*hari itu aku bukan aku*
aku memulakan perjalanan dari rumah agak awal kerana kebetulan hari itu aku mendapat jemputan majlis perkahwinan adik kepada salah seorang kawan...walaupun sebenarnya aku bukan jenis orang yang suka pergi kenduri-kendara ni tapi disebabkan perkaitan yang agak rapat dengan tuan rumah jadi aku akur...buruk betul sindrom anti-sosial aku ni...seingat aku, hari itu aku singgah ke rumah arwah helmi dulu untuk mengambil beliau...kebetulan dapat pinjam pajero boss aku maka aku memerlukan penumpang untuk meringankan kos perjalanan...paham-paham je la time tu aku masih belum betul-betul stabil lagi...sekarang pun masih jua tak stabil-stabil huhu...
kitorang pun bergerak ke rumah kenduri untuk pekena nasi kawah barang sepinggan dua...sekurang-kurangnya lunch aritu dah setel...tak ingat dah menu apa tapi rasanya berunsurkan kelate...setelah selesai menjamu selera mulut & mata maka kami pun bersalam kaut dengan tuan rumah...aku pernah tengok kat Melaka masa sepepu aku kawen, suma sumbangan direkodkan...perghh aku kata biar betul diorang ni...mesti segan kalo nak bagi note yang kaler ijau...biru & silver apatah lagi...tapi dengarnya amalan itu dilakukan sebagai satu cara untuk pihak tuan rumah membalas kembali pemberian...entah, lain padang lain belalang...lain penyakit lain ubat...
lengkap saja isi kete iaitu 4 orang termasuk aku maka kami pun meneruskan perjalanan ke MP...kami berjaya sampai pada pukul 2.15pm...ok lah tu, ada 15 minit lagi untuk aku rehat sambil mencucuh pape yang patut...masa tu memang hanya kete kami je yang dah sampai...2 kete lagi, wira & volvo belum menampakkan diri...kitorang pon mengumpat menyembang la untuk membunuh masa bak kata omputih(yah!yah!)...sambil sembang sambil menyedut tar...
2.30pm takde sape lagi...2.45pm pun takde...3.00pm baru sampai kete wira...padahal MP tu sepelaung je dari umah dia...CDM yang menaiki volvo masih tak nampak apa-apa batang...WTF, padahal masa berkumpul tu dia yang tetapkan...mungkir janji 1 hal, takde pulak diupdate pape masalah yang menyebabkan kelewatan...aku dah mula hangen & secara tak langsung respek aku kepada dia dah makin terhakis...apabila jarum jam hampir menunjukkan 3.30pm baru la volvo sampai...yang paling menambahkan hengen aku boleh lak muka stone je tanpa rasa bersalah serta siap cakap lagi apsal kitorang tak gerak dulu...pale hotak dia!...dah asalnya janji nak gerak sama...kalo tau dari awal memang kitorang tinggal je puak-puak munafik ni...dan memang aku menyesal haritu kerna tidak mengambil tindakan tersebut...
makanya 3.30pm baru rombongan 3 kete ni bergerak...persinggahan pertama di sebuah masjid kat area indera mahkota untuk uruskan pape yang patut...kemudian singgah makan kat 1 kedai tepi jalan kat area jabor kalo tak silap...masa tu dah malam...selesai makan rasanya dah lebih pukul 8.00pm...KT jauh lagi so masing-masing ambik keputusan untuk pecut...time tu memang aku rasa macam dibabikan hidup-hidup...pajero dibuat bukan untuk pecut...al-maklumla kete bergraviti tinggi ni...memang jauh kena tinggal la dengan wira & volvo...siap kete aku silap masuk simpang lagi...celaka tol, orang lain buat taik aku yang menghidunya...
setelah mengharungi jalan penuh ranjau akhirnya team kitorang selamat juga sampai pada pukul 10.00pm lebih...majlis perasmian dah pun selesai masa tu...dan yang paling best kelibat team kitorang je yang tiada dalam acara tersebut...aku syak kelewatan ini sengaja dirancang setelah mengetahui isu hangat yang diutarakan sewaktu majlis perasmian...banyak tol dugaan aritu...ditambah pula dengan manusia yang jenis tak reti susah orang...dah la nak mendapatkan pajero bukan main susah, aku lak jadi hamba tebus supir diorang...tak reti-reti nak chip in duit minyak...kalo bapak mertua aku PM takpela nak aku sediakan semua...memang selepas trip kali itu aku jadi pendendam macam dalam komik alih bahasa Dendam Kesumat.
This entry was posted
on 2008/07/29
at Tuesday, July 29, 2008
and is filed under
SEX(self expression)
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.