Dasar blogger tegar
Dah blogger tu blogger jugaklah. Agaknya la kata-kata dari seseorang jika mengetahui yang sempat juga aku mengupdate blog dalam hambatan masa. Sebentar tadi baru je sampai dari PPMI. Kejap lagi nak ke Jengka lepas tu terus ke Kuantan. Hajat di hati sekadar nak baring-baring tanpa menutup mata. Sekali terlelap baik punya, ada orang KL call pasal esok pun antara jawab dan tidak. Bila cek balik call log baru terkocoh-kocoh call semula. Terus sedar satu kesilapan kerana tidak memaklumkan info detail secara peribadi kepada VVIP. Buatnya esok beliau sampai berbaju Melayu memang masak aku. Jadi harapnya program esok berjalan lancar & bermanfaat untuk semua. Maka dijangka esok bertemulah aku dengan penyokong tegar Chelski.