (shoot! kalah)Ini berikutan keputusan Karomah untuk tidak memasukkan pakej sukan dalam langganan baru Asteruk di rumah baru. Untuk mengelakkan conflict of interest di kemdian hari. Janji citer indon ada. Tak upaya la bila dijawab, nak wat camne Karomahku memang orang Jawa/i. Memang betul pun, hatta surat beranak beliau tulis "Jawanese" di ruang keturunan. Memula tengok ingatkan aku ada bau-bau bacang dengan Takeshi Kaneshiro apabila tersilap pandang macam disitu tertulis "Japanese". Almaklumla dah lama mende tu & banyak kali difotostat. Dengar-dengar ada orang yang disebut-sebut beliau dah lama tak nampak muka nak datang rumah dalam minggu ni. Jauh disudut hati aku kata tak datang pun takpe. Tak perlu la perasaan Karomahku ini dipermain-mainkan. Cukup la cuma perasaan aku.

Latihan cum kelas tambahan tadi berjalan lancar. Dah nampak rupa sikit. Kagum dengan kegigihan mereka yang sanggup memberi komitmen di waktu-waktu genting menghadapi final xm. Boleh mula pun on-time, gambaran menarik bagi kelas khas tahun depan.
(Sambung main FreeCell sepam. Kan aku dah cakap,mesti diorang saja bagi yang senang)
Nak cerita lebih-lebih pasal ni takleh sebab aku tau AFAT selalu baca blog aku. Silent reader konon-konon. Ada sekali je tinggal komen itupun ada ke direvealnya siapa CMK. Ish ish ish tak pasal-pasal 1 dunia dah tahu siapa laki CT sekarang.

Berat mata memandang  

Posted in

berat lagi perut yang mengusung ke hulu ke hilir. Syg aku tengah sarat mengandungkan baby sulung kami. Hasil percantuman benih sewaktu minggu perkahwinan. Sharp shooter kata kekanda-kekandaku. Aku balas, tengok le sape yang dok pesan macam-macam. Betul la kuat itu kat ayah kita. Bukan kerja mudah. Aku bersyukur sangat-sangat doaku dimakbulkan. Semoga dengan kurniaan cucu sulung ini akan menggembirakan mak & abah aku. Lepas ni takdela takat layan cucu sedara je. Apa le agaknya anak aku nak panggil diorang nanti. Kalo ikut keturunan mak, harus panggil embah. Kalo ikut belah abah aku kena panggil tok & wek/nenek. Nanti la bincang. Benda ni datang sendiri. Bagi selamat zahir ke dunia dulu. Cuma CMK dah pesan nanti anak aku panggil dia abang K.

Nak cerita betapa susah wanita mengandung. Nak-nak pulak bagi yang pertama kali. Semua yang dilalui adalah pengalaman baru. Kalo time sakit tu, nak duduk tak kena. Baring tak kena. Last-last aku bagi idea sangap aritu suruh meniarap. Kalo time baby tengah aktif lak lagi best. Ibu dia selalu kata baby tengah wat demo. Demo solo le nampaknya. Setakat yang diperiksa tiada partner. Orang kata ibu yang pernah merasai pengalaman mengandung lebih mudah insaf bila mana melalui rasa ibu mengandungkan kita dulu. Aku juga sedang mendalami perasaan itu. Sebab itu ukur lilit pinggang pun makin besar. Cuba turut meredakan perasaan Sygku. Tidaklah beliau rasa tertekan. Ada jua yang memahami.

Epik hidupku part 2  

Posted

Sampai sudah masanya.

Sebulan yang lepas di sebuah masjid tepian parit. Alhamdu Lillah selepas asar sehari sebelumnya urusan fardu ke atasku untuk urusan perpindahan amanah berjaya tanpa ada sebarang gelinciran. Bukan gelojoh bak gurauan abg chot tetapi semangat berkobar untuk menyelesaikan urusan wajib ini secepat mungkin. Demam semenjak awal minggu belum menampakkan potensi untuk surut. Namun sedikit sedih kerana tiada seorang pun sa'udara yang sempat hadir menyaksikan peristiwa penting itu kecuali isteriku & adik perempuanku. Dengar cerita satu kereta itu terlalu banyak makan langsat.

