Melaka best!  

Posted in ,

Seharian berfikir untuk entri yang seterusnya. Malas nak copy paste je dari mana-mana sumber maya. Aku kan blogger sejati lagi kental, yang hanya melahirkan entri-entri  bermutu tinggi (uhuk2). Sebelum butang 4 segi berwarna jingga tertulis "PUBLISH POST" ditekan, selalu dipastikan apa yang tertulis di atasnya menepati standard penulisan bertaraf ISO 9000. Sungguhpun bukan senang untuk digarap tetapi semoga dengan standard yang tinggi ini akan dapat melahirkan penulisan yang bertaraf antarabangsa. Apabila sudah bertaraf setinggi itu maka apa-apa juga yang dibuat akan mula dipandang oleh khalayak, mungkin juga oleh MB KM Melaka. Oleh yang demikian:


"Silalah melawat negeri Melaka bersejarah, macam-macam ada di sana. Pelbagai tempat menarik harus dikunjungi. Rakyatnya juga cukup mesra dinaungi oleh pemimpin-pemimpin yang bersih, cekap lagi amanah. Hasil pentadbiran yang bijaksana, faedahnya dirasai oleh semua. Sesungguhnya negeri Melaka adalah 1 negeri yang paling bertuah di bumi Malaysia(sumpah waktu aku sekolah dulu sampai 2 kali join rombongan ke sana)"

*amacam Incik Ali Rustam, agak-agak aku leh dapat tak Datukship untuk 2009?...Tahun ni tak nak la, dah ramai sangat...lagipun malu aku nak sebatch dengan si murtad SRK tu


This entry was posted on 2008/10/18 at Saturday, October 18, 2008 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

7 ppl left their mark

bertenang2.. hakhak. xpe lah apa sangat la pangkat datuk tu kan, tp kalau datuk dapat elaun sejuta setahun macam menteri, best jugak xD

October 18, 2008 at 6:08 PM

No words to express my deepest sympathy to the malaka people...and to have a real laugh for this award after a real hard day. I bet SRK himself was suprised.

Maybe after this, the real animal will get the anugerah, who knows? Be prepared all animals in all kingdoms, you will be notified in a later year for the nomination and awards.

October 19, 2008 at 7:57 AM

wani~mmg tgh bertenang pun sambil sehari ke sehari menyaksikan kebodohan mereka...ic, baru tau elaun menteri sejuta sethn

fakhzan~welcome to the zoo

October 19, 2008 at 9:51 AM

bloggers selain boleh di isa kan, mesti la bole di anugerah pangkat dato' ..benar dato' an?

October 19, 2008 at 12:49 PM

uhuk2,soltan mana la nak bg tuh

October 19, 2008 at 7:00 PM

agak agak sultan pun layan blog tak eh

October 22, 2008 at 2:45 AM

melaka xde sultan...setan x tau la

October 23, 2008 at 3:37 AM

Post a Comment