2 malam di Kuala Lumpur-malam awal  

Posted in ,

Selamat sampai dengan izinNya petang semalam di ibukota. Gusar pada mulanya mengenangkan keadaan Ksatria Baja Hitamku tetapi sepanjang perjalanan memujuk hati agar tidak bergantung selainNya. Nampaknya DUKE dah siap. Kagum dengan kemampuan mereka mencipta akronim yang 'catchy'. Teringat suatu ketika dahulu mencari satu perkataan untuk satu program peringkat negeri. Akhirnya lahirlah KACIP buat julung-julung kali. Namun yang paling menggelikan benak apabila lahirnya nama KASIM oleh Min. Ko memang kering 'literally' haha...


Parkir di salah sebuah stesen LRT yang sentiasa tidak mengecewakan. Sudahlah percuma, jarang sangat kehabisan ruang walaupun terhad. Kat mana? Kat PJ hehe... Mengambil tiket ke Hang Tuah sehala ditukarkan dengan material bernilai RM1.90. Misi menengok external HD. Yang kat rumah dah senak dengan macam-macam. Fail gambar saja dah makan berbelas gig. HD tu pun tak besar mana, itu yang terasa benar 77 sebulan tak dimanfaat seluruhnya.


Punya la ramai orang kat LY. Kat bawah Acer sedang buat promosi laptop. Kalo CMK ikut mesti dia nangis guling-guling melihat. Takpe la yang sudah tu sudah. Kebanyakan pengunjung nampaknya membeli laptop. Nampak gayanya golongan fakir ilmu. Kalau zaman di Sintok dulu dapat tengok laptop macam dapat tengok Bugatti Veyron. Sekarang siap leh hilang macam hilang pensel tekan je. Betapa zaman berubah aka aku dah tua hoho...

Teruja dengan Maxtor Basic(r) 1TB yang berharga RM350. Jenama paling mampu milik setakat yang dijumpai semalam. Geram punya pasal dek bebelon yang acap timbul mengingatkan aku kekurangan ruang mengakibatkan hampir hilang pedoman. Namun unit itu tidak jua ku ambil. Konon-konon hari ini nak pergi lagi. Tak sempat dah rasanya kerna kebanyakan premis tutup awal untuk sambutan esok. Itulah kita, entah bila nak hilang pergantungan pada mereka. Aku tau masa tu akan tiba.



Malam tadi dihabiskan dengan program mesra-mesra keluarga dinasti Kassim. Bila dah sampai lembah kota kena bahagi antara 2. Dua-dua pihak kena jaga. Kali ni tidak menginap di istana hinggap Seraya seperti kebiasaan. Mujur ada istana hinggap Bkt Utama sebagai pengganti. Semoga istana ini selamat dari malapetaka.

Nak bergerak ke istana hinggap Seraya pula. cukuplah setakat ni laporan dari Bkt Utama. So much thing to write, so little time. Jumpa lagi.

This entry was posted on 2009/01/25 at Sunday, January 25, 2009 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

7 ppl left their mark

isk isk.. saya pun harus nangis guling guling jugak! nak laptop baru jugak~!!

January 26, 2009 at 10:11 PM

godaan kat LY mmg menggila...paling sedih bila so much thing interesting yet so little material to exchange for it

January 27, 2009 at 10:13 PM

PC ku masih dlm keadaan koma lagi.hnya menumpang PC kwn je...huhuhu

January 28, 2009 at 3:20 AM
Anonymous  

i2 arr.
lenkali pujuk arr bia dpt hantaran Laptop n Ext HD..hehehehe

January 28, 2009 at 9:15 AM

mint~sabo2, biar koma dr titik

air~hoh! malang le sape bini ko esok

January 31, 2009 at 2:45 PM
Anonymous  

bese ar..
klu nk sy..
investment mst besar..
brg baek kn..
hahaha

January 31, 2009 at 4:18 PM

takot ko je yangkena buat investment beso, alan. huahaha ...


~beli pendrive la banyak2

February 3, 2009 at 2:19 AM

Post a Comment