Proses mengkenangankan saat itu pun sekadar dengan kamera kompak. Jadi la dengan standard aku. Harapkan DSLR seseorang (siap janji bagai, cuma belum sign kontrak je) tapi seumpama harapkan pagar, pagar tak boleh harap. Taktik melambat-lambatkan akad ternyata berjaya bilamana tangan pertama yang digoncang tok kadi bukan tanganku. Sempat juga memerhatikan dulu mempelai pertama menjalani rutin. Hati penuh dengan kerisauan dek gurauan, usikan & pesanan sekalian umat yang prihatin. Sumpah waktu tu apa yang masih kukuh terpahat dalam kepala hanyalah bilangan rukun iman. Nak pakai talian hayat CMK pun dia masih atas jalan. Takkan nak pakai 'pelampung' abah mertua. Air muka beliau wajib dijaga.

Lain padang lain belalang.

Setelah tok kadi berperwatakan haji al-ghazali memberi peluang untuk berlatih maka keyakinan aku makin berbunga-bunga. Boleh tahan juga 'sense of humor' beliau apabila tersilap menyebut nama abahku. Haru jadinya. Orang lain duduk atas alas, orang duduk belakang yang di panggil. Sedikit sebanyak dapat juga membantu aku meresap ke dalam majlis itu lagi. Aku yang memang bersifat -ve anti-sosial sangat memerlukannya. Tips berikut boleh dipakai oleh mereka yang
bakal diakadkan di negeri merah kuning. Lafaz kabul disana tiada-nya bagi merujuk kepada isteri. Contoh aku terima nikah (nama isteri) dengan mas kahwinnya (berapa jumlah ikut terer korang, tapi aritu minimum RM80 maka jumlah itu pilihan aku) tunai...

Malam pertama yang panas.

Setelah menjamu selera aku kembali semula ke rumah persinggahan. Tak sedar entah bila dah mula berselimut atas katil tunggal. Sedar-sedar je terasa seperti bilik kecil tepi dapur itu terpasang penghawa dingin bersuhu paling minimum. Ah sudah, macam mana nak ke tentatif berinai malam ni? Penghuni rumah yang lain sudah bersedia untuk bergerak rupanya tanpa mengetahui status kesihatan aku yang makin kritikal. Ingatkan demam biasa-biasa. Panggilan dari isteriku bertubi-tubi diterima. Habis sudah kata-kata untuk menerangkan keuzuranku sehingga akhirnya tak mampu untuk aku jawab lagi. Akhirnya menjelang tengah malam isteriku (dah mula membiasakan diri dengan title baru)hadir dengan membawa barang keperluan & membawa aku ke klinik seorang singh 24 jam. Syukur alhamdu Lillah diagnosis menunjukkan aku sekadar demam standard tanpa elemen tambahan kuman denggi mahupun chikungunya. Ujian pertama bergelar seorang isteri berjaya dilepasi dengan cemerlang. Kata-kata yang Utama tetap terbukti kebenarannya.

Hari pertabalan.

Pagi itu adik-adikku dah mula sampai. Kepala masih bertampal dengan kool fever edisi budak. Asap yang menerobos kerongkong pelik benar rasanya. Bau pun dah rasa pelik semacam. Pertama kali rasanya dalam sejarah pertabalan, tuanku demam. Nak buat macam mana sudah habuan. Yang penting majlis kena diteruskan. Aku tak risau sebab ada 5 panglima bersingkap biru tua yang beriman & beramal soleh lagi gagah perkasa bakal mengiringi. Apa-apa jua yang terjadi mereka aku percaya akan senantiasa di sisi. Persalinan ungu menjadi pilihan. Semua milik sendiri kecuali tengkolok & sampin kerana saiz aku bukan jenis yang boleh dipinjam-pinjam, disewa-sewa.

Sesampainya di lokasi pertabalan kumpulan kompang muda-mudi dah bersedia. Sempoi aje persalinan mereka. Mungkin P.A. YB kawasan itu masih dalam fasa meneliti permohonan mereka. Pakej mereka sekali dengan silat sembah. Dek ruang yang sempit hampir-hampir juga panglima pengiring berpencak. Muka masing-masing geram je. Pantang sentuh. Sabar bro.

