bersama CMK mengambil peluang untuk bersama-sama melawat adik-adik berniaga di Bazar Pelajar petang tadi...kena gak jenguk memandangkan pelaburan melibatkan 1 proses penting...papehal mana nak korek balik modal tu...kenaikan harga bahan bakar mengakibatkan hanya mampu untuk aku memiliki Marlboro bersaiz kecil sebelum ke bazar, kenaikan sebanyak 60 sen kepada RM6.50(hadoiyaiii)...sampai-sampai je dalam 3.30pm tengok tapak bazar masih lengang...uiks, berdasarkan laporan yang sampai katanya pukul 3 dah start...Midi dihubungi menjelaskan bahawa mereka dah sedia untuk bergerak dari rumah sewa...takpela kalo gitu, lepak la dulu dalam kereta yang berhawa dingin...tak lama sampai le mereka...


dalam pukul 7 lebih kami berkemas bagi persediaan berbuka...menu ala kadar menjadi pilihan aku pada petang ini bagi

perut yang kosong dah terisi...bukan banyak pun makan...sekadar kurma, kuih-muih & air buah-buahan yang memang best lebih-lebih lagi air honey dew...mungkin jua kerna berkat makan beramai-ramai, sedikit suap banyak yang sengkak perut...siapa yang belum berkesempatan merasa air buah-buahan untuk menu berbuka silalah berbuat demikian sebelum terlambat...time raya memang kitorang dah tak buka gerai.