yes, berjaya juga aku membasuh ksatria baja hitamku walaupun aku sebenarnya dalam keadaan MALAS...ya tuan-tuan & puan-puan, nak menulis blog aku tiap-tiap hari pon MALAS...memang saspek respek la kat cik wani yang rajin tol mengomel tetiap hari...konon je semangat memula dulu berazam nak hapdet tetiap pertukaran mentari dan rembulan...tapi sebenarnya aku lebih mementingkan kualiti dari kuantiti haha...(jgn mare wani,ur blog ada ciri kedua2nya)...banyak peringkat tapisan yang perlu dilepasi sebelum aku menekan butang "PUBLISH POST" di bawah...
malas ni memang gejala yang cukup payah untuk dibanteras...sama degil macam kempen "tak nak" di seluruh negara yang dah memakan bajet yang cukup banyak & tanpa hasil yang signifikan... sape ada ubat untuk penyakit "M" ni tolong la share dengan aku...aku sudah menemui ubat untuk sindrom MALAS mengepost iaitu income statement dari advertlets & nuffnang milik orang lain...aku juga mampu untuk jadi seperti mereka!...serangggggggggg!!!
This entry was posted
on 2008/07/21
at Monday, July 21, 2008
and is filed under
SEX(self expression)
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.