Dalam dok tengah sengih-sengih atas pelamin time tu jugak la sepupu aku call tanya arah. Walawei sampai kena sound dengan pengapit isteriku merangkap mak saudara. Dengarnya plan asal orang lain tapi tetiba last minute tukar orang. Kesian orang yang asal. Takpela, there's always another time. Kemudian acara yang paling dinanti oleh budak-budak yakni tabur gula-gula atau masa kecik-kecik aku panggil cekelat. Punya la berlapis-lapis kertas selaput kotak, jenuh nak membukanya. Yang budak-budak dah standby nak dive in tatkala DJ beri ulasan selari. Sikit je lagi memang kotak tu aku lambung kat hadirin, korang bukak le sendiri. Memula tabur kat depan, menderu budak-budak datang. Baru cekelat belum choki-choki lagi. Tak cukup depan, kiri kanan, aku buat macam bubuh baja kat pokok sawit. Geng-geng kompang siap tadah dengan alat muzik di tangan.

Dah agak cramp muka dok sengih atas pelamin tiba pula masa untuk sengih kat meja makan utama lak. Macam biasa hidangan usah citer la hasil penangan adik ipar aku. Bukan kaum hawa tapi adam. Tapi bubuh la lauk paus celup tepung pun atas meja, tetap sebagai perhiasan. Takkan habisnya makan dek pengantin. Takmola 1st impression dah menampakkan kegelojohan. Plan asal untuk makan bersama dengan Datuk sementelah rombongan beliau on the way ke USM. Namun rombongan wakil perkumpolan itu tidak dapat sampai pada masanya, tak kisahlah janji mereka sampai. Hajat mendapat yang Utama tak kesampaian, yang selepas itu pun syukur
alhamdu Lillah.

Masa perpisahan.

Tiba masa aku ditinggalkan bersama keluarga baruku. Cuak juga menjangkakan proses blend-in. Sampai sekarang pun masih belum betul-betul rasi lagi. Rombongan keraian yang datang dari segenap kawasan mula bergerak pulang. Sempat la juga mereka membawa ayam golek sebagai tambahan kepada door gift wajib selaku tetamu kehormat. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang turut sama-sama meraikan hari pertabalan aku. Seminggu lagi berjumpa pula di rumah aku. Tarikh keramat pada 21.

Cukup lama masa diambil untuk menzahirkan dalam bentuk laporan. Semoga anak-anak aku nanti dapat merujuk kepada posting ini dibawah tajuk "the making of me".

Sambungan kepada kisah epik ini akan tetap menyusul tetapi tidak dapat diletakkan dateline. Insya'Allah jumpa lagi dalam sambungan seterusnya.

Unjin  

Posted in

Auk auk(korang bayang le sendiri bunyi anjing menyalak yang cukup annoying)

"Bunyi apa tu Man? Dari tadi lagi Mak dengar tak berenti"

Man pun pergi ke bahagian depan rumahnya lantas menilik menerusi tingkap.

"Mak, meh tengok ni jap Mak...ini bukan anjing yang dah lama abah buang aritu?"

"Ye lah Man, anjing kurap ni la yang abah kau mintak pakcik Samy(dialog konsep 1Malaysia) tolong tangkap & buang kat hujung kampung. Menyusahkan kita je masa dia ada dulu. Habis dikacaunya baju-baju mak yang bersidai. Tong sampah kita tu lagi la, tak pernahnya elok tegak berdiri. Habis dikenjahkannya. Malam-malam nak tido pun susah, terpekik terlolong sekor-sekor dia. Pendek kata masa dia ada dulu kita tak senang hidup kita. Ada je benda yang dia usik. Tu yang Abah ko buang", begitu panjang lebar Mak menceritakan kisah riwayat hidup anjing kurap itu kepada anaknya.

"Ic...patut la Man balik masa cuti raya cina(lagi konsep 1Malaysia diterap) aritu dah takde. Abah dah buang rupanya, jauh tu Abah buang. Camne dia leh balik semula ni?".

"Entah la Man, dia ada terbau bangkai biawak yang mati belakang umah semalam kot. Abah ko belum sempat lagi nak buang. Ish anjing ni, tau je kalo ada benda tak elok kat umah ni".

"Ala Mak, anjing ni kalo di bagi makan ressoto sekali pun tak maunya dia. Idung tu memang dah set bau mende tak elok. Memang dapat la kalo cari. Duduk jauh mana pun. Dah memang fitrah kejadian anjing Mak".

