Selamat pulang harapan anak bangsa  

Posted in

Maka tadi baru bergerak kereta selevel membawa mereka yang boleh diharap. Semalam di sini membawa seribu makna. Hadir bersama memeriahkan sambutan Fitrah buat kali pertama di rumah kampung. Kehadiran yang dekat tidaklah seramai mana memandangkan majoriti dari kumpulan terkini kena menghadiri perkhemahan. Maka dengan kehadiran 2 kereta dari jauh membawa sinar berbunga-bunga. Tema program kali ini, "alumni ada adik yang perlu diambil berat & adik ada alumni yang boleh diharap."


Sambutan ulangtahun kelahiran kali ini disambut awal (baca:sambutan skala ramai-ramai). Tidak pula menjadi ralat jika tidak ada sambutan tetapi lumrah manusia suka diraikan. Pertama kali disambut disisi seorang isteri & seterusnya anak yang bakal dilahirkan dengan selamat hujung tahun nanti, insya'Allah. Kejutan yang diharapkan Fizul bisa menitiskan airmata aku gagal jua. Entah, mungkin kerana getaran rasa sesama kita masih dalam tempoh pembaikan. Namun berbanyak terima kasih atas ingatan semua. Tinggallah nombor 2.

Teringin juga untuk memberi laporan agak detail tetapi menaip dari rumah CMK dengan keadaan fizikal & mental yang tidak 100% membuatkan ianya tampak mustahil. Bermula dari hari Jumaat siangnya membeli keperluan, malamnya sampai tidak sempat tidur mengadap lemang, Sabtu siang dengan sambutan Raya dari pagi sampai petang, malamnya dengan membawa bekas pelajar almarhum Helmi beraya ke rumah keluarganya & tadi membayar hutang pada Kep ke Lata Meraung. Namun segalanya berbaloi. Yang ditunggu selamat tiba.

Biar semalam menjadi pencetus kepada kebangkitan semula sub-perkumpolan yang sudah kalah dari segenap segi. Marilah bersama kembali kepada keadaan asal kita. Saat betapa tiada apa yang dapat memutuskan hatta melonggarkan ikatan.

ps:haha korang ingat orang pemes je leh kuar sokkaba?

This entry was posted on 2009/10/04 at Sunday, October 04, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

8 ppl left their mark

sape CMK tu abg?

October 5, 2009 at 2:21 AM
Anonymous  

Cikgu Mustafa Kamal

October 5, 2009 at 12:49 PM
tawawfayakof  

tak terasa lata meraung tu hutang sobonarnya. huhu.. tapi apa apa hal pun, really apreciate it.

tak pasti apa yang dah jadi dengan program "alumni ada adik yang perlu diambil berat & adik ada alumni yang boleh diharap." tu berjaya ke tak. sebab kemuncak program (malam) tinggal aluni uitm dengan uum je. huhu.. sedih gak.

anyhow, semoga usaha itu diberkati. berharap benar dengan kesudahan yang baik baik semuanya.

October 5, 2009 at 6:16 PM
tawawfayakof  

oh ya... tahniah kerana nama masuk surat khabar. tahniah kerana dah masuk era 30-an. tahniah kerana bakal jadi bapak. tahniah kerana.. ah, segala tahniah la~

October 5, 2009 at 6:17 PM
Anonymous  

Nak ucap tahniah gak.. Plap3x!! (tepuk tangan paras dahi)hehehe

tahniah gak untuk mint yg tidak tido sepanjang perjalanan pulang..

October 6, 2009 at 3:51 AM

Salam

Lama xdgr khabar

October 6, 2009 at 9:08 AM
sumere  

masuk s0kkaba ke?? ape tajuknye??

October 9, 2009 at 1:13 PM

kencana~tu AFAT dah bgtau, lps ni xleh hide dah

AFAT~susah2 je

tawaw~sbg permulaan x dpt nak kaut semua...xpe, yg penting bola dah start golek & tq

air~gle sarkastik berkenaan mint

sam~hehe org 'kaya' mcm ni la

sumere~wanted man

October 10, 2009 at 10:27 AM

Post a Comment