*connection speed waktu puncak membuatkan bahu kiriku bertambah berat...apa kes bukak gmail pon merangkak?...best effort kepala hangguk dia!
musim buah-buahan tiba lagi!...sampai jua masanya untuk menuruti hawaku terhadap buah durian...tahap berahi yang agak tinggi terhadap durian baru-baru ni je terjadi...dulu-dulu layan juga tapi tak seklimaks sekarang...mungkin disebabkan faktor umur yang sudah tak lama lagi akan meninggalkan angka 2...tapi terhadap durian spesis kampung sahaja, selain itu aku muak...sokong produk tempatan le katakan...
jadi pada sabtu lepas aku berpeluang untuk melampiaskan nafsu duri aku dengan semaksima mungkin...satu xpdc ke kebun CMK telah diatur secara underground non-paper work...bila ditanya macam ramai nak join (plan awal 3 biji kete), bila sampai masanya cuma tinggal 4 orang je tak termasuk aku & CMK...hmm, masih belum matang lagi nampaknya korang ni...belum "alif" lagi...
*sesi mengetest durian oleh afiq & alia*
sesampainya disana mentari dah mula nak tegak tapi mujurlah kawasan dusun yang redup meminimakan kadar kepanasan...maka bermulalah misi mencari durian gugur...satu demi persatu pokok durian diperiksa dibahagian bawahnya...keliling pokok yang dah ditebas menyenangkan misi search & rescue...peserta xpdc yang pakai macam nak gi main bowling kat Megamall memang merana la sikit...apa kes masuk dusun dengan selipar & jeans lawa...pastu kena serang nyamuk pun dah gelisah...kesian Alia, mungkin kat sg buluh takde nyamuk...
*tukang panjat rambutan yg dijemput khas dari besut* *hasil rampasan xpdc*
lumayan juga la hasil pendapatan kami hari tu dengan buah durian, rambutan & manggis...kira belakang hilux tu muat-muat untuk 2 orang je...terima kasih banyak-banyak kat tuan dusun...moga tahun depan bertambah-tambah buahnya...tahun ni pun bukan semua tempat yang jadi...dusun yang pernah kitorang serbu tahun lepas takde rezeki nampaknya...maybe time kitorang pegi tahun lepas tu dah all out...
*alan cuba utk berposing ala2 mangga* *berenang utk kesihatan (shit!)* *tengah berbincang utk acara luncur air berpasukan*
selesai misi mencari buah kami singgah ke sungai berdekatan...perancangan awal nak ke Lata Meraung tapi atas faktor alang-alang dah lalu tepi sungai tu pehal lak nak tambah 30 minit perjalanan di kala kenaikan harga minyak ni?...sebelum ni lalu je tak pernah singgah pun sungai ni...tempat ni pun tak kurang menarik...siap leh wat xtvt luncur air solo mahupun berpasukan ala-ala ketapi...air dia pun tak gatal macam kat Lubuk Yu...aku pulak leh terlupa nak bawak pakaian tambahan jadi belasah je la mandi pakai boxer haha...disebabkan itu aku terpaksa mengofferkan diri duduk kat belakang hilux untuk perjalanan pulang...sampai naik pening nak membawa kepada muntah lalu jalan drift hari tu...nak cucuh rokok pun jenuh...tobat dah lepas ni aku takmo duduk belakang kenderaan jenis pikap...
so buat korang yang takmo ikut tu ini je la bingkisan yang dapat diberikan dengan ucapan "sape suruh takmo ikut"...sekian laporan bergambar dari Ulu Cheka, kita kembali ke Sri Pentas.