"Betul jugak cakap ko tu Man. Tapi yang Mak pelik, ada gak yang leh layan perangai anjing kurap ni. Ha, ko tengok tu. Bukan main syok ayam jantan tu ralit kagum tengok anjing tu. Padahal masa Abah ko lastik marahkan anjing tu dulu, dia salah seorang saksi kejadian".

"Tak pe Mak, kali ni biar Man setel once & for all(nostalgia PPSMI). Nak tunggu Abah pun lambat lagi, biar Man tembak je anjing ni sampai mampus. Kesian kat Mak".

"Eh.takpe ke Man? Nanti Abah ko marah lak nanti memandai-mandai".

"Takpe Mak, Man dah tanya dia dah. Ni ha mesej Abah(rupa-rupanya sambil bersembang Man sempat berkomunikasi dengan Abahnya)".

"Owh ok, jap Mak ambilkan senapang Abah dalam bilik....Baik-baik Man nanti terkena lak ayam jantan tu sekali".

"Takpe la Mak kalo kena pun, nampak macam dia kagum benar dengan anjing tu. Alang-alang kan"

Man pun membidik sasaran. Nafas ditahan seketika untuk meminimakan pergerakan. Kena tenang supaya tembakan tidak tersasar. Setelah berpuas hati dengan keadaan angin, picu senapang patah dua laras itu ditarik. Dam...dam!

Dejavu la lagi...  

Posted in

Entri ini didekasikan khas buat CMK, adindaku dunia & akhirat. Aku tahu hanya jasad beliau berada di Langkawi, hati masih tetap disini. Ditambah pula dengan kekasih hati CT yang terpaksa ditinggalkan. Lenkali tinggal la kat aku, leh aku bawak CT jenjalan ke Kuantan.


Hari ini aku ke Kuantan bertemankan Md bukan CMK seperti yang lepas. Pertama kali cuba berusaha melakukan tugas & tanggungjawab negeri dengan sebaiknya. Pra program semua berjalan lancar. Segala komunikasi yang perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin. Sebagai orang tengah, semua pihak berwajib perlu disampaikan maklumat setepat & secepat mungkin. Komunikasi antara A & B tidak harus ada "noise" antaranya. Segalanya diatur dengan bantuan dari sahabat-sahabat yang cukup prihatin. Terima kasih semua.

Alhamdu Lillah diizinkan sampai sebagaimana dirancang. Ksatriaku bukan jenis boleh ditekan-tekan lalu laju berdesup memecah laluan angin. Sebelum sampai ke destinasi AFAT telefon & mengajak terus ke Vist kerana kunci bilik dah dapat. Cantek, boleh terus hantar bagasi. Lepak punya lepak sekali lambat gerak. UM berkeras mintak semua naik Ksatria, ceh baru berangan nak nak Merc. Dalam perjalanan telefon lipatku berbunyi. Hah, nampaknya kegagalan misi yang lepas bakal berulang. VVIP dah sampai di MP. Mak aih, terus Ksatria convert jadi Evo VIII(dalam bayangan). 2,3 kali juga la panggilan dari orang yang sama bertanya soalan yang sama,"kat mana dah? brp lama lagi mau sampai?". Memang dejavu. Sama macam kes dalam bulan puasa yang lepas. Cuma kali ini lebih ramai penyertaan. Aku,Md,AFAT & UM. Cilok punya cilok siap langgar 2 lampu merah akhirnya sampai juga kami kat MP sebelum VVIP bergerak jauh. Fuh, ada sikit peningkatan dari yang lepas dimana aritu langsung tak sempat. Ayat terakhir tu semata untuk memujuk diri aka ayat loser. Macam mana leh kantoi juga kali ni. Menghampakan harapan orang tersenarai dalam "list of unwanted event" aku. Lebih-lebih lagi VVIP.

Takpelah, yang sudah tu sudah. Apa yang longgar kena diperkemaskan, apa yang kurang kena ditambah, apa yang lalai kena diingatkan berkali-kali. Semoga yang seterusnya dapat CMK beserta dengan CT. Fight la sikit nak folo Merc.

