Tentatif Raya Jon  

Posted in ,

Beg belum kemas, lepas solat sunat raya dah nak gerak ke KL. Aku kalo bab-bab packing beg ni memang yang amat rajin. Nanti dulu la, bagi lelap jap pastu kemas le pape yang patut. Kemahiran mengemas aku ni boleh dikatakan sudah agak tumpul sekarang. Dulu-dulu bermula dari tingkatan 1 sampai le bertingkat-tingkat belajar memang puas packing & unpacking beg ni. Memang dah stail keluarga aku, semua anak-anak digalakkan untuk tinggal di asrama. Bagi kental sikit jiwa ni, takde la cengengeng sangat. Banyak survival skill yang berjaya aku dapat sepanjang hidup berjauhan dari keluarga ni. Timbul juga keinginan untuk menghasilkan buku berkenaan topik ini sebagai panduan. Nanti la aku selit sikit-sikit dalam blog.


Oh ya, berkenaan dengan Raya tahun ni aku macam biasa dilantik secara tak rasmi sebagai supir keluarga. Kampung Mak di Bagan Datoh, jadi sekurang-kurangnya dalam 2 atau 3 kali setahun kami kesana. Waktu arwah Embah masih ada lagi, kadar kekerapannya agak tinggi berbanding sekarang. Faktor keluarga belah Abah aku yang tak reti-reti nak bersatu juga menyumbang kepada kekerapan tersebut. Kesian arwah Atok aku kat dalam kubur, patutnya senang-lenang dengan "sumbangan" anak-anak. Ini tak habis-habis nak berdengki sesama adik-beradik. Kata bodo kang marah, tapi memang dari dulu lagi tak reti-reti nak pakai otak. 

Lokasi tujuan pertama adalah ke rumah Maklong di Cheras Baru. Sejak ketiadaan Atok, kami masih gagal untuk menggantikan rumah tumpuan bagi setiap kali Raya. Bagi Team A biasanya di rumah Maklong lah tempat berkumpul. Aku pun senang berada di sini melayan keletah anak-anak sepupu aku. Dapat juga melepas kerinduan dengan mereka. Dah terbayang senyum Sara di mata. Aritu tak puas langsung bersama. Alamak, duit raya belum diisi dalam sampul. Nak bagi berapa ek kat diorang? Semua yang layak menerima ada 10 orang. Di kala penurunan harga minyak takat 10 sen ni sebelah tangan cukup la kot. Nak banyak-banyak korang doakan projek Paklong An berjalan lancar dengan pantasnya k.

Sesudah beraya di KL baru la kami meneruskan perjalanan ke Perak. Insya'Allah akan menyinggah di Sg. Besar walaupun kali ini masih belum sempat Mak aku untuk menyarung cincin. Dia merancang Dia juga menentukan. Harap tidak lama lagi termetrai jua ikatan yang ditunggu sekian lama. Ada lak korang kata saja-saja aku nak tangguh-tangguh. Mende sedap elok beb, kufur nikmat namanya tuh! 

Disebabkan Ijat nak PMR tahun ni maka dapat 2 malam sahaja di Perak. Jangkaan bergerak balik pada hari Jumaat. Lagipun sepupu sepapat aku nak datang beraya di rumah Engah diorang pada hari Sabtu ni. Ritual tahunan mereka memandangkan kubur arwah Abah mereka ada berdekatan sini. Sepupu belah Team B kalo datang pun aku buat macam tak nampak je. Kejam tak aku? Prinsip aku senang, kalo orang 10 kali sombong dengan aku, 100 kali aku akan sombong balik. Kalo sampai menghina Mak aku? Pelempang tak cecah di muka, penyepak tak kena penyawa pun diorang patut bersyukur.  

Tak nampak lagi macam mana nak ke BM pada raya ke 3. Suntuk sungguh masa. Bak kata abg Man, kita ni memang takde masa lapang kecuali kita sendiri yang melapangkan masa. Semoga perjalanan kita semua untuk meraikan fitrah manusia diredhai oleh-Nya. Bagi yang supir macam aku, sila bagi sepenuh perhatian pada pemanduan. Leka sesaat jika tak kena pada masanya seumur hidup merana. Memandulah dalam keadaan yakin jangan sesekali teragak-agak. Pada yang tak memandu tu bagi la moral support kat supir. Ajak la menyembang ke, mengumpat ke, bagi segar sikit mata supir tu. Takmola tidur je, kesian la sket kat supir yang takde gaji tuh. Paling best, dah la dalam perjalanan mata tak pernah buka, sampai je korang lak lagi penat kononnya. Memang psyco tahap nak bagi pelempang. Sebelum nak mula perjalanan apa salahnya jika memohon dari Pemilik segala moga-moga perjalanan kita selamat sampai ke destinasi. Selamat!

This entry was posted on 2008/10/01 at Wednesday, October 01, 2008 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

7 ppl left their mark

Anonymous  

banyak gak perkataan yg x dapat difahami..emm...supir, embah dll.. kene tanye cik ita

October 4, 2008 at 8:25 PM

supir=driver
embah=tok tambahan - embah lanang-tok lelaki, embah wedo'=tok pompuan
cik ita=bdkbaek ;p

sekian kelas bahse jawa utk hr ini

October 4, 2008 at 8:39 PM
Anonymous  

ohoho..baru paham!!

October 4, 2008 at 9:34 PM
Anonymous  

ohoho..baru paham!!

October 4, 2008 at 9:34 PM

mmg faham sunggoh la smpi 2x

October 4, 2008 at 9:36 PM

ha ha ha

October 6, 2008 at 7:43 AM
Anonymous  

pahang sungguh la..hee

October 11, 2008 at 5:10 PM

Post a Comment