Bekam Lintah (18sg)  

Posted in

Warning; Viewer discretion advised. Graphic images may be disturbing to some viewers.

Malam tadi kami menjalankan ibadah baraan ke rumah Pak Tam di Temerloh & Li di Jengka 19. Kekangan masa mengakibatkan ibadah ini terpaksa dilakukan pada waktu malam. Sehingga habis Syawal insya'Allah hujung minggu sentiasa penuh sampaikan ada program yang bertindih. Mana-mana program yang kos lepas tu harap sangat difahami & dimaafkan.

Sewaktu di rumah Li, kami mengambil keputusan untuk berbekam. Sudah lama berhajat untuk berbekam ni. Malas dah nak taip lagi, korang tengok penerangan bergambar je la ek.

*proses meletakkan lintah ke sasaran*

*sasaran pertama*

*kat tulang kipas*

*dipercayai toksin paling banyak disini*

*lutut CMK*

*sucking the bad blood*

*dah nak penuh*

*punya la berat smpi melendut - kaki CMK*

*wound left-Y shape*

*ni yg kat kaki CMK td*

*ntah brp ltr darah CMK dlm ni*

*keep on flowing*

Sesi yang mengambil masa lebih kurang sejam diisi dengan aktiviti membahan sesama sendiri. Tiada yang terlepas menjadi sasaran. Masing-masing claim yang berbekam bakal menjadi "bersih" selepas sesi itu. Dipercayai yang tak berbekam malam itu memang sudah berstatus bersih sejak azali.

Memang 1 pengalaman yang pelik & cuak. Sewaktu dalam perjalanan pulang ternyata tampalan ala kadar tak berupaya nak menampung aliran darah. Maka tanpa disedari DNA aku ditinggalkan di kerusi pemandu & alas kaki kereta CMK. Sorry bro! Jadi apa-apa hal nanti korang tahu kat mana nak dapatkan DNA aku. Li kata 3-4 jam berhenti la darah. Memang cuak sewaktu menanggalkan tampalan. Darah mengalir seolah plastik yang bocor. Last-last tak larat nak layan, tidur dalam keadaan bermandi darah. Nasib baik mak aku tak masuk bilik masa tidur. Mau beliau ingat aku dah mengikut jejak langkah adik aku yang nombor 3.

Setiap kejadian Tuhan ada fungsi & tugas masing-masing. Jadi biarlah tugas menghisap darah kotor ni diserahkan pada yang pakar iaitu makhluk bernama lintah. Nak diceritakan pasal kebaikan belum lagi dapat rasa. Mungkin kadar toksin sebagai perokok sejak 2001 ada kurangnya. Maaf jika entri ini mengingatkan korang pada cerita Dukun Lintah.

This entry was posted on 2008/10/08 at Wednesday, October 08, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

9 ppl left their mark

fullamak, pengalaman yg menarik. Tak sangka lak sampai sebegitu besar jadinya lintah selepas puas menghisap darah. Cuma betul ke lintah tu hanya hisap darah kotor, atau semua darah dibedal aje?

October 8, 2008 at 11:14 PM

bkn takat menarik, menolak pun ada ;p. setakat ni itulah rekod yg paling besar mengikut kata si pengusaha rawatan.

sptmana yg diberitahu begitu la. only the bad 1 sucked. donno how to explain,mayb its in the blood. tmpt sasaran disedut pun atas pilihan lintah sendiri.

October 9, 2008 at 2:21 AM

wahhhhhhhhhhhhh

that's damn scary....but damn interesting...my eyes just pop out when i see the last picts!

i think i have read somehow the western society is beginning to use this lintah as their treatment for unknown disease, or simply to enhance their beauty...

entah reading mana tah..malas nak back up by research..hahahahha

October 9, 2008 at 2:34 AM

no wonder felt so macho today haha...

1 of us put extra 2 at the side of the nose for resdung...me 5 is enough...still gatal kat area kaki

October 9, 2008 at 2:42 AM

ohh lintah ni sedut darah kotor ala2 ikan bandaraya makan tahi ikan lain la.. ekeke :PP

October 9, 2008 at 7:51 AM

sort of tp tidak le setaraf dgn tahi

October 9, 2008 at 1:01 PM
Anonymous  

waaahhhh...mesti lintah tu akan merindui mangsa yg ni..dukun pak lintah?? best ke citer tu???

October 10, 2008 at 11:02 PM

maunya x,brp ltr dia sedut...selalu x smpi lama dah kena cabut

memandai je ada pak lintah lak...mmg best tp yg kitorg rasa mlm tu mmg real...sila dptkan vcd cerita tu kdi cetak rompak yg berhampiran muakaka...

October 11, 2008 at 1:49 AM
Anonymous  

kalo goreng lintah tu bez x?mcm bez,ala2 cendol gtu..

November 27, 2008 at 2:15 AM

Post a Comment