MP=meeting point

pengajaran hari ini-Merc tetap Merc, jangan diagak macam kereta nasional

Walimatul Urus CMK & CT  

Posted in

Lewat di rumah CMK suatu petang terlihat olehku seorang rupawan yang elok duduk bersimpuh. Aik, maka aku pun terus mengundurkan Ksatria & mengambil keputusan untuk singgah. Kebetulan CMK memang ada di rumah, bunyinya tengah mengadap makanan melalui corong telefonku. Sah, rupawan ini memang milik beliau! Maka benarlah segala desas desus.

Patut la sungguh-sungguh CMK merahsiakan tujuan pemergian ke Temerloh pada Jumaat yang lepas. Sampai aku terpedaya dengan bisikan lalu sedikit terasa dengan tahap kerahsiaan itu. Biasa dikongsi juga apa-apa maklumat xtvt sungguhpun peribadi. Rupa-rupanya hari itu la beliau & CT mengikat perjanjian sehidup semati. CMK hidup CT mati.

Sewaktu mula-mula kami bertemu dengan CT memang hati kami berdua tertawan. Dengan rupa yang cantik serta susur keturunan yang baik-baik. Cuma bezanya aku masih tetap setia dengan Ksatria & CMK mengambil langkah berani melamar CT dengan hantaran 15k! Aku dulu setakat 1 je tak cukup 10, beliau dah lebih 6k dari aku. Nak buat macam mana mak bapak sekarang dah makin "demanding".

Aku turut tumpang gembira(& naik) melihat CMK berjaya menggapai impian beliau memiliki CT. Tergambar puas diwajah beliau berdiri disamping CT. Tak perlu lagi nak kemana-mana dengan mengharapkan belas ikhsan orang. Insya'Allah 17hb nanti aku berpeluang mengenali CT dengan lebih lanjut dengan izin CMK. Kot mana pun CT tetap sudah menjadi milik CMK. Semoga mereka berdua berbahagia & akan lebih melancarkan urusan memperjuangkan alif, ba & ta.

Mata yang nampak  

Posted in


"Kenali dengan sifat, bukan dengan indera tunggal yang terlihat"
-Irish

Persekutuan Ibu & Baby  

Posted in


Nampaknya si ibu sudah mula memulakan usaha untuk mempengaruhi baby supaya berpihak kepadanya. Wah, awal-awal lagi dah mula kempen. Mentang-mentang baby sekarang dalam persekitaran yang 100% dikawal oleh beliau. Sepatutnya baby diberi kebebasan untuk memilih tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Tapi ibu baby terlupa, baby sekarang dah celik mata, pasang telinga walaupun zahirnya terkepung. Ayah baby tau, baby ayah ni bijak membuat pilihan. Makanya antara 2 pilihan nanti tiada yang menang mahupun kalah. Yang selalu menang adalah baby kerana insya'Allah semua yang dihajati akan dipenuhi oleh ibu & ayah. Bertuah kau nak. 

Selamat pulang harapan anak bangsa  

Posted in

Maka tadi baru bergerak kereta selevel membawa mereka yang boleh diharap. Semalam di sini membawa seribu makna. Hadir bersama memeriahkan sambutan Fitrah buat kali pertama di rumah kampung. Kehadiran yang dekat tidaklah seramai mana memandangkan majoriti dari kumpulan terkini kena menghadiri perkhemahan. Maka dengan kehadiran 2 kereta dari jauh membawa sinar berbunga-bunga. Tema program kali ini, "alumni ada adik yang perlu diambil berat & adik ada alumni yang boleh diharap."


Sambutan ulangtahun kelahiran kali ini disambut awal (baca:sambutan skala ramai-ramai). Tidak pula menjadi ralat jika tidak ada sambutan tetapi lumrah manusia suka diraikan. Pertama kali disambut disisi seorang isteri & seterusnya anak yang bakal dilahirkan dengan selamat hujung tahun nanti, insya'Allah. Kejutan yang diharapkan Fizul bisa menitiskan airmata aku gagal jua. Entah, mungkin kerana getaran rasa sesama kita masih dalam tempoh pembaikan. Namun berbanyak terima kasih atas ingatan semua. Tinggallah nombor 2.

