Epik hidupku part 2  

Posted

Sampai sudah masanya.

Sebulan yang lepas di sebuah masjid tepian parit. Alhamdu Lillah selepas asar sehari sebelumnya urusan fardu ke atasku untuk urusan perpindahan amanah berjaya tanpa ada sebarang gelinciran. Bukan gelojoh bak gurauan abg chot tetapi semangat berkobar untuk menyelesaikan urusan wajib ini secepat mungkin. Demam semenjak awal minggu belum menampakkan potensi untuk surut. Namun sedikit sedih kerana tiada seorang pun sa'udara yang sempat hadir menyaksikan peristiwa penting itu kecuali isteriku & adik perempuanku. Dengar cerita satu kereta itu terlalu banyak makan langsat.

Proses mengkenangankan saat itu pun sekadar dengan kamera kompak. Jadi la dengan standard aku. Harapkan DSLR seseorang (siap janji bagai, cuma belum sign kontrak je) tapi seumpama harapkan pagar, pagar tak boleh harap. Taktik melambat-lambatkan akad ternyata berjaya bilamana tangan pertama yang digoncang tok kadi bukan tanganku. Sempat juga memerhatikan dulu mempelai pertama menjalani rutin. Hati penuh dengan kerisauan dek gurauan, usikan & pesanan sekalian umat yang prihatin. Sumpah waktu tu apa yang masih kukuh terpahat dalam kepala hanyalah bilangan rukun iman. Nak pakai talian hayat CMK pun dia masih atas jalan. Takkan nak pakai 'pelampung' abah mertua. Air muka beliau wajib dijaga.

Lain padang lain belalang.

Setelah tok kadi berperwatakan haji al-ghazali memberi peluang untuk berlatih maka keyakinan aku makin berbunga-bunga. Boleh tahan juga 'sense of humor' beliau apabila tersilap menyebut nama abahku. Haru jadinya. Orang lain duduk atas alas, orang duduk belakang yang di panggil. Sedikit sebanyak dapat juga membantu aku meresap ke dalam majlis itu lagi. Aku yang memang bersifat -ve anti-sosial sangat memerlukannya. Tips berikut boleh dipakai oleh mereka yang
bakal diakadkan di negeri merah kuning. Lafaz kabul disana tiada-nya bagi merujuk kepada isteri. Contoh aku terima nikah (nama isteri) dengan mas kahwinnya (berapa jumlah ikut terer korang, tapi aritu minimum RM80 maka jumlah itu pilihan aku) tunai...

Malam pertama yang panas.

Setelah menjamu selera aku kembali semula ke rumah persinggahan. Tak sedar entah bila dah mula berselimut atas katil tunggal. Sedar-sedar je terasa seperti bilik kecil tepi dapur itu terpasang penghawa dingin bersuhu paling minimum. Ah sudah, macam mana nak ke tentatif berinai malam ni? Penghuni rumah yang lain sudah bersedia untuk bergerak rupanya tanpa mengetahui status kesihatan aku yang makin kritikal. Ingatkan demam biasa-biasa. Panggilan dari isteriku bertubi-tubi diterima. Habis sudah kata-kata untuk menerangkan keuzuranku sehingga akhirnya tak mampu untuk aku jawab lagi. Akhirnya menjelang tengah malam isteriku (dah mula membiasakan diri dengan title baru)hadir dengan membawa barang keperluan & membawa aku ke klinik seorang singh 24 jam. Syukur alhamdu Lillah diagnosis menunjukkan aku sekadar demam standard tanpa elemen tambahan kuman denggi mahupun chikungunya. Ujian pertama bergelar seorang isteri berjaya dilepasi dengan cemerlang. Kata-kata yang Utama tetap terbukti kebenarannya.

Hari pertabalan.

