Belasungkawa-Shahdan  

Posted in

*...al-fatihah....*

Pagi tadi 8.11am menerima panggilan dari Kep menyampaikan bahawa salah seorang sa udara terlantar di wad ICU Hospital Pilah akibat denggi berdarah. Seraya daku terus memanggil Cepui & ternyata pilihan ku tepat. Cepui sedang berada di luar wad ICU itu. Menceritakan pula bahawa beliau demam sejak dari hari Sabtu lagi tetapi tidak sangat dikisahkan kerana sekadar dianggap demam biasa. Sekarang sampai terbit darah, tambah beliau.

Secara peribadi aku baru sahaja mengenali Shahdan ini iaitu semasa perayaan di UIA tahun lepas. Mengisi ruang masa yang terluang dengan bersembang di kerusi belakang dewan. Yang aku kenal waktu itu cuma Cepui & Abg Bandi sahaja tetapi sembang sekali macam dah kenal bertahun. Macam-macam topik cerita. Dalam hati, syukur dapat kenal lagi seorang yang bertemu jalan yang penuh ranjau untuk bertemu yang hak. 

Kemudian sewaktu di BMI beliau datang membawa sekali keluarga. Comel-comel anak beliau. Wah, muda-muda lagi dah berkeluarga rupanya. Bertuah beliau dikurniakan keluarga yang bahagia. Terasa benar ketinggalan keretapi waktu tu.

Pertemuan terakhir sewaktu di Melaka. Aku mengadu pada beliau yang Cepui mendera aku sewaktu sesi fotografi. Mentang-mentang dek saiz yang agak terlebih Cepui suruh aku half-squat, nanti tak nampak background yang cantik katanya. Ketika itu secara bergurau beliau mahu pergi terus masuk berjumpa Cepui untuk memarahinya. Sempat juga ketika itu aku memaklumkan tentang tarikh kenduri aku & meminta alamatnya. Beliau cuma menuliskan email di dalam buku catatan aku. Tak sempat ko nak pegi kenduri aku Dan.

Dan tadi sekitar pukul 11.34am msg yang aku tak mahu dapat hari ini sampai juga. Terkenang aku akan nasib anak-anak beliau yang masih kecil. Setelah apa yang terjadi pada sa udara Helmi 4 tahun yang lepas aku jadi bertambah fobia. Yang paling aku risaukan ialah kebajikan mereka yang masih ada. Maaflah Dan, aku tak dapat bersama menghantar ko kembali. Semoga ko selamat juga di sana. Sampaikan salam aku jika bertemu adik & kekanda aku, assalamu'alaikum.


This entry was posted on 2009/01/21 at Wednesday, January 21, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

8 ppl left their mark

takziah~

January 22, 2009 at 2:34 AM

alhamdu lillah, keraiannya yang ke 3 seperti selayakknya untuk beliau.

yang tinggal kenang kenangkan. yang ada teruskan.




sebak juga. walaupun sekali dua jumpa, tapi udara yang sama di sedut.

January 22, 2009 at 4:55 AM

al fatihah

dia dah slmt balik ke sana. kita, taktau lagi mcmana keadaannya nnt..

January 22, 2009 at 8:35 AM
This comment has been removed by the author.
January 22, 2009 at 8:35 AM

dyana~tq on behalf

tawaw~ko hadir ke masa keraian itu?...cte la sket

sera~tu la, mntk selalu moga selamat jua

January 22, 2009 at 11:55 AM
Anonymous  

Takziah..

Bro, Sa'udara kita ni ada x time kete hamim jem?

x brapa ingat la..

January 22, 2009 at 10:36 PM

x perasan lak mlm tu...yg pasti aku jumpa dia belah siang je

January 23, 2009 at 3:39 PM

baru kenal masa abg sharem pindah rumah aritu...arwah ceria orgnye.xsempat nk kenal lbih jauh lg..

January 28, 2009 at 3:18 AM

Post a Comment