Raya vs Umur
Keluk di atas adalah teori aku mengenai hubung-kait antara peringkat manusia dan kadar kegembiraan/kepuasan menyambut raya. Paksi X mewakili tahap kepuasan manusia manakala paksi Y mewakili peringkat umur manusia. Thanks to Cikgu Ibrahim B (4&5 Ibnu Hazim) & Cikgu Osman (matrix 1.03) aku masih mampu mengingati keluk yang pada ketika itu kami semua rebel untuk memahaminya atas alasan bila masa la nak diaplikasi keluk-keluk ni. Sikit-sikit "Ceteris Paribus", paksi x & y, cembung & cengkung dsb.
Merujuk kepada rajah di atas, terdapat 2 kali(titik A & B) di mana kepuasan mencapai tahap maksimum iaitu sewaktu y1 dan y3. Y1 mewakili tahap umur kanak-kanak dan y3 mewakili tahap dimana seseorang itu mula berkeluarga dan dikurniai anak.
Kalo tanya memasing mesti kata zaman kanak-kanak paling best. Sebabnya? Keseronokan di tahap optimum & tekanan di tahap paling minimum. Nak pe mintak je, kalo agak tak jalan buat-buat merengek sikit lama-lama dapat juga. Cuba buat style tu time beso ni, mau tak kena sesiku dua kat rusuk.
Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, aku berada di y2 dimana tiada langsung feel nak beraya aka mood raya peringkat terendah. Cukup sekadar memenuhi tuntutan agama (tu pun x semua macam biasa). Makin teruk apabila aku rasa 1 Syawal hanyalah sekadar permulaan hari pertama aku boleh makan semula di siang hari. Waktu kebanyakannya dipenuhi dengan aktiviti melayan rancangan-rancangan tv khas sempena raya. Nasib baik ada idiot box tu jadi tempat menumpang kaseh. Time ni kalo ada budak-budak datang mintak sedekah beraya ke rumah memang malang, memang aku tak bukak pintu. Ala diorang datang pon tak ikhlas, jadi aku menolong mereka dari lebih berdosa di hari mulia.
Titik B tu hanya sekadar teori & harapan aku. Masa tu mungkin la dapat seronok balik sebab menumpang kegembiraan anak-anak. Talking about beraya in new environment, new vibe, new aura. I'm happy if I can make others happy especially my offspring, my cute lil' child, my luvly mmuahhh2. Nak cerita lebih-lebih pun seriau sebab dalam mode menipu sekarang, nanti aku dah "sampai" aku akan "menyampai" ok guys.
Pada korang yang masih lagi feel the true spirit of raya aku ucap tahniah. Jangan lupa kecapi saat-saat manis ini dengan semaksimas mungkin. Hargai selagi ada. Manusia memang begitu, dah hilang baru hargai dengan rasa kehilangan. Posting khas raya nanti dululah, awal lagi beb!
p/s: core posting ini dicilok kembali dari blog FS aku 2 tahun yang lepas.