Pagi itu adik-adikku dah mula sampai. Kepala masih bertampal dengan kool fever edisi budak. Asap yang menerobos kerongkong pelik benar rasanya. Bau pun dah rasa pelik semacam. Pertama kali rasanya dalam sejarah pertabalan, tuanku demam. Nak buat macam mana sudah habuan. Yang penting majlis kena diteruskan. Aku tak risau sebab ada 5 panglima bersingkap biru tua yang beriman & beramal soleh lagi gagah perkasa bakal mengiringi. Apa-apa jua yang terjadi mereka aku percaya akan senantiasa di sisi. Persalinan ungu menjadi pilihan. Semua milik sendiri kecuali tengkolok & sampin kerana saiz aku bukan jenis yang boleh dipinjam-pinjam, disewa-sewa.

Sesampainya di lokasi pertabalan kumpulan kompang muda-mudi dah bersedia. Sempoi aje persalinan mereka. Mungkin P.A. YB kawasan itu masih dalam fasa meneliti permohonan mereka. Pakej mereka sekali dengan silat sembah. Dek ruang yang sempit hampir-hampir juga panglima pengiring berpencak. Muka masing-masing geram je. Pantang sentuh. Sabar bro.

Dalam dok tengah sengih-sengih atas pelamin time tu jugak la sepupu aku call tanya arah. Walawei sampai kena sound dengan pengapit isteriku merangkap mak saudara. Dengarnya plan asal orang lain tapi tetiba last minute tukar orang. Kesian orang yang asal. Takpela, there's always another time. Kemudian acara yang paling dinanti oleh budak-budak yakni tabur gula-gula atau masa kecik-kecik aku panggil cekelat. Punya la berlapis-lapis kertas selaput kotak, jenuh nak membukanya. Yang budak-budak dah standby nak dive in tatkala DJ beri ulasan selari. Sikit je lagi memang kotak tu aku lambung kat hadirin, korang bukak le sendiri. Memula tabur kat depan, menderu budak-budak datang. Baru cekelat belum choki-choki lagi. Tak cukup depan, kiri kanan, aku buat macam bubuh baja kat pokok sawit. Geng-geng kompang siap tadah dengan alat muzik di tangan.

Dah agak cramp muka dok sengih atas pelamin tiba pula masa untuk sengih kat meja makan utama lak. Macam biasa hidangan usah citer la hasil penangan adik ipar aku. Bukan kaum hawa tapi adam. Tapi bubuh la lauk paus celup tepung pun atas meja, tetap sebagai perhiasan. Takkan habisnya makan dek pengantin. Takmola 1st impression dah menampakkan kegelojohan. Plan asal untuk makan bersama dengan Datuk sementelah rombongan beliau on the way ke USM. Namun rombongan wakil perkumpolan itu tidak dapat sampai pada masanya, tak kisahlah janji mereka sampai. Hajat mendapat yang Utama tak kesampaian, yang selepas itu pun syukur
alhamdu Lillah.

Masa perpisahan.

Tiba masa aku ditinggalkan bersama keluarga baruku. Cuak juga menjangkakan proses blend-in. Sampai sekarang pun masih belum betul-betul rasi lagi. Rombongan keraian yang datang dari segenap kawasan mula bergerak pulang. Sempat la juga mereka membawa ayam golek sebagai tambahan kepada door gift wajib selaku tetamu kehormat. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang turut sama-sama meraikan hari pertabalan aku. Seminggu lagi berjumpa pula di rumah aku. Tarikh keramat pada 21.

Cukup lama masa diambil untuk menzahirkan dalam bentuk laporan. Semoga anak-anak aku nanti dapat merujuk kepada posting ini dibawah tajuk "the making of me".

Sambungan kepada kisah epik ini akan tetap menyusul tetapi tidak dapat diletakkan dateline. Insya'Allah jumpa lagi dalam sambungan seterusnya.

This entry was posted on 2009/10/21 at Wednesday, October 21, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

3 ppl left their mark

sumere  

puas tunggu..xpela, janji tetap dik0ta..

barula nampak situasi raja..hehe

October 21, 2009 at 10:20 AM

Salam

Nk buat trilogi??

October 21, 2009 at 12:55 PM

sumere~raja mana kena tggu rakyat jelata?

sam~boleh juga

October 24, 2009 at 12:24 PM

Post a Comment