Teringin juga untuk memberi laporan agak detail tetapi menaip dari rumah CMK dengan keadaan fizikal & mental yang tidak 100% membuatkan ianya tampak mustahil. Bermula dari hari Jumaat siangnya membeli keperluan, malamnya sampai tidak sempat tidur mengadap lemang, Sabtu siang dengan sambutan Raya dari pagi sampai petang, malamnya dengan membawa bekas pelajar almarhum Helmi beraya ke rumah keluarganya & tadi membayar hutang pada Kep ke Lata Meraung. Namun segalanya berbaloi. Yang ditunggu selamat tiba.

Biar semalam menjadi pencetus kepada kebangkitan semula sub-perkumpolan yang sudah kalah dari segenap segi. Marilah bersama kembali kepada keadaan asal kita. Saat betapa tiada apa yang dapat memutuskan hatta melonggarkan ikatan.

ps:haha korang ingat orang pemes je leh kuar sokkaba?

Happy Day  

Posted in




"Ada banyak cara untuk selesaikan sesuatu masalah tetapi cara yang paling bijak adalah dengan bertanya kepada yang pernah melalui masalah itu"
-Irish

ps: tq mak, abah...

Menunggu mereka sampai  

Posted in

Terasa lama benar blog ini ditinggal. Apabila ada masa online sekadar sempat memadam email-email spam & menambah senarai spam, mengignore kebanyakan macam-macam request dlm FB(kecuali add friend) & menjengah berita dalam blog rakan-rakan. Bukan tiada entri-entri yang dihajatkan untuk diupload tapi bukan senang nak berkongsi rasa. Bukan boleh main taram. Bak pesan masyhur orang tua-tua yang diberi nafas baru-terlajak perahu boleh diundur, terlajak upload entri nanti orang boleh save(delete pun tak guna).

 So, all this while;
1. Aku & PPMI is a thing in the past. Masing-masing dah ikut haluan masing-masing. Berbanyak terima kasih atas segala ilmu & pengalaman yang diberi. Semoga maju jaya aman makmur sejahtera selamanya hendaknya.  

2. Insya'Allah 4 sem lagi lengkap jumlah buah, ada la 53 orang dari 100 sasarannya. Kenapa? Kerana Dia lagi tahu ukur & sukat kemampuan kita. Sebab kita ni mantap sangat la Dia hantar hanya yang "creme de la creme". So far ok. Cuma penat melayan 3 orang yang hyper riuh. Harus kena kawin dengan suami jenis senyap, kalo tak runtuh rumah. Adat la budak-budak lagi. Atas diorang ada la dua satu. Target nak cover yang ni la. Hmmm... 

3. Makin ramai yang memegang mazhab sekular. Apa yang perlu dianutkan sekali dicerai-asingkan. Pincang tanpa sedar, capik tak mau dipimpin. Kalau benar pun cemerlang melantun-lantun dalam urusan kerja tapi hubungan sesama sa'udara terbenam berlapis-lapis dek jarang benar berjumpa maka useless. Tak guna mengucap jika tidak faham apa yang diucapkan. Janji korang aritu dengan siapa? Kalo takat dengan ketua program bersaksikan ketua bidang takdehal. Yahudi yang mengaku pandai pun gigih mendalami ilmu tanpa penat. Ilmu seciput dah rasa tahu segala. Simpan je la apa yang ada tu, 10 tahun lagi ada kot dalam 1,000,000 dividen kat buku ASB korang. 

4. Safe play. Dah tiada lagi yang brutal. Jenis main pakai sarung. Takut terpancut kat dalam. Lepak lepas kelas memang tak nampak jalan. Dah lepas keluar pun menggelupur nak masuk balik. Sekadar nak sedapkan hati. Patutnya imbang suapan fizikal & rohani tapi dapat sekadar berak pada esoknya. Yang diharap untuk jadi pencetus pun tak paham-paham lagi situasi. Dah diakui kekurangan maka tolong la jadi mancisnya. Ini bukan jenis auto-ignite ikut suka bila masa nak nyala. Rasa dah sembang dengan CMK pasal neh.  

5. Dek jarang dapat online aku menggunakan sepenuhnya fungsi auto-post. Jadi kalau nampak komen korang lama tak berbalas tu paham-paham je la ye. Janji blog ini tidak terus berkubur. Hadam apa yang ada je ok. Banyak sangat pun tak elok. Sembelit nanti.