Tadi di Tesco Ampang ada segerombolan manusia berpakaian merah jambu menunggu di setiap pintu dengan tabung untuk Gaza. Ironik kan? Pengunjung dapat menyumbang untuk kedua-dua belah pihak. Baru fair & square. Setelah dibekalkan dengan gambar-gambar yang bukan dari arus massa perdana tentang mereka, nak jeling pun aku tak lalu. Tak nampak pun ramai yang mengisi kotak lut sinar yang dipegang. Mungkin terdetik di hati mereka,"kalo aku derma kat diorang ni entah berapa sen yang sampai ke Gaza". Agak aku la.
Alang-alang dah ada di sini. Bila lagi nak mohon restu atas keraian ke-2 aku. Jangan tau nak main je bak kata Abg Fizol. Yang aku faham itulah. Setiap pekerjaan ada tertibnya. Setiap usul ada asalnya. Moga bertemu fakir ini dengan keberkatan. Ya Tuhan, Kau perkenankanlah...
It's now official that United had broken another record. This time is for the longest without conceding a goal in Premiership. Even more interesting it's between period where our back 4 is rocked with cruel injuries. Congrats Van Der Sar and knights who guarding the back with their heart & soul. Let's go for another record at the end of May.
Selamat sampai dengan izinNya petang semalam di ibukota. Gusar pada mulanya mengenangkan keadaan Ksatria Baja Hitamku tetapi sepanjang perjalanan memujuk hati agar tidak bergantung selainNya. Nampaknya DUKE dah siap. Kagum dengan kemampuan mereka mencipta akronim yang 'catchy'. Teringat suatu ketika dahulu mencari satu perkataan untuk satu program peringkat negeri. Akhirnya lahirlah KACIP buat julung-julung kali. Namun yang paling menggelikan benak apabila lahirnya nama KASIM oleh Min. Ko memang kering 'literally' haha...
Parkir di salah sebuah stesen LRT yang sentiasa tidak mengecewakan. Sudahlah percuma, jarang sangat kehabisan ruang walaupun terhad. Kat mana? Kat PJ hehe... Mengambil tiket ke Hang Tuah sehala ditukarkan dengan material bernilai RM1.90. Misi menengok external HD. Yang kat rumah dah senak dengan macam-macam. Fail gambar saja dah makan berbelas gig. HD tu pun tak besar mana, itu yang terasa benar 77 sebulan tak dimanfaat seluruhnya.
Punya la ramai orang kat LY. Kat bawah Acer sedang buat promosi laptop. Kalo CMK ikut mesti dia nangis guling-guling melihat. Takpe la yang sudah tu sudah. Kebanyakan pengunjung nampaknya membeli laptop. Nampak gayanya golongan fakir ilmu. Kalau zaman di Sintok dulu dapat tengok laptop macam dapat tengok Bugatti Veyron. Sekarang siap leh hilang macam hilang pensel tekan je. Betapa zaman berubah aka aku dah tua hoho...
Teruja dengan Maxtor Basic(r) 1TB yang berharga RM350. Jenama paling mampu milik setakat yang dijumpai semalam. Geram punya pasal dek bebelon yang acap timbul mengingatkan aku kekurangan ruang mengakibatkan hampir hilang pedoman. Namun unit itu tidak jua ku ambil. Konon-konon hari ini nak pergi lagi. Tak sempat dah rasanya kerna kebanyakan premis tutup awal untuk sambutan esok. Itulah kita, entah bila nak hilang pergantungan pada mereka. Aku tau masa tu akan tiba.
Malam tadi dihabiskan dengan program mesra-mesra keluarga dinasti Kassim. Bila dah sampai lembah kota kena bahagi antara 2. Dua-dua pihak kena jaga. Kali ni tidak menginap di istana hinggap Seraya seperti kebiasaan. Mujur ada istana hinggap Bkt Utama sebagai pengganti. Semoga istana ini selamat dari malapetaka.
Nak bergerak ke istana hinggap Seraya pula. cukuplah setakat ni laporan dari Bkt Utama. So much thing to write, so little time. Jumpa lagi.
Tak usah la korang menghabiskan tenaga untuk mengharap perubahan. Siapa pun yang dok kat atas sama je. Semua boneka. Semua dibiayai oleh musuh kita. Awal lagi leher mereka sudah dirantai bersedia untuk menerima arahan. Modus operandi yang sama berlaku jua di sini.
Once again I can't make it. Can't watch it for the sake of something far more important. My other source (Al-Amin aka da Truth) agreed to supply me with live match report with goal only option. There's no single sms from him during the class. While waiting for those primadonna preparing, I tried to asked him what happen in R**bok Stadium. With only few minutes left the score still nil all. Oh no, we need those 3 points badly. We should send those scousers where they belong. Puff after puff received another sms, the best of the night. Berba had scored the winning goal at the very last minutes of official time. Managed to brought broad smile to my face. I knew that our Red Army will always fight till the final whistle. Our sub mission is completed. The ultimate mission is to be there until May where it will only count. Come on you Reds! Bring back the Premiership crown to Malaysia this July.
Dah blogger tu blogger jugaklah. Agaknya la kata-kata dari seseorang jika mengetahui yang sempat juga aku mengupdate blog dalam hambatan masa. Sebentar tadi baru je sampai dari PPMI. Kejap lagi nak ke Jengka lepas tu terus ke Kuantan. Hajat di hati sekadar nak baring-baring tanpa menutup mata. Sekali terlelap baik punya, ada orang KL call pasal esok pun antara jawab dan tidak. Bila cek balik call log baru terkocoh-kocoh call semula. Terus sedar satu kesilapan kerana tidak memaklumkan info detail secara peribadi kepada VVIP. Buatnya esok beliau sampai berbaju Melayu memang masak aku. Jadi harapnya program esok berjalan lancar & bermanfaat untuk semua. Maka dijangka esok bertemulah aku dengan penyokong tegar Chelski.
Dimana-mana sekarang sedang giat berkempen mengutuk keganasan Israel. Pelbagai cara manifestasi kebencian terhadap rejim zionis ini. Ada yang berdemo dengan acara kemuncak membakar bendera, ada yang berkempen untuk memboikot barangan serta tak kurang jua yang terus mengusir pegawai kedutaan dari negara mereka. Yang menggelikan hati, ada juga yang meletakkan harapan pada Obama. Sah-sah kurang pengetahuan am.
Bermula dari pagi hingga ke malam tak putus-putus audiens kita dihidangkan dengan sinetron Indon. Dari konflik keluarga, kisah cinta & yang paling jelik kisah bodoh pun diterima. Rasa-rasa nak ke mereka layan siri Gerak Khas? Kata seorang pemikir, Indon ni bijak mencipta & menggarap konflik. Penonton terbawa-bawa dengan jalan cerita ciptaan mereka. Ingat lagi betapa kita begitu geram pada mak tiri bawang putih? Sehinggakan siri itu "rerun" di tv3 atas permintaan peminat fanatik. Kesan asimilasi budaya itu yang perlu dikhuatiri. Maka tidak hairanlah pegangan agama liberal seperti yang diamalkan oleh mereka menular ke sini. Cuba kaji Pancasila anutan mereka.
Kembali dengan pemberitahuan...
PENAFIAN
penegasan fakta
Makanan Jiwa
كات-كاتمو
ڤندڠله اكو.. اكو له دي
I serve Myself
Blog Archive
-
▼
2009
(96)
-
▼
January
(17)
- Makhluk takut bubar
- Standby mode
- Petr who?
- 2 malam di Kuala Lumpur-malam awal
- Belasungkawa-Shahdan
- Dua darab lima
- Mission to the top-Part III(Last Part)
- Dasar blogger tegar
- Mission to the top-Part II
- Hail to the World Player of The Year (TM)
- I love U Siti
- Mission to the top
- My desktop background
- Zionis antara kita
- Sick & tired of indonism
- Setia Buta
- 210309
-
▼
January
(17)
Sort by labels
- akademi nasyid
- auto
- candu
- cartoon i like
- cerita
- cerita dulu-dulu
- donlod
- ET
- gadjet
- gambar
- game
- good article
- jokes
- kata-kata
- kawin
- kiasan
- kontroversi
- kursus
- lagu
- legend
- lovin' it
- merepek
- missing person
- revival
- SEX(self expression)
- shorties
- special announcement
- surat terbuka
- tech
- ucapan
- united
- video yang aku suka
- xpdc
- xtvt